omniture

Presiden Brazil Michel Temer bertemu pengerusi XCMG Wang Min

XCMG
2016-10-31 12:33 370

BRASILIA, Brazil, 31 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Michel Temer, Presiden Brazil, dengan hormatnya bertemu pengerusi XCMG, Wang Min, naib presiden XCMG Machinery dan pengerusi XCMG Brazil Wang Yansong berserta para delegasi XCMG pada 25 Oktober lalu di Kediaman Rasmi Presiden di Brasilia, Brazil.

Semasa mengadakan perbincangan positif tentang hasrat perusahaan Cina untuk bertapak kukuh di Brazil dan untuk membantu menambah baik prasarana di Brazil, Presiden Temer menyatakan penghargaan beliau terhadap usaha pelaburan XCMG di Brazil serta sumbangannya kepada ekonomi tempatan di negara itu, selain memuji pencapaian syarikat di Brazil yang telah memberi contoh yang baik kepada lebih banyak perusahaan Cina yang bersedia melabur di Brazil.

"Ini merupakan pertemuan kali kedua bersama En. Wang setelah berlangsungnya Sidang Kemuncak G20 Hangzhou, China, yang memastikan pertumbuhan ekonominya berada di tahap yang lebih tinggi, dan memberikan pengalaman amat berharga kepada dunia," kata Presiden Temer. "Sidang Kemuncak itu dapat membawa 'Mod China' ke lebih banyak negara, manakala ekonomi Brazil yang berada dalam fasa pemulihan lebih memerlukan perkongsian pengalaman daripada China."

Tapak pengilangan XCMG di Brazil bukan sahaja menjadi tapak pengilangan luar negara terbesar milik syarikat itu, tetapi juga merupakan sebuah tapak perindustrian jentera pembinaan pertama dan terbesar di Brazil yang dibangunkan oleh industri jentera pembinaan Cina. Kilang tersebut telah membawakan lebih nilai kepada pelanggan tempatan XCMG, serta mendorong pertumbuhan ekonomi di Brazil.

Wang menjelaskan strategi XCMG untuk bertapak kukuh di Brazil dan terus berkembang di Amerika Selatan masih diteruskan serta akan berpegang teguh kepada janji yang dibuat sewaktu berlakunya kegawatan ekonomi di Brazil, dan syarikat ini yakin untuk melabur di Brazil.

Selepas perbincangan itu, Wang menyampaikan model kren XCMG kepada Presiden Temer dan mempelawa beliau untuk mengunjungi kilang XCMG di Pouso Alegre pada masa yang sesuai, yang telahpun diterima oleh Presiden Temer.

Wang telah menjalankan kajian lapangan berkaitan tapak pengilangan XCMG di Brazil sejak beliau dan delegasi XCMG tiba pada 22 Oktober lalu, bertemu dengan kakitangan XCMG di Brazil serta meninjau jabatan pengeluaran dan juga kemudahan pemasangan, menjadikannya bukti penting bahawa XCMG perlu mematuhi strategi dan matlamat yang ditetapkan untuk menjadi sebuah jenama bertaraf dunia.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 176 buah negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto-http://photos.prnewswire.com/prnh/20161030/434059 
Foto-http://photos.prnewswire.com/prnh/20161030/434060

 

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Personnel announcements