omniture

Ashok Leyland, Pantnagar Dianugerahkan Hadiah Deming 2016 Hasil Kejayaan Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh

Ashok Leyland
2016-11-14 21:54 527

 CHENNAI, India, 14 November 2016 /PRNewswire/ --

Pengeluar Kenderaan Komersial (CV) pertama di luar Jepun raih Hadiah Deming yang berprestij 

Ashok Leyland, kebanggaan Hinduja Group, hari ini meraih Hadiah Deming 2016 yang berprestij untuk kemudahan pengeluarannya di Pantnagar. Hadiah Deming ialah anugerah kualiti bertaraf global dan merupakan anugerah kualiti paling lama diberikan dan diiktiraf paling meluas di dunia. Anugerah ini diberikan kepada syarikat-syarikat yang telah melaksanakan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam operasi perniagaan mereka. Ashok Leyland Pantnagar menjadi kilang trak dan bas pertama di dunia, dan juga merupakan satu-satunya pengeluar CV di luar Jepun yang berjaya meraih Hadiah Deming.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7980351-ashok-leyland-deming-prize 

 

Ketika menerima Hadiah Deming di Jepun, En. Vinod K. Dasari, Pengarah Urusan, Ashok Leyland, berkata – "Sememangnya ini merupakan saat yang membanggakan buat kami semua di Ashok Leyland untuk menerima hadiah yang didambakan ini. Sebagai Kilang Trak dan Bas pertama di dunia dan juga merupakan satu-satunya pengeluar CV di luar Jepun yang berjaya menerima hadiah ini, ia menambahkan satu lagi senarai pencapaian syarikat dalam menyediakan keperluan utama dalam industri. Menerusi teknologi dan proses terkini, kilang Pantnagar kami ialah sebuah kilang yang bersepadu sepenuhnya, mampu mengeluarkan kesemua produk yang bersedia mendepani masa depan dalam segmen trak dan bas. Kualiti yang tekal, teknologi, inovasi dan proses mantap menjadi tunjang utama yang membantu kami meraih pengiktirafan peringkat antarabangsa, kepuasan pelanggan, selain turut membantu kami menunaikan janji daripada jenama kami iaitu 'Aapki Jeet, Hamari Jeet'."

Menurut En. R. Sivanesan, Naib Presiden Kanan - Kualiti, Penyumberan dan Rantaian Bekalan, Ashok Leyland, -"Kami di Ashok Leyland sentiasa memberi tumpuan yang tinggi terhadap kualiti proses dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan berserta pengurusan individu yang cekap. Menerusi pelaburan yang besar dan strategik yang dibuat untuk teknologi dan kualiti, serta tenaga kerja muda dan juga bertenaga, penubuhan kilang Pantnagar ialah langkah penting untuk mencapai cita-cita kami bagi menjadi peneraju dunia dalam industri kenderaan komersial peringkat global. Sebagai kilang paling baharu milik Ashok Leyland, kami amat berbesar hati atas pengiktirafan yang diberikan menerusi Hadiah Deming 2016 yang berprestij hasil kecemerlangan kami dalam TQM. Kilang Pantnagar mempunyai penanda aras yang perlu dicapai oleh kami dan kami akan terus berusaha untuk mencapai wawasan yang lebih tinggi selain menyahut cabaran baharu."

Bagi mendapatkan maklumat lanjut / pertanyaan media, hubungi

Sunil Gate
Ketua – Komunikasi Korporat
sunil.gate@ashokleyland.com
+91 98230 93000
+91 44 2220 6102

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161111/438202 )

Sumber: Ashok Leyland

Source: Ashok Leyland
Keywords: Transportation