omniture

Corinthia Hotel London bakal Melancarkan Neurosains dalam Hotel Pertama Dunia

Corinthia Hotel London
2016-11-15 17:00 524

LONDON, 15 Nov., 2016 /PRNewswire/ -- Corinthia Hotel London akan menganjurkan program Neurosains dalam Hotel sepanjang tahun, satu program yang pertama seumpamanya untuk mana-mana hotel, bagi mengkaji otak manusia.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161104/436339 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161104/436340 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161104/436341 )

Berlangsung mulai November 2016 hingga Disember 2017, hotel mewah lima bintang yang terletak di Whitehall Place di tengah-tengah London itu berganding tenaga dengan seorang saintis neuro terkemuka, Dr Tara Swart. Beliau akan mengkaji ketahanan mental kakitangan hotel yang terpilih serta tetamu perniagaan setia hotel itu. Satu analisis bagi melihat sejauh mana mereka menghadapi tekanan akan menghasilkan Kajian Kuasa Otak istimewa pada akhir kajian di hotel itu.

Semua peserta akan diberikan nasihat untuk meningkatkan aktiviti otak melibatkan cara untuk memaksimumkan potensi mereka, di tempat kerja dan di rumah, merangkumi tidur, penghidratan, pemakanan, senaman dan juga kesedaran.

Tara akan turut menyampaikan empat ceramah sepanjang tahun itu, bagi menjelaskan sejauh mana sains berkaitan otak boleh diaplikasikan untuk topik-topik seperti politik, teknologi dan juga perniagaan. Satu daripada topik ini akan membincangkan punca psikopat, individu narsisistik dan sociopath sering menguasai bilik mesyuarat lembaga syarikat.

Bidang neurosains kini menjadi perintis kajian sejauh mana otak memberi kesan terhadap perilaku dan fungsi kognitif; ia akan mengubah pemahaman kita sehingga ke peringkat akar umbi tentang bagaimana otak berfungsi dan mengapa seseorang berkelakuan seperti mana yang mereka lakukan. Kajian rintis oleh Tara ini memberikan pemimpin beberapa syarikat paling berjaya di dunia keupayaan berdaya saing yang terkini dengan memahami dan memperbaiki keadaan fizikal otak mereka, seraya memperoleh ketahanan mental dan meraih tahap prestasi otak yang tertinggi.

Tetamu dan pengunjung yang mengunjungi Corinthia Hotel London sepanjang tempoh 13 bulan kajian tersebut dapat mengoptimumkan prestasi kuasa otak mereka menerusi pensampelan Pakej Kuasa Otak yang dicipta khas. Pakej itu dapat menyihatkan otak dengan menu yang menghidangkan nutrien penting yang dapat membantu menghasilkan, melindungi dan memperbaiki sel-sel otak; menghidrat otak melalui Minuman Kuasa Otak terpilih bagi membantu fungsi mental; membelai lima deria menerusi Urutan Sedar selama dua jam bersama Yoga Nidra di spa ESPA Life di hotel itu. Ia disediakan bagi membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan fokus melalui teknik pernafasan dan visualisasi; selain membantu sistem glimfatik otak, iaitu sistem pembersihan sisa otak, melakukan tugasan penting pada sebelah malam dengan menyediakan suasana tidur tanpa gangguan di bilik tidur tetamu.

Dr Tara Swart ialah seorang saintis neuro, jurulatih kepimpinan, pengarang yang pernah meraih anugerah, Pensyarah Kanan di MIT Boston serta seorang doktor perubatan. Beliau ialah satu-satunya jurulatih kepimpinan terhebat yang berkelulusan PhD dalam bidang neurosains dan berkerjaya dalam bidang perubatan sebagai ahli psikiatri.

Untuk maklumat lanjut, layari corinthia.com/london atau kunjungi Twitter @corinthialondon atau Instagram @corinthialondon

Sumber: Corinthia Hotel London

Source: Corinthia Hotel London
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel