MUMBAI, India, 30 November 2016 /PRNewswire/ -- Setelah membangunkan sebuah syarikat penil aian Khalayak Penonton TV yang mantap di negara ini, BARC India kini meminta Permintaan untuk Cadangan (RFP) daripada penyedia khidmat runding profesional yang ingin menyediakan khidmat runding strategik kepada pelanggan BARC India. Garis panduan MIB melarang BARC India daripada terlibat dalam mana-mana aktiviti seperti khidmat runding atau apa-apa peranan khidmat runding berkaitan, yang akan mencetuskan konflik kepentingan yang mungkin timbul menerusi objektif utama penarafan TV. Walau bagaimanapun, banyak pelanggan telah memaklumkan keperluan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan ini dan para perunding Data Insight yang berkaliber boleh menyediakan perkhidmatan ini. Ini juga sejajar dengan amalan terbaik global yang mana penarafan TV dibuat oleh syarikat-syarikat industri yang saling bekerjasama.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150828/10129285 )
Dengan ini, BARC India sedang berusaha untuk menyediakan kumpulan kecil yang terdiri daripada syarikat-syarikat perunding yang mendapat kelulusan, bagi membolehkan pelanggan memilih pembekal mereka dan juga membantu mengurangkan berlakunya konflik kepentingan yang mungkin timbul ketika berurusan dengan bakal pelanggan yang bersaing. Pihak-pihak yang berminat boleh menyatakan minat mereka melalui e-mel kepada Sc_rfp@barcindia.co.in dan seterusnya mengemukakan cadangan untuk menyediakan khidmat runding berkaitan Khalayak Penonton TV kepada pelanggan BARC India.
Walaupun data BARC India akan terus diberikan secara langsung kepada pelanggan melalui sistem analisis BARC India Media Workstation (BMW), syarikat-syarikat perunding berpeluang menganalisis data ini menggunakan sistem mereka sendiri bagi memberikan output rundingan. Walau bagaimanapun, sistem ini tidak boleh disediakan kepada pelanggan sebagai alternatif untuk sistem BMW.
"BARC India, sebagai sebuah syarikat usaha sama industri yang terdiri daripada penyiar, agensi media dan pengiklan, perlu kekal bebas dan objektif, seraya tidak boleh menyediakan khidmat runding kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, setelah membangunkan sistem penilaian khalayak penonton televisyen yang mantap di negara ini, kini kami memutuskan untuk memberi lesen kepada syarikat-syarikat perunding terpilih untuk menyediakan analisis kepada pelanggan kami yang memerlukan khidmat runding profesional agar dapat memanfaatkan dan menyusun strategi dengan berkesan menggunakan data BARC India," kata Partho Dasgupta, Ketua Pegawai Eksekutif, BARC India.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
En. Partho Dasgupta
Ketua Pegawai Eksekutif, BARC India
partho.dasgupta@barcindia.co.in
+91-2249226611
Cik Seema Singh
Pengurus Kanan - Perhubungan Awam & Komunikasi
seema.singh@barcindia.co.in
+91-9702333354