SHANGHAI, 8 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Pada 5 Disember 2016, Infinitus (China) Company Ltd., anggota LKK Health Products Group (LKKHPG), telah diperakui oleh Top Employers Institute sebagai "Majikan Terbaik China 2017" pada Majlis Makan Malam Pensijilan gilang gemilang yang diadakan di Shanghai. Infinitus dan kakitangannya meraikan kejayaan pengiktirafan itu pada hari berikutnya di Pusat Infinitus, Guangzhou. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut buat Infinitus memperoleh pensijilan ini hasil daripada dasar-dasar Sumber Manusia (HR) yang cemerlang.
Top Employers Institute mengiktiraf persekitaran pekerjaan Infinitus yang berdaya saing, amalan pengurusan yang inovatif serta budaya korporat yang tersendiri, selain usaha membantu kakitangannya mencapai keseimbangan dalam tiga aspek iaitu kesihatan, keluarga dan perniagaan. Infinitus ialah salah satu daripada 69 syarikat yang layak menerima pengiktirafan tahun ini daripada senarai 250 peserta di seluruh China.
En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG berkata, "Pembangunan mampan kami bertapak kukuh menerusi penglibatan dan kepuasan kakitangan kami yang begitu cemerlang. Dalam persekitaran pasaran baharu, kami terus menyediakan persekitaran pekerjaan yang disenangi kepada kakitangan yang menggalakkan pembangunan peribadi dan kepuasan kerja. Hasil penerimaan pensijilan ini sekali lagi bukan sekadar memperkukuh imej jenama kami, tetapi juga berperanan sebagai pengiktirafan profesional atas segala yang kami lakukan demi pembangunan kakitangan kami."
Sepanjang tahun lalu, Infinitus melaksanakan beberapa siri program pengurusan HR demi memacu pembangunan perniagaan, termasuk peluang bekerja di luar negara dan juga program mobiliti bakat global. Khususnya, Infinitus turut melancarkan platform perkongsian idea dalaman untuk memanfaatkan potensi kakitangan dan menjana idea inovatif. Beberapa idea yang dikemukakan telahpun menerima bantuan kewangan dan mula dipraktikkan.
Selain itu, Infinitus terus mewujudkan suasana bekerja selesa untuk kakitangannya. Selain manfaat kakitangan peribadi, waktu bekerja yang anjal dan "Hari Keluarga Ceria" setiap tahun, memberi peluang kepada kakitangan untuk berinteraksi dengan ahli-ahli keluarga mereka. Infinitus juga mengundang pakar bagi merancang latihan senaman sihat untuk kakitangannya bagi menggalakkan mereka mengintegrasikan tabiat hidup sihat ke dalam kerja mereka.
Persekitaran bekerja syarikat yang mengutamakan kakitangan juga meliputi pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) baharu yang berkeluasan 10,000 meter persegi, yang menyediakan pengalaman bekerja yang lebih baik bukan sahaja dari segi peralatan yang canggih, tetapi juga kemudahan kafe di kaki lima, bilik mesyuarat yang kreatif, kerusi giro dan juga treadmil.
Selain itu, Infinitus terus mengoptimumkan model pengurusannya melalui perkongsian yang proaktif bersama institusi-institusi HR pihak ketiga yang berwibawa demi menjamin keadaan berdaya saing untuk kakitangan dan peluang pembangunan peribadi. Menurut kaji selidik kepuasan terkini yang dijalankan oleh pihak ketiga, Infinitus memperoleh mata sebanyak 8.85 daripada 10 mata dari segi kepuasan kakitangan, satu pencapaian tertinggi setakat ini buat syarikat tersebut.
En. David Pink, Ketua Pegawai Eksekutif Top Employers Institute berkata, "Jumlah Majikan Terbaik yang diperakui di China pada tahun ini mencipta rekod baharu. Berbanding peningkatan bilangan ini, kami berasa lebih gembira apabila melihat prestasi keseluruhan calon-calon adalah lebih baik berbanding sebelum ini. Ia menunjukkan syarikat-syarikat tidak berhenti setelah meraih kejayaan, bahkan terus memberikan usaha secara berterusan."
Beribu pejabat di Belanda, Top Employers Institute ialah sebuah institusi profesional dan bebas yang memperakui majikan terbaik di seluruh dunia yang mewujudkan keadaan yang cemerlang buat kakitangan mereka untuk meningkat maju. Program pensijilan ini kini meliputi lebih 100 negara dan kawasan dengan populasi yang dikaji selidik berjumlah 16 juta. Kaji selidik yang menerima maklum balas diaudit secara berasingan bagi memastikan kesahihan pensijilan tersebut.
Ketahui lebih lanjut tentang LKK Health Products Group: www.lkkhpg.com
Ketahui lebih lanjut tentang Top Employers Institute: www.top-employers.com/
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161206/0861613132-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161206/0861613132-b