WOLFSBURG, Jerman, 18 Januari 2017 /PRNewswire/ --
Autostadt di Wolfsburg melabuhkan tirai tahun 2016 dengan keputusan yang bagus, sepadan dengan tahap pencapaian tinggi pada tahun-tahun sebelumnya. Sejumlah 2.2 juta orang mengunjungi platform komunikasi Volkswagen Group pada tahun 2016. Autostadt sekali lagi mengesahkan kedudukan utamanya sebagai pusat penyerahan kenderaan terbesar dunia: 152,065 kereta baharu diserahkan di Pusat Pelanggan pada tahun 2016 (2015:168,514). Penurunan ini dikaitkan dengan perkembangan dalam pasaran Jerman. Autostadt mengekalkan bahagian pasaran keseluruhan sebanyak 27.3% (tahun sebelumnya: 28%) bagi semua kereta penumpang Volkswagen yang diserahkan kepada pelanggan Jerman. Sebuah majlis khas diadakan pada bulan Jun, apabila kereta baharu ke-2.5 juta diserahkan kepada sebuah keluarga oleh Pengerusi Jenama Kereta Penumpang Volkswagen Herbert Diess dan Ketua Pegawai Eksekutif Autostadt Otto F. Wachs.
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/458074/Summer_Festival.jpg )
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/458075/Car_Towers.jpg )
Sebagai rumusan tahun lalu, Otto F. Wachs berkata: "Menerusi 2.2 juta tetamu, tahun 2016 merupakan tahun yang bagus. Walaupun belanjawan adalah 20% lebih rendah, kami mampu mencapai keputusan terbaik menerusi acara paling popular kami. Dengan itu, saya ingin berterima kasih kepada seluruh pasukan Autostadt."
Pesta musim panas baharu merupakan satu kejayaan penting buat Autostadt. Seramai 506,000 tetamu berpeluang mengalami seni persembahan sarkas moden yang terhebat bersama Cirque Nouveau. Hasilnya, rancangan telahpun dibuat untuk meneruskan pesta ini pada tahun 2017.
Program musim sejuk juga menjadi tarikan utama dalam kalangan pengunjung. Sekitar 415,000 tetamu berpeluang menikmati keajaiban musim sejuk. Berserta program-program bermusim, Festival Movimentos dan pelbagai kursus pendidikan menawarkan peluang istimewa buat tetamu yang berkunjung. Sebahagian daripada 440,000 kursus yang ditawarkan oleh Autostadt disertai oleh para tetamu pada semua peringkat umur bagi tahun 2016 (2015:350,000).
Menurut Otto F. Wachs, "Kami memulakan perjalanan tahun 2016 untuk menawarkan pengalaman unik kepada tetamu kami dan menghimpunkan mereka bersama-sama mengikut tema yang tidak dijangkakan. Kami berjaya mencapai matlamat ini dengan belanjawan tahunan yang jauh lebih rendah. Kami akan meneruskan usaha ini pada tahun 2017. Sebagai duta yang mesra tetamu Volkswagen Group, kami mampu menarik perhatian tetamu dari dalam dan luar negara menerusi kualiti perkhidmatan kami yang cemerlang. Tumpuan khusus kami pada tahun ini adalah terhadap Pusat Pelanggan Autostadt. Kami ingin menyediakan pengalaman Volkswagen baharu yang serba moden dan tiada tandingan kepada tetamu kami."
Butiran segala maklumat utama tahun 2016 di http://www.presse.autostadt.de
Hubungi:
Jabatan Akhbar Autostadt
No. Telefon:+49-(0)5361-40-1444
E-Mel:pressestelle@autostadt.de
Sumber: Autostadt GmbH