omniture

Jabatan Promosi Perindustrian Thailand Lancar "Anugerah FDC 2017" Tarik Perhatian Pereka Fesyen Seluruh AEC

Institute for Small and Medium Enterprises Development
2017-01-22 09:49 693

BANGKOK, 22 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Jabatan Promosi Perindustrian, Kementerian Perindustrian, Thailand, dengan sukacitanya memperkenalkan "Anugerah Ciptaan Pereka Fesyen 2017" (Anugerah FDC 2017) bagi mencari para pereka fesyen berbakat di rantau AEC. Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih USD 12,500. Pertandingan tersebut akan dibahagikan kepada tiga kategori termasuk pakaian, barangan kulit dan kasut, barang kemas dan juga aksesori. Pemenang dan tiga naib johan dalam setiap kategori ini akan turut menerima sijil pencapaian dan plak. Pemenang akan berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar tentang industri fesyen di luar negara.

Anugerah Ciptaan Pereka Fesyen 2017
Anugerah Ciptaan Pereka Fesyen 2017

Kini memasuki tahun ketiganya, Jabatan Promosi Perindustrian menyeru para pereka fesyen di seluruh rantau AEC bagi menghantar permohonan untuk Anugerah FDC 2017. Menerusi peranan penting yang dimainkan dalam memacu industri fesyen Thailand untuk maju ke hadapan, jabatan ini menganjurkan Anugerah itu sebagai sebahagian daripada kempen Ciptaan Pereka Fesyen yang bermatlamat untuk memacu pertumbuhan dalam industri fesyen. Anugerah FDC berhasrat untuk meningkatkan kebolehan pereka fesyen, usahawan, golongan profesional dan juga pelajar. Para peserta digalakkan untuk memanfaatkan kebijaksanaan tempatan, teknologi dan inovasi berserta trend fesyen dalam hasil rekaan mereka, dan mengambil inspirasi daripada seni dan budaya unik ASEAN bagi menghasilkan koleksi yang menawan, bermula daripada pakaian, barangan kulit dan kasut kepada barang kemas serta aksesori yang dapat memenuhi pelbagai citarasa pengguna ASEAN, selain menetapkan trend di acara-acara pertunjukan fesyen peringkat serantau dan juga antarabangsa.

Anugerah FDC 2017 dianjurkan oleh Jabatan Promosi Perindustrian, Kementerian Perindustrian, Thailand, dengan kerjasama Institut Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Bawalah minat anda terhadap fesyen ke Anugerah FDC 2017 dan jadilah sebahagian daripada daya penggerak bagi kreativiti rekaan fesyen di AEC. Pendaftaran bermula sekarang hingga 31 Januari 2017. Untuk mengetahui lebih lanjut dan memuat turun borang permohanan, layari www.fdcbydip.com.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi fdc2017@ismed.or.th ; fdcbydip2017@gmail.com atau Tel. +668 2450 2632

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170120/8521700392 

Source: Institute for Small and Medium Enterprises Development
Related Links:
Keywords: Fashion Textiles Trade show news