omniture

Tarikh Perbicaraan Saman Contergan di Jerman Diumum

Federation of Thalidomide Sufferers and Grunenthal Victims
2017-02-13 21:25 715

COLOGNE, Jerman, 13 Februari 2017 /PRNewswire/ -- 60 tahun setelah pasaran memperkenalkan Contergan (bahan aktif: thalidomide), skandal farmaseutikal paling menggemparkan di Republik Persekutuan Jerman terus menjadi kontroversi. Tuntutan mahkamah akan dibicarakan di Mahkamah Wilayah Bonn pada jam 12:00 tengahari bertarikh 15.2.2017 yang lebih serius berbanding yang diketahui secara umum.

Mangsa Contergan Andreas Meyer, yang dilahirkan tanpa tangan atau kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda, menyaman mantan ahli Lembaga Pengurusan Yayasan Contergan, Peguam Karl Schucht, bagi tujuan injunksi dan rektifikasi.

Dalam suratnya kepada ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Keluarga Parlimen Persekutuan Jerman, Schucht menegaskan bahawa Meyer, sebagai saksi pakar pada perbicaraan awam Jawatankuasa tersebut, menyatakan secara terbuka pelbagai perkara yang tidak benar berhubung kejadian yang dikaitkan dengan Yayasan Contergan.

Meyer berkata, antara perkara lain ialah selama 30 tahun pengeluar Contergan (thalidomide) Grunenthal GmbH mempunyai akses terhadap fail-fail perubatan mangsa-mangsa Contergan dalam Yayasan Contergan. Selain itu, Grunenthal turut membayar pakar-pakar perubatan daripada Yayasan tersebut.

Dalam surat beliau, Schucht menegaskan sebaliknya bahawa Grunenthal tidak pernah memperoleh akses kepada fail-fail perubatan mangsa-mangsa Contergan, dan fail-fail tersebut sentiasa disimpan oleh Yayasan Contergan. Di samping itu, beliau menegaskan pakar-pakar Suruhanjaya Perubatan sentiasa mendapat bayaran menerusi dana Yayasan Contergan.

Mengapa ia begitu kontroversi? Ini kerana, sekiranya Meyer memenangi tuntutan mahkamah, ia bermakna bukan sahaja Schucht tidak berkata benar kepada ahli-ahli Parlimen. Tidak, Kerajaan Persekutuan juga tidak berkata benar kepada Parlimen.

Ini kerana Kementerian Persekutuan Hal Ehwal Keluarga, yang bertanggungjawab memantau Yayasan Contergan sejak tahun 1972, berkata sebagai balasan kepada Interpelasi Minor oleh Kumpulan Parlimen Die Linke bahawa dalam surat Schucht turut menyatakan pandangan Kerajaan Persekutuan.

Satu persoalan penting, menurut Meyer, ialah dua peranan yang dimainkan oleh Peguam Herbert Wartensleben yang turut diundang menjadi saksi oleh Mahkamah Wilayah Bonn. Mulai tahun 1972 sehingga akhir tahun 2003, Wartensleben bukan sahaja bertindak sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perubatan untuk Yayasan Contergan, yang menghakimi sama ada mangsa mengalami atau tidak mengalami kemudaratan akibat Contergan dan turut menilai kadar kemudaratan – yang menjadi asas kepada penilaian jumlah pencen Contergan, sebagai contoh. Sejak perbicaraan Contergan, Wartensleben bertindak beberapa kali sebagai wakil undang-undang Grunenthal dalam kes-kes berhubung Contergan; terbaharu pada tahun 2007 untuk tuntutan mahkamah berhubung filem cereka ARD dua bahagian "Eine einzige Tablette" (Satu tablet tunggal).

"Kes ini adalah berkaitan persoalan sama ada Yayasan Contergan pernah, atau mungkin masih menjadi subsidiari rahsia Grunenthal di bawah pantauan Kerajaan Persekutuan," kata Meyer.

Meyer akan diwakili oleh Prof. Dr. Jan Hegemann daripada firma undang-undang Raue Rechtsanwalte LLP di Berlin. Peguam Prof. Dr. Jan Hegemann telahpun berjaya mewakili Meyer pada tahun 2009 berhubung kes tindakan Meyer memboikot  produk-produk Dalli-Werke, Maurer & Wirtz dan 4711 – syarikat-syarikat kepunyaan pemilik Grunenthal. Peguam Karl Schucht akan diwakili oleh Peguam Gernot Lehr dan Tobias Wurkert LLM daripada pejabat firma undang-undang Bonn Redeker Sellner Dahs. Bagi Meyer, hal ini adalah penting. Pengasas firma undang-undang tersebut, Prof. Dr. Hans Dahs senior yang meninggal dunia pada tahun 1972, mewakili arwah pemilik Grunenthal, Dr. Hermann Wirtz senior, dalam perbicaraan Contergan.

Tempat dan tarikh perbicaraan mahkamah

Tarikh: 15.2.2017
Masa: 12:00 tengahari
Tempat: Mahkamah Wilayah Bonn, Wilhelmstrasse 21, 53111 Bonn
Bilik: Bilik Mahkamah S. 0.15 (Saalbau)

Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan penting melalui pautan berikut:

http://www.gruenenthal-opfer.de/Materials_Meyer_vs_Schucht_15_2_2017

Hubungi:

Persekutuan Pesakit Thalidomide dan Mangsa Grunenthal
d/a En Andreas Meyer (Pengerusi)
Dohmengasse 7 , 50829 Koln
E-mel: bcg-brd-dachverband@gmx.de
Laman Sesawang: http://www.gruenenthal-opfer.de  
Tel. Bimbit: +49 (0)172 / 2905974

Source: Federation of Thalidomide Sufferers and Grunenthal Victims
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Legal issues