omniture

CFLD International Lantik Eksekutif Terkemuka Pimpin Operasi A.S.

- Eksekutif hartanah, Mike Sanford, diumum sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CFLD (US) Inc.
CFLD International
2017-03-11 02:07 753

SAN FRANCISCO, 11 Mac 2017 /PRNewswire/ -- CFLD International, peneraju global dalam pembangunan bandar bersepadu, hari ini mengumumkan pelantikan Michael L. Sanford (Mike Sanford) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bahagian perniagaan Amerika Syarikat (A.S.), CFLD (US) Inc.

Michael L. Sanford (Mike Sanford), Ketua Pegawai Eksekutif CFLD (US) Inc.
Michael L. Sanford (Mike Sanford), Ketua Pegawai Eksekutif CFLD (US) Inc.

Sanford mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam pasaran hartanah komersial A.S., dan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif di Kilroy Realty Corporation, serta menyandang beberapa jawatan penting lain di Lowe Enterprises, Equity Office Properties, dan Spieker Properties. Sepanjang kerjaya beliau dalam bidang hartanah, Sanford memikul tanggungjawab terhadap lebih USD6 bilion aktiviti pelaburan termasuk lebih enam juta kaki persegi pembangunan. Selaku Ketua Pegawai Eksekutif CFLD (US) Inc., beliau akan bertanggungjawab dalam melebarkan sayap syarikat di seluruh A.S., dan beliau akan menggalas tanggungjawab terhadap strategi dan operasi tempatan, selain mengetuai pembangunan pasaran dan perluasan pasukan.

"Usaha menembusi pasaran A.S. sememangnya satu langkah kemajuan yang dijangkakan buat kami, setelah mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran hartanah global penting yang lain. Pasaran hartanah A.S. ialah salah satu pasaran terbesar, paling stabil dan telus di dunia, dicirikan oleh asas yang kukuh dan prospek pertumbuhan yang menarik. Pasaran Amerika Utara ialah kawasan tumpuan kami dan kami berhasrat untuk terus melabur dengan matlamat untuk menjadi peneraju pasaran dalam pembangunan kegunaan bercampur. Kehadiran Mike dan pasukan beliau dalam syarikat memperlihatkan komitmen segera terhadap pasaran A.S. dan membolehkan kami untuk menjalin kerjasama serta merta dengan rakan-rakan kongsi tempatan – demi membina masa depan," kata Jerry Zhao, Presiden CFLD International.

Pelantikan Sanford menambah kekuatan dan kebolehan golongan profesional berpengalaman dalam pasukan A.S., termasuk William La Herran, Ketua Pegawai Kewangan; Benjamin Yu, Ketua Bahagian Pemerolehan dan Pembangunan; Catherine Carlton, Ketua Bahagian Kerajaan dan Hal Ehwal Awam; serta Kevin Moore, Ketua Bahagian Sumber Manusia.

Beribu pejabat di Singapura, CFLD International memberi tumpuan terhadap pelaburan infrastruktur peringkat awal serta pembangunan dan operasi bandar-bandar industri baharu dalam pasaran-pasaran utama merentasi Asia, Amerika Utara dan Afrika. Pelantikan ini mengukuhkan kedudukan CFLD di A.S. dengan menggabungkan kepakaran Sanford dalam pasaran hartanah komersial A.S. melalui sumber dan pengalaman rangkaian global milik syarikat.

Sanford berkata, "Saya berasa teruja dapat menyertai pasukan A.S. dan mengembangkan reputasi global CFLD sebagai pemaju terancang induk yang terbaik dalam kategorinya. Saya yakin keluasan dan kedalaman pengalaman pasukan ini akan memajukan usaha syarikat di A.S. dan saya benar-benar berharap dapat menyumbang terhadap sektor hartanah tempatan bersama CFLD International."

Sanford kini merupakan Naib Pengerusi Yayasan Persatuan Pemilik dan Pengurus Bangunan, San Francisco (BOMA S.F.), Ahli Lembaga NAIOP Silicon Valley dan ahli majlis Institut Tanah Bandar (ULI). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Haas School of Business dan Sarjana Muda Sastera daripada University of California, Berkeley.

Latar Belakang CFLD International

Beribu pejabat di Singapura, CFLD International ialah peneraju global dalam menyediakan pembangunan bandar bersepadu. Syarikat memberi tumpuan terhadap pelaburan, pembangunan dan operasi bandar-bandar industri baharu dalam pasaran-pasaran utama di pelbagai kawasan di Asia, Amerika Utara dan Afrika.

Untuk maklumat lanjtu tentang CFLD International, sila layari http://en.cfldcn.com/

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170309/8521701552
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170309/8521701552LOGO

Source: CFLD International
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Personnel announcements