omniture

AECOM dan Asia Society umum Imagine 2060: Membawakan Bandar-bandar Masa Depan Bersama-sama

AECOM
2017-03-31 13:38 636

Perkongsian global baharu tiga tahun, adakan "perbincangan kehidupan" tentang bandar-bandar masa depan

MANILA, Filipina, 31 Mac 2017 /PRNewswire/ -- AECOM, sebuah firma infrastruktur terunggul yang bersepadu sepenuhnya, dan Asia Society, sebuah institusi bukan untung global yang terkemuka, hari ini mengumumkan satu perkongsian tiga tahun – Imagine 2060: Membawakan Bandar-bandar Masa Depan Bersama-sama (Imagine 2060: Delivering Tomorrow's Cities Together).

Setiap forum memberi peluang kepada para pemimpin yang terlibat dalam reka bentuk bandar, infrastruktur dan dasar awam untuk bergabung dengan matlamat yang sama – mencadangkan visi jangka panjang untuk setiap bandar disokong oleh kaedah-kaedah inovatif untuk mencapainya. Tahun pertama perkongsian ini dilancarkan pada 30 Mac di Manila sebelum beralih ke Sydney, Los Angeles, New York dan mencapai kemuncaknya di Hong Kong.

"Ini merupakan antara bandar-bandar paling menarik dan bertenaga di dunia kita, namun bandar-bandar ini mengalami tekanan yang sama, berpunca daripada pertumbuhan, pembandaran dan pemadatan yang hanya akan memuncak dengan tahap pertambahan penduduk yang diramal," kata Presiden AECOM Asia Pasifik, Sean Chiao. "Sekiranya kita inginkan generasi masa depan meningkat maju di bandar-bandar ini, ia bergantung pada mereka yang menyandang jawatan berpengaruh pada hari ini untuk menunjukkan jalannya dan mewujudkan legasi yang boleh mereka banggakan."

Inisiatif ini akan memupuk masyarakat "pembentuk bandar" global terhubung yang komited untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik mereka, kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup di Manila, Sydney, Los Angeles, New York dan juga Hong Kong.

"Ini merupakan satu permulaan bagi perbincangan baharu antara para cendekiawan dalam bidang reka bentuk bandar, perniagaan, ekonomi, reka bentuk infrastruktur dan dasar awam," sambung Sean Chiao. "Siri ini akan meneroka bandar-bandar menerusi lima aspek utama iaitu kesejahteraan, pembangunan ekonomi, budaya, mobiliti dan inovasi dalam penyampaian projek. Kami yakin bahawa keseimbangan yang tepat antara elemen-elemen ini dapat memberi hasil terbaik kepada bandar-bandar dan para penduduknya."

Naib Presiden Eksekutif Asia Society, Tom Nagorski berkata, "Secara dasarnya, apa yang kami minta ialah 'Apakah tahap kemajuan yang perlu dicapai oleh bandar-bandar hebat di dunia kita ini, setengah abad dari sekarang?' Selain itu, 'Apakah yang perlu kita lakukan sekarang untuk memastikan impian-impian itu tercapai?' Terdapat beberapa lagi persoalan yang lebih mendesak berhubung masa depan dunia kita. Akhirnya, Imagine 2060 akan menjadi panduan bukan sahaja untuk lima bandar yang terlibat, bahkan untuk mana-mana metropolis utama yang berminat untuk mewujudkan pelan tindakan demi masa depan."

2017: Di Pinggir Air

Sempena tahun pertamanya, Imagine 2060 akan melihat isu-isu yang melibatkan kawasan persisiran bandar di bawah tajuk "2017: Di Pinggir Air" ("2017: At The Water's Edge") – suatu penilaian meluas berhubung sejauh mana kepelbagaian pendekatan terhadap kedudukan mereka yang berdekatan air membentuk kualiti hidup penduduk di kelima-lima bandar ini dengan cara berbeza yang radikal.

Tayangan perdana dunia siri lima bandar ini akan diadakan pada hari Khamis, 30 Mac 2017 di The Manila House, Bonifacio Global City, Bandar Raya Taguig, Manila. Ia akan meninjau sejauh mana penduduk di ibu negeri Filipina boleh membayangkan semula idea asal "City Beautiful", yang dicipta oleh perancang bandar terkenal Daniel Burnham pada tahun 1905.

Sepanjang siri Imagine 2060 AECOM dan Asia Society akan mengumpul dapatan utama daripada setiap bandar, mengadakan perbincangan dan menyiarkan pandangan utama di www.aecom.com/imagine2060 agar ia tersedia untuk diberikan input dan perkembangan lanjut.

Pelancaran di Manila akan diikuti oleh acara-acara yang memberi tumpuan terhadap kawasan persisiran di Sydney, Los Angeles, dan New York sebelum tahun pertama program melabuhkan tirainya di Hong Kong.

Tahun hadapan, AECOM dan Asia Society akan meneroka strategi kreatif dan pintar untuk kegunaan tanah di bandar-bandar. Imagine 2060 tahun ketiga dan keempat (www.aecom.com/imagine2060) akan meninjau pemeruman futuristik, prospek atau penggunaan ruang udara serta kualiti udara, meskipun keadaan ini nyata sekali sedang berlaku.

Latar Belakang AECOM 
Kami mereka bentuk, membangunkan, membiayai dan mengendalikan aset-aset infrastruktur untuk kerajaan, syarikat dan organisasi di lebih 150 negara. Lihat bagaimana kami menyediakan sesuatu yang hanya dapat dibayangkan oleh individu lain di aecom.com dan @AECOM.

Latar Belakang Asia Society

Asia Society ialah sebuah pertubuhan pendidikan utama yang mengkhusus untuk menggalakkan persefahaman di Asia dalam konteks global dan mengukuhkan kerjasama dalam kalangan orang ramai, pemimpin dan institusi dalam bidang-bidang seni, perniagaan, budaya, pendidikan dan dasar.

Maklumat Perhubungan AECOM:
Johnny Sollitt-Davis
Pengarah, Hal Ehwal Luar Australia New Zealand
+61 3 9653 8500
Johnny.Sollitt-Davis@aecom.com

Maklumat Perhubungan Asia Society Filipina: 
Suyin Liu Lee
Pengarah Eksekutif
+632 5502612
SLiu@asiasociety.org

 

Source: AECOM
Keywords: Construction/Building Corporate Social Responsibility Joint ventures Not for profit