omniture

2,500 Pengeluar Barangan Elektronik dan Perkakasan Rumah bakal Bawakan Produk Dinaik Taraf ke Pameran Canton ke-121

Pameran Canton
2017-04-11 03:12 914

GUANGZHOU, China, 11 April 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China kali ke-121, juga dikenali sebagai Pameran Canton, bakal membawakan pengeluar barangan elektronik dan perkakasan terkemuka dunia ke pentas sempena pameran barangan elektronik dan perkakasan rumah di Kawasan A dan B mulai 15 hingga 19 April di Kompleks Pameran Import dan Eksport China di Guangzhou.

2,500 Pengeluar Barangan Elektronik dan Perkakasan Rumah bakal Bawakan Produk Dinaik Taraf ke Pameran Canton ke-121
2,500 Pengeluar Barangan Elektronik dan Perkakasan Rumah bakal Bawakan Produk Dinaik Taraf ke Pameran Canton ke-121

Kategori utama bagi sektor barangan elektronik dan perkakasan Pameran Canton ke-121:

  • Perkakasan rumah
  • Barangan elektronik pengguna
  • Produk maklumat elektronik
  • Produk elektronik dan elektrik

Pameran barangan elektronik dan perkakasan rumah akan mencakupi seluruh rantaian industri bersama 2,500 perusahaan yang berhimpun di tapak pameran. Lebih 200 jenama Cina kelas tertinggi seperti Haier, Midea, TCL, Changhong, Galanz, Skyworth, Jezetek, Tigerhead, Sanxin dan People Electronics akan mempamerkan teknologi dan produk terkini mereka.

Para pempamer barangan elektronik dan perkakasan antarabangsa yang akan mengambil bahagian dalam Pameran Canton tahun ini termasuk: pengeluar produk peralatan alam sekitar baharu Korea, Coway dan pengeluar flos air Aquapick, jenama perkakasan No. 1 Indonesia Polytron serta jenama perkakasan terkenal di Mesir, Fresh and Universal.

Untuk melihat semua pempamer yang mengambil bahagian dalam Pameran Canton tahun ini, layari: http://i.cantonfair.org.cn/en/index

Perkakasan rumah dan barangan elektronik pengguna di Pameran Canton: Produk pintar dan praktikal terajui industri

Sebagai respons kepada perkembangan stabil dalam pasaran perkakasan rumah dan barangan elektronik pengguna, tahun ini pempamer Pameran Canton menggabungkan internet dan teknologi mudah alih ke dalam pembangunan produk mereka.

Pameran Canton ke-121 akan menghimpunkan sekumpulan perusahaan baru muncul yang menunjukkan potensi pasaran kukuh dan membawakan pilihan produk inovatif yang lebih pelbagai berbanding dalam pameran-pameran terdahulu.

Ningbo Yogar Electrical Appliance Co. Ltd, pengeluar utama bagi penyaman udara dan penyahlembap mudah alih, telah mengambil bahagian dalam Pameran Canton selama 16 tahun. Pada musim bunga kali ini, Yogar akan membawakan produk baharunya yang mengetengahkan teknologi pintar serta sedia-internet itu.

"Bagi sebuah industri yang perlu melihat dan memeriksa sendiri suatu barangan, Pameran Canton ialah salah satu platform paling kompetitif di dunia," kata Fang Zhihao, naib presiden jualan Yogar. "Pameran Canton dapat membantu kami berkembang lebih kukuh dan mencapai manfaat bersama dengan rakan niaga kami."

"Pameran Canton kini semakin bersifat terbuka dan pelbagai. Di sini, pembeli juga dapat belajar daripada perusahaan-perusahaan cemerlang dan terkemuka ketika berkomunikasi dan dapat berkongsi trend terkini dengan pakar-pakar antarabangsa dalam industri," kata Maggie Pu, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton.

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Dengan melakar sejarah selama 60 tahun, pameran ini ialah pameran yang komprehensif dengan sejarah yang panjang, bertaraf tertinggi, dengan skala terbesar dan mempunyai jumlah produk terbanyak selain merupakan platform pengedaran untuk pembeli paling luas dan juga mencatat perolehan perniagaan tertinggi di China.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170410/0861703507

Source: Pameran Canton
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news