omniture

Internet Komunikasi Benda: Ulmart Kemukakan Lepas Pandang yang Tidak Disengajakan

Ulmart
2017-05-24 19:42 739

ST PETERSBURG, Rusia, 24 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Ulmart, peruncit dalam talian terkemuka Rusia, merancang untuk menangani isu-isu moral dan undang-undang berkisarkan Internet Komunikasi Benda (IoT) dalam sesi khas "Internet Komunikasi Benda: Mengatasi Halangan" yang bakal diadakan dalam Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) akan datang pada 1 Jun 2017.

Diundang oleh Yayasan Rosсongress, Ulmart memutuskan untuk mengambil peranan sebagai peneraju bagi salah satu isu paling hangat dalam industri teknologi masa kini. Dipengerusikan oleh Mike Butcher, Editor Bebas Utama TechCrunch, sesi ini akan mencabar panel yang terdiri daripada pakar-pakar antarabangsa dan Rusia untuk memberi pandangan berhubung revolusi pengguna yang terbaru ini. Barisan panel akan membahaskan sama ada pengeluar, peniaga dan kerajaan perlu menggalas tanggungjawab kerana membiarkan orang ramai sentiasa diekori, dipantau dan dianalisis semata-mata untuk meningkatkan keuntungan, selain menangani aspek-aspek penting lain dalam IoT.

Pada masa kini, pelokasi GPS dan banyak aplikasi telefon pintar meminta pengguna untuk 'bersetuju' untuk dihubungkan.

Dianggarkan menjelang tahun 2025, satu trilion produk akan "berkomunikasi" antara satu sama lain. Hasilnya, matriks figuratif akan mengelilingi pengguna sepanjang masa dan mereka tidak mengetahui bahawa mereka menjadi tumpuan perbualan maya.

"Sebagai peruncit yang berusaha setiap hari menggunakan data besar untuk meningkatkan jualan, saya sedar betapa mudahnya untuk menyalahgunakan rangkaian produk saling terhubung yang semakin berkembang yang terdapat di sekeliling kita dalam setiap aspek kehidupan kita," ujar Dmitry Kostygin, Pengerusi Lembaga Pengarah Ulmart.

"Bayangkan setiap hari 'bercakap' dengan ratusan produk, 'memberitahu' mereka: "Ya, bantal, jangan, stoking, jangan buat perangai peti ais," ulas Brian Kean, Ketua Pegawai Antarabangsa Ulmart. "Tiada sesiapa pun antara kita yang mempunyai masa terhadap pengawasan harian bagi 'perbualan' dengan produk, tetapi syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab boleh menyalahgunakan kepercayaan ini. Sebagai peruncit dalam talian pertama yang melontarkan persoalan moral dan mencadangkan bahawa mungkin pihak peruncit dan pengusaha pasaran lain patut melindungi pengguna daripada keburukan IoT, Ulmart sekali lagi membuktikan bahawa keutamaannya ialah kepuasan dan juga kepentingan pelanggan."

Sesi ini akan diadakan pada 1 Jun 2017 pada jam 3 petang di Pusat Kongres, Dewan Persidangan D3.

Latar Belakang ULMART    

Ulmart ialah syarikat Internet milik persendirian terbesar di Rusia yang mengkhusus dalam e-dagang. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008, dan ibu pejabatnya terletak di St. Petersburg. Ulmart mempunyai lebih 450 kemudahan prasarana (pusat pelaksanaan dan lokasi pengambilan) di lebih 240 bandar dan pekan seluruh Rusia.

http://www.ulmart.ru

Hubungi: Brian Kean, Ketua Pegawai Antarabangsa, +7-812-336-37-77 samb. 4575.

Source: Ulmart
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Trade show news