omniture

Dalmia Cement Jalin Kerjasama untuk Jambatan Terpanjang India

Dalmia Cement (Bharat) Limited (DCBL)
2017-05-29 09:30 590

NEW DELHI, 29 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Perkukuh kedudukan sebagai rakan strategik utama negara dan komitmennya terhadap Timur Laut  

Dalmia Cement (Bharat) Limited, pengeluar simen utama India, mengulangi komitmennya terhadap pembangunan negara dengan memainkan peranan penting dalam pembinaan jambatan Dhola-Sadiya yang strategik, menghubungkan Arunachal Pradesh ke Assam, yang dirasmikan hari ini oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, Shri Narendra Modi.

Dalmia Cement (Bharat) Ltd. membekalkan 17,000 tan simen bergred tertinggi untuk projek penting ini yang direalisasikan melalui konsortium syarikat-syarikat. Hal ini memperlihatkan tahap kecemerlangan bagi kehebatan pembuatannya, kualitinya yang luar biasa, mekanisme penyediaan yang kukuh serta tahap kepercayaan tinggi yang diperoleh bersama pelbagai pihak berkepentingan.

En. Puneet Dalmia, Pengarah Urusan, Dalmia Bharat Group berkata, "Ini merupakan saat yang amat penting selaku rakan kongsi utama dalam membangunkan jambatan Dhola-Sadiya bersejarah yang akan memendekkan masa perjalanan antara Assam dan Arunachal Pradesh sehingga empat jam. Ini merupakan bukti terkini kerjasama kami dengan beberapa projek utama yang penting untuk negara sejak bermulanya operasi Empangan Hirakud pada tahun 1952. Bermula daripada pelabuhan, kepada projek kereta api metro, lapangan terbang kegunaan ketenteraan dan orang awam, lebuhraya, loji haba dan kuasa nuklear, kami telah memupuk warisan berkekalan yang berusia 78 tahun berhubung kepercayaan dan kecemerlangan negara."

"Ini merupakan saat yang amat membanggakan buat kami dan menjadi titik perubahan memandangkan ia melangkaui perniagaan. Peranan kami dalam membangunkan jambatan terpanjang di India ini, memperlihatkan semangat kerjasama antara pelbagai organisasi, perkaitan strategik dan cadangan nilai sosioekonomi yang amat penting untuk kawasan Timur Laut. Saya melihat impak jambatan ini sebagai contoh literal daripada kempen kami: 'Dil Jode, Desh Jode'," tambah En. Mahendra Singhi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Cement), Dalmia Cement (Bharat) Ltd.

Dhola-Sadiya ialah jambatan terpanjang di India, meliputi jarak sejauh 9.15 km merentasi Brahmaputra yang amat besar. Suatu kehebatan kejuruteraan, ia mampu menahan berat 60 tan kereta kebal. Ia terletak sejauh 540 km dari Guwahati di Assam dan 300 km dari Itanagar, Arunachal Pradesh. Jarak udara ke sempadan Cina adalah kurang daripada 100 km. Pembinaan jambatan bermula pada tahun 2011 dengan kos projek sebanyak 950 kror. Kepentingan jambatan ini ditekankan oleh hakikat bahawa pada masa ini, kesemua sistem pengangkutan antara kedua-dua tebing sungai melalui air. Memandangkan tiada lapangan terbang awam di Arunachal Pradesh, jambatan ini akan membantu penduduk negeri tersebut tiba di pangkalan kereta api terdekat di Tinsukia, Assam dan lapangan terbang di Dibrugarh dengan mudah. Ia dibangunkan berasaskan model perkongsian awam-swasta.

Latar Belakang Dalmia Cement (Bharat) Ltd. 

Dalmia Cement (Bharat) Limited (DCBL), subsidiari Dalmia Bharat Limited (Kod BSE: 533309|Simbol NSE: DALMIABHA dan tersenarai dalam MSE), ialah pengusaha utama bagi pembuatan simen sejak tahun 1939. Ia merupakan salah sebuah syarikat simen terbesar dan paling pelbagai di India dan merupakan syarikat simen paling mesra alam di dunia. Dengan kapasiti yang semakin berkembang, yang kini pada kedudukan 25 MnT, Dalmia Bharat Cement juga merupakan kapasiti pembuatan keempat terbesar di negara ini. Berada di lapan negeri dan dengan 11 unit pembuatan, syarikat ini juga merupakan peneraju kategori bagi simen pengkhususan super yang digunakan untuk telaga minyak, galang landasan keretapi dan lapangan terbang kecil selain merupakan pengeluar simen slag terbesar negara. Kunjungi kami di http://www.dalmiacement.com

Latar Belakang Dalmia Bharat Group 

Dalmia Bharat Group (http://www.dalmiabharat.com) ialah pengusaha kebangsaan utama dalam sektor pengeluaran teras India sejak tahun 1939. Dengan nilai pusing ganti melebihi 10,000 kror, ia mempunyai kedudukan kepimpinan bagi simen, gula dan refraktori. Sebagai peneraju bagi simen khas dan pengeluar simen slag terbesar negara, Dalmia Bharat merupakan syarikat simen paling mesra alam di dunia dan merupakan peneraju bagi amalan terbaik untuk Kelestarian yang menjadi tanda aras global. Bagi gula generik, syarikat memenuhi keperluan untuk beberapa jenama terkemuka. Ia mempunyai kumpulan pelanggan yang kekal dan semakin berkembang bagi refraktori.

Maklumat Perhubungan Media:
Dalmia Bharat Group:
Pooja Bharadwaj
E: Bharadwaj.pooja@dalmiabharat.com
T: +91-95-601-66999

Source: Dalmia Cement (Bharat) Limited (DCBL)
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building