omniture

Honeywell Dan VietJet Air Tandatangani Perjanjian $100 Juta untuk Hampir 100 Unit Kuasa Bantuan 131-9A dan lebih Sedekad Perkhidmatan Penyelenggaraan

Honeywell
2017-06-08 15:39 608

WASHINGTON, D.C., 8 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Honeywell (NYSE: HON) menandatangani perjanjian dengan VietJet Air bagi memperoleh 98 unit kuasa bantuan untuk armada pesawat A320 Airbus baharu syarikat penerbangan tersebut. Kini, Honeywell membekalkan VietJet Air dengan unit kuasa bantuan (APU) merentasi seluruh armada dengan 135 pesawat A320 Airbus syarikat penerbangan tersebut. Perjanjian baharu ini berjalan sehingga tahun 2022 dan melibatkan khidmat penyelenggaraan selama 12 tahun. Nilai kontrak ini berjumlah lebih $100 juta.

Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc menghadiri majlis tersebut sebagai sebahagian daripada jadual kunjungan beliau ke A.S. bagi tujuan menggalakkan hubungan perniagaan dua hala antara negara-negara ini. Kehadiran perdana menteri memperakui Honeywell atas komitmen jangka panjangnya dalam menyokong industri aeroangkasa Vietnam yang semakin berkembang serta jalinan kerjasama yang erat bersama VietJet Air. 

"Kerjasama kami dengan Honeywell bermula pada tahun 2014 apabila mereka dipilih untuk membekalkan, mengurus dan menyelenggara APU 131-9A mereka untuk armada kami yang terdiri daripada 37 pesawat A320/A321 Airbus. Hari ini, kami menandatangani perjanjian kedua kami dengan Honeywell bagi mendapatkan lebih banyak APUnya yang meneraju industri, yang terbukti dapat mengurangkan kos pengendalian dan meningkatkan prestasi pesawat," kata Nguyen Thi Phuong Thao, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, VietJet Air. "Kerjasama kami yang telah lama terjalin dengan Honeywell ini juga menjadi bukti terhadap hubungan Vietnam yang mantap dan positif bersama A.S., dan kami berharap dapat mengukuhkan hubungan kerjasama ini selama bertahun-tahun lagi."

Dengan memilih APU paling popular daripada Honeywell, 131-9A, VietJet Air akan mendapat manfaat daripada keandalan pengendalian yang dipertingkat, kos penyelenggaraan yang lebih rendah sepanjang kitar hayatnya serta penjimatan bahan api yang ketara. Keandalan yang terbukti dan kebolehkendalian yang dipertingkat daripada APU 131-9A juga akan membantu meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan untuk penumpang VietJet Air serta mengurangkan masalah kelewatan dan pembatalan penerbangan. Syarikat penerbangan ini juga akan mendapat manfaat daripada kos pengendalian yang dioptimum untuk seluruh armada pesawatnya melalui sokongan langsung daripada khidmat penawaran penyelenggaraan dan perkhidmatan APU Honeywell.  

"Vietnam ialah pasaran yang diutamakan dan merupakan rantau dengan pertumbuhan tinggi yang utama untuk Honeywell, dan kami komited untuk memperluas keupayaan penerbangan komersial rantau tersebut selain membantu mencapai matlamat jangka panjangnya terhadap industri melalui rangkaian penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih global kami," kata Brian Davis, naib presiden, Airlines, Asia Pasifik, Honeywell Aerospace. "Kami yakin perjanjian ini akan membantu VietJet Air memaksimumkan tahap kecekapan pengendalian untuk armada pesawat A320 Airbus serta memberikan kadar keselesaan dan keselamatan yang dipertingkat untuk penumpangnya, selain turut memastikannya kekal sebagai peneraju dalam industri penerbangan."

Pada tahun 2015, VietJet Air turut menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Honeywell bagi menyediakan APU dan sistem avionik untuk armada masa depan syarikat penerbangan itu. Pada bulan Mac, Airbus menetapkan APU 131-9A Honeywell sebagai peralatan standard untuk kumpulan pesawat A320.

Latar Belakang APU Honeywell

APU digunakan khususnya untuk memberi kuasa kepada kapal terbang sewaktu operasi darat, membekalkan kuasa elektrik, penyaman udara, permulaan enjin utama dan banyak lagi. Mereka juga dapat memberikan kuasa elektrik sandaran semasa penerbangan.

Honeywell merekayasa APU pertama dalam tahun 1948. Syarikat telah mengeluarkan lebih 95,000 APU dan mempunyai lebih 36,000 unit yang sedang beroperasi hari ini merentasi lebih 150 kegunaan serantau, eksekutif, komersial dan ketenteraan, termasuk pesawat sayap tetap dan pesawat sayap berputar.

Baru-baru ini Honeywell menghantar APU 131-9A yang ke-5,000. Ini menjadikan angka pengeluaran APU daripada rangkaian 131-9 kepada lebih 11,000 unit, dengan lebih 100 juta jumlah jam penerbangan. APU siri 131-9 dipilih oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk kebanyakan pesawat berbadan kecil dan menyediakan kotak kawalan elektronik unik yang menyepadukan logik penyelesaian masalah termaju dan berbahasa Inggeris sepenuhnya dan keupayaan pemantauan kesihatan demi penyelenggaraan intuitif. Ini membantu meningkatkan keandalannya yang telah terbukti dapat mengurangkan masalah kelewatan dan pembatalan penerbangan, membolehkan syarikat mengikut jadual agar penumpang mereka dapat tiba ke destinasi tepat pada waktunya.

Sumber Sokongan

  • Baca lebih lanjut tentang VietJet Air
  • Baca lebih lanjut tentang APU siri 131 Honeywell
  • Baca lebih lanjut tentang Honeywell Aerospace melalui blog Follow The Aero
  • Klik suka pada Honeywell Aerospace melalui Facebook
  • Ikuti @Honeywell_Aero melalui Twitter

Honeywell (www.honeywell.com) ialah sebuah syarikat perindustrian-perisian yang tersenarai dalam Fortune 100, menyediakan penyelesaian khusus untuk industri termasuk produk dan perkhidmatan untuk industri aeroangkasa dan automotif; teknologi kawalan untuk bangunan, rumah dan industri; serta bahan prestasi di seluruh dunia. Teknologi kami dapat membantu semua aspek bermula dengan pesawat, kereta, rumah dan bangunan, kilang pembuatan, rantaian bekalan serta pekerja menjadi lebih terhubung demi mewujudkan dunia kita yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih lestari. Untuk mendapatkan berita dan maklumat lanjut tentang Honeywell, sila layari www.honeywell.com/newsroom.

Source: Honeywell
Related Stocks:
NYSE:HON
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Travel