omniture

Tesco Guna Bahan Penyejuk Honeywell untuk Kurangkan Pelepasan Karbon Sehingga 40 Peratus

Honeywell
2017-06-16 02:09 573

- Tesco akan tukar lebih 1,200 pasaraya di United Kingdom ke bahan penyejuk Solstice® N40 (R-448A) Honeywell

BRUSSELS, 16 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Honeywell (NYSE:HON) hari ini mengumumkan bahawa Tesco, salah sebuah rangkaian pasaraya terbesar di dunia, akan menukar lebih daripada 1,200 pasaraya di seluruh United Kingdom kepada bahan penyejuk Solstice® N40 Honeywell untuk memenuhi komitmen pengurangan karbon. Penukaran akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun, dengan 60 pasaraya pertama sudahkan ditukar.

Dalam bulan November 2015, Tesco telah berjanji dengan ahli-ahli persidangan Perubahan Iklim Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Paris (COP21) untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada sistem penyejukan. Sebahagian daripada usaha sokongan bertumpu kepada mengurangkan pelepasan bahan penyejuk sebanyak 26.5 peratus berbanding dengan garis asas bagi tahun 2006/2007. Sebahagian daripada strategi ini adalah bertukar kepada Solstice N40 Honeywell daripada R-404A, yang digunakan di masa ini. Dengan menukar 1,200 pasaraya kepada Solstice N40 – dan menggunakan bahan penyejuk baharu yang kurang potensi pemanasan global (GWP) – Tesco boleh mengurangkan kesan karbon sehingga 40 peratus, ibarat mengeluarkan 70,000 buah kereta dari jalan raya dalam masa tiga tahun akan datang.

Bahan penyejuk Tesco kini, R-404A, ialah hidrofluorokarbon (HFC) dengan tahap GWP yang tinggi pada 3,943. Berbanding Solstice N40 yang mempunyai tahap GWP sebanyak 1,273, menjadikannya bahan penyejuk yang mempunyai GWP terendah, tidak mudah terbakar yang boleh didapati secara komersial hari ini dan boleh digunakan untuk menggantikan R-404A dalam sistem penyejukan pasaraya. Solstice N40 adalah pengganti yang paling hampir bagi R-404A.

"Kami menetapkan matlamat kemampaman agresif dan bertekad untuk mencapainya tanpa memberi kesan kepada pelanggan kami," kata Matthew Reeves-Smith, Ketua Kumpulan Penyejukan & HVAC, Tesco. "Kami mencari teknologi terbaik untuk menukar 1,200 buah pasaraya dalam masa tiga tahun dan menemui penyelesaian kami pada Solstice N40. Bahan penyejuk ini menepati semua kriteria utama termasuk keberkesanan tenaga, prestasi sistem dan penyelenggaraan. Hakikat bahawa ia adalah pengganti terdekat bagi bahan penyejuk kami masa kini membantu untuk memastikan proses pertukaran yang lancar dan berterusan dalam masa tiga tahun akan datang."

Solstice N40 adalah penyejuk tidak mudah terbakar dengan GWP terendah yang paling kerap digunakan dalam industri pasaraya untuk menggantikan R-404A, dan ia boleh digunakan dalam pemasangan baharu serta dipasang dalam sistem yang menggunakan bahan penyejuk pemanasan global yang tinggi seperti R-404A, R-507 dan campuran sementara. Lebih 2,000 pemasangan pasaraya telah dilengkapi dengan Solstice N40 menjelang hujung tahun 2016.

"Semakin banyak syarikat pasaraya menggunakan Solstice N40 dalam penukaran pasaraya berskala besar, kerana ia adalah penyelesaian ideal untuk membantu mereka menepati matlamat keberkesanan tenaga dan kemampanan," kata Robet Kebby, pengurus perniagaan penyejukan global bagi Honeywell Fluorine Products. "Honeywell menggalakkan para pelanggan untuk mempercepatkan lagi penukaran kepada penyejuk mesra alam yang sememangnya telah tersedia dan mengelakkan kekurangan produk legasi yang dijangkakan."

Kejayaan projek penukaran Tesco memerlukan kerjasama rapat antara Honeywell dan rakan-rakan kongsinya. A-Gas, pengedar utama bahan penyejuk Honeywell di U.K., menyediakan kemudahan menebus guna dan pengujian. Pusat Iklim menyediakan penghantaran kebangsaan dan kutipan bahan penyejuk baharu dan tebus guna, sementara Carter Synergy and Space Engineering menyediakan kepakaran bagi penukaran sebenar.

Honeywell ialah peneraju dunia dalam pembangunan, pengilangan dan pembekalan bahan penyejuk yang dijual di seluruh dunia di bawah jenama Solstice® dan Genetron® bagi rangkaian penggunaan termasuk penyejukan, pendingin hawa bangunan dan kenderaan. Honeywell dan para pengedarnya sedang menyiapkan program pelaburan bernilai $900 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kapasiti baharu berdasarkan teknologi hidrofluro-olefin (HFO) Honeywell. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.honeywell-refrigerants.com/europe/.

Honeywell (www.honeywell.com) ialah sebuah syarikat perindustrian-perisian yang tersenarai dalam Fortune 100, menyediakan penyelesaian khusus untuk industri termasuk produk dan perkhidmatan untuk industri aeroangkasa dan automotif; teknologi kawalan bagi bangunan, rumah dan industri; dan bahan prestasi di seluruh dunia. Teknologi kami dapat membantu semua aspek bermula dengan pesawat, kereta, rumah dan bangunan, kilang pembuatan, rangkaian bekalan, serta pekerja menjadi lebih terhubung demi mewujudkan dunia kita yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih lestari. Untuk mendapatkan berita dan maklumat lanjut tentang Honeywell, sila layari www.honeywell.com/newsroom.

Source: Honeywell
Related Stocks:
NYSE:HON
Keywords: Environmental Products & Services HVAC Retail Supermarkets