omniture

JNA Awards umum Penerima Anugerah 2017

JNA
2017-06-26 10:04 730

HONG KONG, 26 Jun 2017 /PRNewswire/ -- JNA Awards dengan bangganya mengumumkan senarai Penerima Anugerah atau finalis yang amat dinanti-nantikan dalam 10 kategori sempena Pameran Barang Kemas & Batu Permata Hong Kong pada Jun ini.

Untuk hebahan multimedia penuh, klik: http://www.prnasia.com/mnr/jna_201706.shtml  

 

 

Chow Tai Fook supports JNA Awards to recognise innovation and excellence
Chow Tai Fook supports JNA Awards to recognise innovation and excellence

 

2017 judging panel (clockwise from top left): James Courage, Albert Cheng, Lin Qiang, Mark Lee, Yasukazu Suwa and Nirupa Bhatt
2017 judging panel (clockwise from top left): James Courage, Albert Cheng, Lin Qiang, Mark Lee, Yasukazu Suwa and Nirupa Bhatt

 

(From left) Guangdong Gems & Jade Exchange; Shanghai Diamond Exchange; Chow Tai Fook Jewellery Group; UBM Asia; UBM Asia; Rio Tinto Diamonds; KGK Group; Guangdong Land Holdings
(From left) Guangdong Gems & Jade Exchange; Shanghai Diamond Exchange; Chow Tai Fook Jewellery Group; UBM Asia; UBM Asia; Rio Tinto Diamonds; KGK Group; Guangdong Land Holdings

 

2017 Honouree Announcement Press Conference
2017 Honouree Announcement Press Conference

 

 

Acara ini, yang kini memasuki tahun keenamnya, ialah program anugerah terunggul yang mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan serta pencapaian dalam industri barang kemas dan batu permata, dengan tumpuan untuk memajukan perdagangan di Asia.

Tahun ini, hampir 100 penyertaan yang amat layak dari 13 negara dan rantau, iaitu tanah besar China, Fiji, Hong Kong, India, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam, diterima.

Kategori-kategori yang mendapat penyertaan paling banyak ialah Inovasi Industri Terbaik Tahunan, Jenama Terbaik Tahunan – Peruncitan dan Usahawan Muda Terbaik Tahunan.

Letitia Chow, Pengerusi JNA Awards berkata, "Melihatkan satu lagi tahun yang mendapat jumlah penyertaan yang memecah rekod adalah suatu yang memberi semangat, dengan peratusan peserta yang pertama kali mengambil bahagian mencecah 22 peratus daripada permohonan. Pada masa kini, syarikat-syarikat perlu menginovasi, bukan sahaja untuk berkembang maju, tetapi untuk kekal beroperasi. Impak inovasi jelas terlihat dalam aspek-aspek pengeluaran yang berbeza, termasuk pemasaran, pengurusan rantaian bekalan, teknologi batu permata dan logam, pembangunan produk serta strategi perniagaan."

Panel hakim bebas 2017 terdiri daripada pakar-pakar industri iaitu Albert Cheng, Penasihat World Gold Council, Timur Jauh (WGC); James Courage, mantan Ketua Eksekutif Platinum Guild International dan mantan Pengerusi Responsible Jewellery Council; Lin Qiang, Presiden dan Pengarah Urusan Shanghai Diamond Exchange (SDE); Nirupa Bhatt, Pengarah Urusan Institut Gemologi Amerika (GIA) di India dan Timur Tengah; Yasukazu Suwa, Pengerusi Suwa & Son, Inc Jepun; dan Mark Lee, Pengarah Penyelidikan Institusi untuk Strategi Asia Pasifik (APIFS).

Cheng dari WGC berkata, "Saya berasa gembira dapat melihat peningkatan penyertaan bagi tahun ini, khususnya dari Asia Tenggara dan tanah besar China. Walaupun hal ini mencetuskan lebih banyak perdebatan bagi panel hakim, ia dapat membantu untuk terus mengukuhkan kedudukan Anugerah ini."

"Kualiti dan keluasan geografi bagi peserta tahun ini mengesahkan kerelevenan anugerah sedemikian, memperlihatkan tumpuan bagi dorongan rantau ini terhadap pembangunan teknikal dan alam sekitar yang inovatif dan berkembang, di samping meningkatkan kepentingan tanggungjawab pengguna serta pemasaran kreatif," ulas Courage.

"Penyertaan yang disenarai pendek itu bukan sahaja menunjukkan pencapaian kukuh serta pendekatan berkesan dalam menyelesaikan masalah, bahkan mereka turut memberi contoh bagi kepimpinan yang baik," ujar Lin dari SDE.

Bhatt dari GIA turut berkongsi dengan berkata, "Melihatkan kualiti tinggi penyertaan yang menjadikan tanggungjawab kami selaku hakim lebih mencabar dan menarik adalah suatu pengalaman yang menggalakkan. Pengiktirafan seperti ini memberi inspirasi kepada peserta untuk terus mengembangkan bakat mereka dan mempercepatkan kadar inovasi."

Lee dari APIFS menambah, "JNA Awards ialah platform terbaik untuk menonjolkan kemajuan dan kejayaan industri. Kesungguhan, inovasi dan sumbangan peserta terhadap perdagangan adalah suatu yang amat mengagumkan."

Para pemenang bakal diumumkan dalam Majlis JNA Awards dan Makan Malam Gala pada 14 September semasa Pameran Barang Kemas & Batu Permata Hong Kong September ini.

Bahagian Pemasaran JNA Awards
+852 2516-2184
marketing@JNAawards.com

www.JNAawards.com

Source: JNA
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Fashion Jewelry Mining/Metals Precious Metals