omniture

Myanmar mengalu-alukan syarikat asing pertama bangunkan pangkalan bekalan minyak dan gas

Myanmar Offshore Supply Base Ltd (MOSB)
2017-07-13 12:41 544

YANGON, Myanmar, 13 Julai 2017 /PRNewswire/ -- MOSB Limited (MOSB), telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan Myanmar (MIC) pada 11 Julai 2017 untuk membina dan mengendalikan pangkalan bekalan luar bersisir di Mon State, dengan pengendorsan daripada Kementerian Tenaga.

Penubuhan pangkalan bekalan luar bersisir ini akan menyokong syarikat-syarikat industri minyak dan gas (Oil and Gas) yang giat berkembang di Myanmar dan akan memberikan para penduduk bersekitaran peluang dalam bidang infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan juga memberikan peluang pekerjaan untuk penduduk bersekitaran rantau ini. Selanjutnya, projek ini juga akan memajukan industri tersebut dengan mengurangkan jarak perjalanan dan meningkatkan kecekapan untuk syarikat syarikat minyak dan gas.

"Pangkalan bekalan luar pesisir yang dirancangkan ini akan mengurangkan masa perjalanan untuk syarikat-syarikat minyak dan gas yang beroperasi di Myanmar, dan mereka sekarang tidak perlu membuat perjalanan ke Singapura atau Thailand," kata En. Leonard Oh, Pengerusi Eksekutif MOSB.

MOSB tetap komited terhadap kemajuan Myanmar dan menyokong komuniti-komuniti di Mon State. Sebagai sebahagian daripada projek, MOSB akan melabur dalam pelbagai pembangunan dan permulihan infrastruktur dengan bertujuan untuk menaik taraf sistem pengangkutan dan telekomunikasi. Selain itu, MOSB mempunyai rancangan untuk menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan dan khidmat sosial bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat Mon State dengan pertumbuhan perniagaan dan perkembangan ekonomi yang akhirnya akan memberi manfaat kepada seluruh negara.

U Zaw Min Oo, Ketua Kampung Wae Ka Li, Mon State berkata, "Saya berasa amat gembira dan mengalu-alukan projek ini kerana saya percaya projek ini akan membantu masyarakat setempat untuk memperbaikan kemudahan pengangkutan, pendidikan dan kesihatan, dan juga bekalan elektrik yang kami perlukan masa kini. Penduduk tempatan kami tidak perlu meninggalkan kampung dan berjalan jauh untuk mencari pekerjaan oleh kerana projek ini akan mencipta banyak peluang pekerjaan buat kami. Projek ini pastinya akan memperbaiki taraf kehidupan kami dalam pelbagai cara."

Ia bakal menjadi permit asing pertama untuk pangkalan bekalan luar bersisir (OSB), di Myanmar yang diluluskan oleh Kementerian Bekalan Elektrik dan Tenaga.

Latar Belakang MOSB

Syarikat MOSB merupakan satu usaha sama antara Two Fish Supply Base Limited dari Myanmar dan 2 Fish (SG) Pte Ltd dari Singapura. 80%  daripada MOSB dimiliki oleh 2Fish (SG) Pte Ltd dari Singapura. Ini merupakan satu lagi usaha oleh syarikat-syarikat Singapura untuk membantu pertumbuhan ekonomi Myanmar.

Maklumat Perhubungan Media:

Yu Yu Maw
Pengarah Perhubungan Awam, Havas Riverorchid Myanmar
+9599794797489

Source: Myanmar Offshore Supply Base Ltd (MOSB)
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities