omniture

Kursus Kebolehpercayaan CGU Terajui Asia

Chang Gung University
2017-07-14 01:35 594

TAOYUAN CITY, Taiwan, 14 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Chang Gung University melancarkan Pusat Sains dan Teknologi Kebolehpercayaan, pusat kebolehpercayaan komprehensif yang pertama dan satu-satunya di Asia. Pengarah pengasas, Profesor Cher Ming Tan telah dijemput untuk menyertai Universiti Chang Gung pada tahun 2014 bagi penubuhan pusat ini.

Ditubuhkan pada Februari 2017, Pusat Sains dan Teknologi Kebolehpercayaan dalam CGU memberi tumpuan kepada aspek saintifik kebolehpercayaan, iaitu fizik degradasi dan sains bahan dan statistik kebolehpercayaan untuk anggaran masa hayat dan analisis data kebolehpercayaan. Ia memberikan pemahaman terperinci tentang mekanisme degradasi produk dan dengan itu membolehkan pengenalpastian punca utamanya. Inovasi bahan-bahan, pembangunan metodologi rekaan kebolehpercayaan serta teknologi pemprosesan juga akan menjadi sebahagian daripada skop pusat ini supaya penyelesaian kepada kebolehpercayaan yang kurang daripada jangkaan boleh diberikan. Metodologi yang dibangunkan ini kemudiannya boleh diubah menjadi teknologi bagi syarikat-syarikat untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Visi pusat ini ialah untuk membolehkan manusia menikmati teknologi baharu tanpa gangguan dan pada kos yang berpatutan.

Walaupun terdapat beberapa makmal ujian kebolehpercayaan dan pusat-pusat analisis kegagalan dalam industri, pusat kebolehpercayaan ini berbeza kerana ia menganalisa data ujian kebolehpercayaan, menganggarkan jangka hayat produk di bawah pelbagai persekitaran operasi, dan menentukan bilangan mekanisme kegagalan dalam sesuatu produk, dan mengenal pasti mekanisme kegagalan awal dan dominan untuk membantu syarikat menangani isu yang paling penting dengan sumber yang terhad. Dengan pemahaman terperinci tentang mekanisme degradasi dasar, pusat ini juga membuat ujian kebolehpercayaan untuk memperlihatkan mekanisme ini dalam masa yang lebih singkat, termasuklah pemilihan saiz sampel, kaedah analisis data ujian, dan lain-lain. Kaedah penyaringan ini juga boleh dibangunkan supaya tindakan pembendungan yang berkesan dapat dilaksanakan.

Selain mencungkil aspek saintifik dalam mekanisme degradasi, pusat ini juga membawakan hasil dapatan penyelidikan akademik kepada industri menerusii pelbagai bentuk kerjasama seperti Makmal Bersama, perkhidmatan ujian dan analisis serta turut melaksanakan diagnosis terhadap kebolehpercayaan dan kualiti sistem sesebuah syarikat, yang memanfaatkan pengalaman lebih 30 tahun Prof. Tan dalam akademik dan perindustrian berkenaan kebolehpercayaan. Pusat ini juga membangunkan program kebolehpercayaan komprehensif khusus, program pertama dan satu-satunya yang komprehensif di Asia, untuk melatih para pelajar dari peringkat siswazah ke peringkat Ph.D untuk industri. Pusat ini berbangga kerana Prof Michael Pecht bertindak sebagai penasihat antarabangsa.

Dr. Cher-Ming Tan 
TEL: +886-3-2118800 Samb. 5952 
E-mel: cmtan@mail.cgu.edu.tw

Source: Chang Gung University
Keywords: Education Higher Education New products/services