omniture

ARMS V2 Dapat Sambutan Hebat di Amerika

Laminaar
2017-07-27 20:44 633

SINGAPURA, 27 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Laminaar Aviation Infotech mengumumkan pelaksanaan ARMS® (Aviation Resource Management System) bagi pelanggan baharu di seluruh Amerika Utara dan Selatan.

Ameriflight Inc., yang beribu pejabat di Dallas Fort Worth (Texas), merupakan syarikat pembawa kargo FAA Part 135 terbesar di Amerika Syarikat yang telah memilih untuk melaksanakan suit ARMS® V2 OPS dalam fasa pertamanya daripada pelaksanaan tiga fasa yang berpotensi yang dapat melihat aplikasi ARMS® V2 yang lain digunakan.

Western Global Airlines LLC,  beribu pejabat di Estero (Florida) dan merupakan salah satu syarikat penerbangan kargo yang paling pesat berkembang di dunia, yang mengendalikan kapal terbang berbadan lebar seperti MD-11F and 747F, juga melaksanakan suit ARMS® V2 M&E bersama-sama dengan pilihan untuk melaksanakan aplikasi lain daripada suit ARMS® V2 secara progresif.

Northern Aviation Services Inc., yang beribu pejabat di Anchorage (Alaska), ialah syarikat penerbangan kargo sepenuhnya yang paling lama, beroperasi tanpa henti, dan menawarkan pelbagai perkhidmatan penerbangan melalui anak-anak syarikatnya termasuk Northern Air Cargo dan Aloha Air Cargo antara lain. NAS sedang melaksanakan suit ARMS® V2 OPS.

Sky Airline S.A., dengan pangkalan operasi utamanya di Santiago, merupakan syarikat penerbangan penumpang kos rendah di Chile yang berkhidmat di rantau Amerika Selatan. SKY sedang melaksanakan ARMS® V2 merentasi spektrum pengendaliannya bermula dengan aplikasi OPS dalam rancangan pelaksanaan yang berperingkat-peringkat.

Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Laminaar, Vivek Sheorey, menyatakan kegembiraannya terhadap ARMS® yang menembusi pasaran Amerika dalam masa yang singkat dan berkata, "Kejayaan kami yang pesat di pasaran Amerika Utara dan Amerika Selatan mencerminkan kelangsungan produk ARMS® yang telah menjangkau usaha wajar dengan syarikat penerbangan terkemuka, di salah satu pasaran penerbangan yang termatang di dunia dan keupayaan sedia ada penyelesaian kami untuk mematuhi peraturan yang mengatur persekitaran dengan peraturan yang sangat ketat. Kami mendedikasikan diri untuk melayani pelanggan kami di seluruh Amerika."

Latar belakang Laminaar: 

Laminaar Aviation InfoTech Pte Ltd., beribu pejabat di Singapura dan memiliki Hak Harta Intelek bagi suit produk perisian aplikasi ARMS®. Laminaar mereka dan mengeluarkan penyelesaian InfoTech yang inovatif bagi pasaran penerbangan dan syarikat penerbangan global, membantu syarikat penerbangan memanfaatkan teknologi baharu pada harga yang menjimatkan kos.

Untuk pertanyaan media & perniagaan, sila ajukan kepada:

Prashant Kavi
Naib Presiden -- Perkembangan Perniagaan
prashant.kavi@laminaar.com.sg 
Laman sesawang: www.laminaar.com.sg

Source: Laminaar
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Computer/Electronics Transportation