omniture

Spreadtrum Lancar Rangkaian Lengkap Platform SoC LTE Berprestasi Tinggi untuk Pasaran Pengguna Utama Global

Spreadtrum Communications (Shanghai) Co., Ltd
2017-08-15 23:56 775

SHENZHEN, China, 15 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Pada 15 Ogos waktu Beijing, Spreadtrum berjaya mengadakan Persidangan Rakan Kongsi Global 2017, "Cip Tidak Terhingga, Kepintaran Tiada Had", di Shenzhen. Intel, China Mobile, China Unicom, China Telecom, Reliance, Vodafone, Orange, Telefonica, TRUE, Smartfren, Mircomax, Google, Huawei, ZTE, OPPO, VIVO, Gionee, Alcatel, Dialog dan lebih 1000 rakan global Spreadtrum mengambil bahagian dalam acara besar-besaran ini. Spreadtrum berkongsi strategi pemasaran 2017 mereka dan memberikan butiran tentang produk terkini mereka kepada khalayak global yang hadir. Selain itu, Spreadtrum memperkenalkan penyelesaian inovatifnya berkaitan komunikasi mudah alih dan IoT (terminal automotif, komunikasi jalur lebar dan keselamatan kewangan). Semasa persidangan, Spreadtrum memperkenalkan dua siri lengkap platform SoC LTE jenis berbeza yang berprestasi tinggi: SC9853I Spreadtrum, yang berasaskan platform faundri 14nm canggih daripada Intel, seni bina Airmont Intel 64-bit Okta-teras dan penyelesaian 5-mod yang amat bersepadu; serta siri SC9850 Spreadtrum dengan penggunaan kuasa yang rendah. Pengeluaran besar-besaran untuk kedua-dua siri cip ini telahpun bermula.

Spreadtrum Lancar Rangkaian Lengkap Platform SoC LTE Berprestasi Tinggi untuk Pasaran Pengguna Utama Global
Spreadtrum Lancar Rangkaian Lengkap Platform SoC LTE Berprestasi Tinggi untuk Pasaran Pengguna Utama Global

Dibangunkan melalui platform faundri 14nm Intel, SC9853I Spreadtrum menyasarkan pasaran telefon pintar tahap pertengahan dan tinggi. Ia membawakan seni bina Airmont Intel 64-bit Okta-teras 1.8GHz berasaskan pemproses, yang membolehkan SC9853I menawarkan keupayaan pengkomputeran mudah alih berprestasi tinggi digandingkan dengan kuasa ultra rendah. SC9853I menyokong paut turun LTE Cat-7 dan paut naik Cat-13 untuk standard komunikasi 5-mod (TD-LTE/FDD-LTE/TD-SCDMA/WCDMA/GSM), yang dapat mencapai kelajuan paut turun sehingga 300Mbps manakala kelajuan paut naik sehingga 150Mpbs demi memperoleh pengalaman pelayaran dalam talian 4G+ yang sebenar. Ia turut menyokong main balik video HD 1080P, paparan skrin 18:9 FHD+ (1080*2160) serta dwikamera dengan resolusi 16 megapiksel.

"Produk bersama kami yang pertama telah dilancarkan di Kongres Dunia Mudah Alih awal tahun ini dan kami berbesar hati untuk meneruskan perkongsian kami menerusi pelancaran SoC SC9853I Spreadtrum. Platform 14nm Intel Custom Foundry menyediakan PPA yang utama dalam industri dan menawarkan perkhidmatan serta sokongan faundri siap guna. Ia amat sesuai untuk reka bentuk mudah alih utama yang memerlukan prestasi yang tinggi serta tahap kebocoran yang rendah," kata Dr. Zane Ball, Naib Presiden Intel, Kumpulan Teknologi dan Pengeluaran, Pengurus Besar, Intel Custom Foundry. "Spreadtrum memanfaatkan sepenuhnya kesemua kelebihan platform 14nm Intel Custom Foundry dan hasilnya, SC9853l dapat menawarkan prestasi yang sangat baik dan pengurusan kuasa cekap yang dapat meningkatkan pengalaman telefon pintar untuk pengguna dunia."

Siri SC9850 Spreadtrum direka untuk seluruh pasaran tahap pertengahan dan tahap awal di serata dunia. Ia dilengkapi dengan pemproses aplikasi Cortex-A7 ARM Quad-teras terbina dalam, serta pemacu grafik 3D bersepadu ARM Mali 820. Siri SC9850 menyokong standard komunikasi lima-mod (TD-LTE/FDD-LTE/TD-SCDMA/ WCDMA/GSM). Ia turut dilengkapi dengan pengagregatan pembawa dua-hala: Paut Turun Cat-7 (sehingga 300 Mbps) dan Paut Naik Cat-13 (sehingga 150 Mpbs), main balik video HD 1080P, paparan skrin 18:9 HD+ (720*1440) serta dwikamera sehingga 13 megapiksel.

Sementara itu, kedua-dua siri SC9853I dan SC9850 menekankan peningkatan keupayaan pemprosesan dwikamera. Kedua-duanya menyertakan 3DNR terbina dalam bagi merangsang pengambilan gambar waktu malam, dan membawakan ciri-ciri seperti pemfokusan semula, kecantikan wajah masa sebenar, pemodelan 3D dan AR. Dengan teknologi EverMuLTETM yang eksklusif daripada Spreadtrum, produk-produk ini berupaya menawarkan fungsi dwi-SIM, dwi-4G dan dwi-VoLTE bagi meningkatkan pengalaman panggilan. Kedua-dua siri ini menyokong aplikasi pembayaran NFC bandar, dan disepadukan dengan pusat kawalan sensor bagi memberikan penyelesaian menyeluruh yang dapat meningkatkan pengalaman pengguna.

Dr. Leo Li, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Spreadtrum mengulas, "Platform-platform SoC LTE Spreadtrum melibatkan SC9853l, yang dibangunkan menerusi platform 14nm Intel Custom Foundry, menggunakan keupayaan pengkomputeran berkecekapan tinggi mereka, serta teknologi canggih, dan kami yakin hal ini akan membantu pelanggan kami mencipta produk terminal pintar yang lebih berdaya saing. Platform-platform ini dapat menawarkan prestasi yang lebih baik bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran LTE global. Selain itu, jenis penyelesaian cip LTE berbeza ini membolehkan pelanggan kami menangani pelbagai segmen pasaran tatkala mereka membangunkan produk akhir mereka."

Untuk maklumat lanjut, layari www.spreadtrum.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170815/1919793-1-a

Source: Spreadtrum Communications (Shanghai) Co., Ltd
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Semiconductors Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services