omniture

Program Pertukaran RCI Points Dilancar di Asia

RCI
2017-08-16 08:00 611

Program pertukaran mengikut mata yang pertama dalam industri, kini luaskan jangkauannya ke seluruh dunia

SINGAPURA, 16 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- RCI, peneraju dunia dalam industri pertukaran percutian, secara rasminya melancarkan program RCI Points di Asia. Sekutu di Asia kini mempunyai pilihan untuk menawarkan program pertukaran mengikut mata kepada pemiliknya, sebagai tambahan kepada program pertukaran RCI Weeks.

RCI Points pertama kalinya dilancarkan pada tahun 2000 di A.S. dan merupakan program pertukaran mengikut mata terbesar di seluruh dunia dalam industri. Ia memberikan ahli RCI cara yang fleksibel untuk menukar pemilikan percutian mereka dengan masa di pusat peranginan lain di seluruh dunia. Pemilikan percutian mereka diberikan nilai mata, bergantung kepada pelbagai faktor seperti bekalan dan permintaan di pusat peranginan mereka, lokasi dan kualiti pusat peranginan, jenis unit yang dimiliki dan maklum balas kad ulasan daripada ahli yang telah menginap di pusat peranginan tersebut. Mereka kemudiannya boleh menggunakan mata tersebut untuk ditukar dengan penginapan di pusat peranginan yang mempunyai nilai yang sama.

Keahlian RCI Points menawarkan pelbagai faedah:

  • Kefleksibelan -- Ahli memutuskan ke mana dan bila hendak melancong dan saiz penginapan berdasarkan ketersediaan dan mata terkumpul mereka.
  • Simpan dan pinjam mata – Ahli mempunyai pilihan untuk menyimpan mata mereka selama beberapa tahun, bahkan boleh meminjam mata dari tahun-tahun mendatang untuk disesuaikan dengan rancangan percutian mereka.
  • Ketersediaan semalaman – Di samping boleh menukar mata untuk sepenuh minggu atau pecahan mingguan, ahli juga boleh menempah percutian pendek 10 bulan sebelum mendaftar masuk, walaupun hanya ingin menginap semalaman.
  • Percutian pelayaran – Ahli RCI Points juga mempunyai kefleksibelan untuk menggunakan mata mereka bagi membeli percutian pelayaran.

Sebagai contoh, ahli RCI Points boleh menggunakan peruntukan Mata tahunan mereka untuk menempah satu percutian keluarga di sebuah vila tiga bilik tidur yang besar. Walau bagaimanapun pada tahun hadapan mereka mungkin memilih untuk mengambil beberapa cuti pendek dalam unit kecil menggunakan jumlah mata yang sama.

"RCI Points telah mendapat kejayaan yang luar biasa sejak pelancarannya di A.S. pada tahun 2000, dan telah terbukti sebagai program pertukaran percutian yang paling fleksibel dan bermanfaat di pasaran hari ini," kata Jonathan Mills, pengarah urusan, RCI Asia Pasifik. "RCI masih terus memperluas kehadirannya di Asia, kami yakin bahawa RCI Points akan memberikan lebih banyak faedah dan pilihan kepada sekutu kami di rantau ini dan memenuhi keperluan pengguna yang berubah-ubah hari ini."

Latar Belakang RCI
RCI ialah peneraju dunia dalam pertukaran percutian dengan lebih daripada 4,300 pusat peranginan bersekutu di hampir 110 buah negara. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, menawarkan ahli-ahli dengan kefleksibelan dan kepelbagaian yang lebih baik untuk pengalaman pemilikan percutian mereka. Hari ini, melalui program RCI Weeks®, sistem pertukaran mengikut minggu, dan program RCI Points®, sistem pertukaran mengikut mata peringkat global pertama dalam industri, RCI menyediakan pilihan percutian yang fleksibel kepada 3.8 juta ahli RCI® yang melanggan setiap tahun. Program pertukaran mewah RCI, The Registry Collection®, merupakan program terbesar di dunia yang melibatkan kira-kira 200 hartanah bersekutu, sama ada boleh diakses sebagai pertukaran atau dalam pembangunan di enam benua. RCI merupakan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Destination Network dan Wyndham Worldwide (NYSE: WYN). Untuk maklumat tambahan, sila lawati pusat media kami atau rciaffiliates.com. RCI juga boleh ditemui melalui Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter.

HUBUNGI:

Tania Sim
Tania.sim@rci.com

Catherine Reynolds
Catherine.Reynolds@rci.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO

Source: RCI
Related Stocks:
NYSE:WYN
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services