omniture

Midea Pamer Rekaan Mesra dan Penyelesaian Dapur Bersepadu di IFA 2017

Midea Kitchen Appliance Division
2017-09-04 10:15 467

BERLIN, 4 September 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar perkakasan pengguna terkemuka Midea bakal mempamerkan mesin pencuci pinggan, rangkaian dapur terkini dan rangkaian luas unit dapur terbina dalam di IFA 2017, pameran elektronik pengguna dan perkakasan dapur terkemuka di dunia, yang bakal berlangsung dari 1 – 6 September di Pusat Pameran Antarabangsa Messe Berlin. Midea akan berada di reruai No. 108 Dewan 5.1.

Generasi baharu mesin pencuci pinggan Midea telah dibangunkan untuk memberikan penyelesaian terbaik kepada keperluan dapur yang berbeza. Produk utama rangkaian mesin pencuci pinggan Midea ialah WQP12-9501, mesin pencuci pinggan laci yang pertama di dunia dengan bahagian dalam menggunakan besi tahan karat sepenuhnya. Ia mempunyai dua laci yang memerlukan kurang daripada 7 liter (1.85 gelen AS) air bagi setiap kitaran. Ia amat cekap tenaga dengan penggunaan kuasa kurang daripada 9.353kWh. Kedua-dua laci ini boleh berfungsi berasingan untuk basuhan muatan kecil dan pusing ganti pinggan yang pantas.

Hob FlexCeramic Midea merupakan produk revolusiner yang menawarkan pengalaman memasak yang fleksibel.  Kuasa memanas yang lancar dan berterusan memastikan pemanasan yang berterusan tanpa sebarang perubahan suhu. Kawalan kuasa yang jitu dan program memasak automatik yang dipraset memudahkan anda menggoreng, menggril, merendidih dan memanas dengan hanya satu sentuhan.

Midea juga membawakan unit dan penyelesaian dapur terbina dalam yang membolehkan pengaturan penyesuaian khusus untuk sebarang dapur.  Rangkaian penuh perkakasan dapur terbina dalam termasuk mesin pencuci pinggan, oven dan laci pemanas yang boleh disepadukan ke dalam sebarang ruang dengan gaya mengufuk, menegak atau berbentuk T.

Perjalanan Midea ke IFA sebelum ini sudah terbukti membuahkan hasil yang lumayan; ia merupakan satu platform hebat untuk mempersembahkan teknologi dan produk baharu," kata Shafei Song, Pengarah Jabatan Pemasaran, Jualan & Pemasaran Luar Negara Kitchen Appliance Division Midea. "Tahun ini kami membawakan teknologi kami yang menjadikan hidup lebih mudah dan lebih pintar dalam rekaan yang boleh dipadankan dengan baik ke dalam sebarang dapur di seluruh dunia."

Latar Belakang Midea Kitchen Appliance Division

Midea Kitchen Appliance Division merupakan syarikat gabungan Midea Group, salah satu pengeluar perkakasan rumah terbesar di China. Ditubuhkan pada 1968, Midea ialah salah satu pembekal perkakasan dapur terbesar di dunia dengan hasil jualan tahunan melebihi US$ 2.7 bilion, dan merupakan pengeluar oven gelombang mikro No. 1 dan mesin pencuci pinggan No. 3 di dunia. Ia beroperasi di tiga tapak pengeluaran dan dua pusat R&D di China selain tapak pengeluaran di Belarus dan sebuah pusat R&D di Bologna, Itali.

Source: Midea Kitchen Appliance Division
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news