omniture

VFS Global Peroleh Pembekal Perkhidmatan Visa TT Services

VFS Global
2017-09-05 13:44 559

LONDON, 5 September 2017 /PRNewswire/ -- VFS Global pada 22 Ogos 2017 telah menyelesaikan pemerolehan penyedia perkhidmatan visa TT Services (TTS). Urus niaga ini membolehkan VFS Global untuk memanfaatkan kecekapan teras dan jenama dan meningkatkan lagi prestasi operasi.

TT Services ialah pembekal penyelesaian pemprosesan visa bersepadu dengan kehadiran global dan portfolio perkhidmatan yang komprehensif. TT Services beribu pejabat di United Kingdom dan mempunyai hubungan yang erat dan berpanjangan dengan pelanggan kerajaan dan dengan rakan kongsi komersialnya. Syarikat ini mengendalikan 51 pusat aplikasi di lebih 35 buah negara dan mempunyai 216 pekerja. TTS menawarkan pelbagai perkhidmatan visa berkualiti tinggi untuk pelanggan kerajaan, rakan kongsi dan pemohon.

generated by system

Zubin Karkaria, Ketua Pegawai Eksekutif VFS Global Group mengulas, "TT Services, seperti VFS Global,  mempunyai pengalaman industri yang luas selama lebih 15 tahun dan merupakan rakan kongsi yang memberikan perkhidmatan yang boleh dipercayai kepada para pelanggannya. Saya lihat padanan yang serasi dengan penyertaan TTS dalam VFS Global. Ini akan membolehkan kami untuk terus meningkatkan dan memperluaskan perkhidmatan kami kepada pelanggan kerajaan dan pemohon visa kami."

Perubahan kawalan ini tidak akan memberikan kesan kepada operasi perniagaan pihak-pihak terlibat dan akan bertindak sebagai pemangkin untuk memperbaik perkhidmatan dan meningkatkan kepuasan pelanggan-pelanggannya.

Latar Belakang VFS Global:

VFS Global merupakan pakar perkhidmatan penyumberan luar dan teknologi terbesar di dunia untuk kerajaan dan misi diplomatik di seluruh dunia. Dengan 2371 Pusat Aplikasi, operasi di 129 negara di lima benua dan lebih 150 juta permohonan diproses sehingga 30 Jun 2017, VFS Global berkhidmat dengan 56 pelanggan kerajaan berkepentingan. Operasi VFS Global di seluruh dunia diiktiraf ISO 9001:2015 bagi Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 27001:2013 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dan ISO 14001:2015 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.vfsglobal.com

Hubungan Media:
Shaily Vaswani
ShailyV@vfsglobal.com
VFS Global

Sumber: VFS Global

Source: VFS Global
Related Links:
Keywords: Outsourcing Businesses Publishing/Information Service Travel Acquisitions, mergers, takeovers