omniture

Midea Pamer Julung Kali Rangkaian Mesin Pencuci Pinggan di IFA 2017

Midea Kitchen Appliance Division
2017-09-07 02:14 881

BERLIN, 7 September 2017 /PRNewswire/ -- Midea mempamerkan rangkaian baharu mesin pencuci pinggan mulai 1-6 September di IFA 2017, bertempat di pusat pameran antarabangsa Messe Berlin, mesin pencuci pinggan terbina dalam pertama dunia yang mempunyai lapisan keluli tahan karat sepenuhnya.

  • Mesin Pencuci Pinggan Baharu: Pembantu Dapur Ideal  
Midea Pamer Julung Kali Rangkaian Mesin Pencuci Pinggan di IFA 2017
Midea Pamer Julung Kali Rangkaian Mesin Pencuci Pinggan di IFA 2017

Siri mesin pencuci pinggan baharu ini menumpu untuk meningkatkan prestasi keseluruhan termasuk fungsi asas, kebersihan, reka bentuk, bekalan, penyelenggaraan dan penyelesaian masalah.

Kesemua mesin pencuci pinggan dilapisi keluli tahan karat di bahagian dalam bagi memberikan proses pengeringan yang lebih baik selain mencegah kulapuk dan kulat. Reka bentuk yang anggun juga boleh dipasangkan di dalam mana-mana dapur moden dengan lancar. 

Kemuncak rangkaian produk ini ialah WQP12-9501, model dua laci yang menjimatkan air dan tenaga dengan tujuh program dipasang demi menampung sebarang keperluan isi rumah. Pilihan kitaran membasuh pantas turut disediakan untuk mencuci dan mengeringkan pinggan mangkuk dalam tempoh 30 minit. Ia turut menyediakan dua alat tiup dan pemegang cawan boleh laras.

Model-model terkenal lain termasuk, WQP8-3909 dengan fungsi air lembut dan WQP8-3090A, yang menawarkan pembasuhan pintar.

  • Midea Tawar Cara Hidup Lebih Baik

"Para jurutera Midea telah mereka bentuk pembantu dapur ideal untuk keluarga. Bagi mencuci pinggan mangkuk dengan bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan, kami menghubungkan lengan semburan dengan lubang gandar bagi memastikan aliran air yang stabil dan menjamin ketahanan, serta bakul yang dapat disesuaikan yang membolehkan pengguna memuatkan periuk bersaiz besar dan pinggan berbentuk tidak sekata dengan mudah," jelas Shafei Song, Pengarah Pemasaran, Jabatan Jualan & Pemasaran Luar Negara, Midea Kitchen Appliances Division.

Bakul serbuk pencuci pinggan mempunyai pengecam biru yang dapat membaca dan memaparkan detergen yang tinggal pada tempat penguntukan, dan kunci kanak-kanak turut disediakan bagi menjadikan mesin pencuci pinggan yang lebih selamat untuk keluarga.

"Mesin pencuci pinggan kami yang pintar dan mudah juga merupakan sebahagian daripada unit dan penyelesaian terbina dalam dapur kami yang dapat digabungkan dengan perkakasan Midea yang lain. Kami berbangga dengan rangkaian produk ini kerana ia bukan sahaja mengetengahkan teknologi yang inovatif, bahkan turut memenuhi keperluan pelanggan kami," kata Song.

Latar Belakang Midea Kitchen Appliance Division

Midea Kitchen Appliance Division merupakan syarikat gabungan Midea Group, salah satu pengeluar perkakasan rumah terbesar di China. Ditubuhkan pada tahun 1968, Midea ialah salah satu pembekal perkakasan dapur terbesar di dunia dengan hasil jualan tahunan melebihi US$ 2.7 bilion, dan merupakan pengeluar ketuhar gelombang mikro No. 1 dan mesin pencuci pinggan No. 3 di dunia. Ia beroperasi di tiga tapak pengeluaran dan dua pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di China selain tapak pengeluaran di Belarus dan sebuah pusat R&D di Bologna, Itali.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170905/1933836-1

Source: Midea Kitchen Appliance Division
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news