omniture

Institut Penyelidikan Pisang Taiwan buat penampilan sulung dunia "Tai Jiao No. 7" (Pisang Taiwan No. 7) di Ekspo & Forum Teknologi Pertanian Asia

UBM Asia Ltd., Taiwan Branch
2017-09-11 09:06 906

TAIPEI, Taiwan, 11 September 2017 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh penganjur pameran perdagangan terbesar Asia, UBM Asia dan dianjurkan bersama Majlis Pertanian (COA), peneraju sektor Pertanian di Taiwan, Ekspo & Forum Teknologi Pertanian (AAT) Asia bakal diadakan mulai 28-30 September 2017 di Pusat Pameran Taipei Nangang, yang mana Institut Penyelidikan Pisang Taiwan akan membuat penampilan sulung dunia bagi "Tai Jiao No. 7" (Pisang Taiwan No. 7).

Ching Long Seed - New-583 F1 hybrid cauliflower: can be grown in different climates and areas, disease resistance, no GMO (Genetically modified organism)
Ching Long Seed - New-583 F1 hybrid cauliflower: can be grown in different climates and areas, disease resistance, no GMO (Genetically modified organism)

Anak pokok pisang kultivar Cavendish yang baru dihasilkan mempunyai tahap kerintangan sederhana terhadap Foc TR4 dan aplikasinya terhadap Hak Pelbagai Tanaman sedang diproses di Filipina dan Malaysia, yang diharapkan dapat menyediakan sektor pisang luar negara dengan lebih banyak pilihan kultivar yang tahan penyakit. Pisang Taiwan No. 7 adalah lebih wangi berbanding kultivar lain; dengan itu ia sangat dihargai oleh Dole Philippines.

Selain itu, selaku penganjur bersama, COA akan mempamerkan 40 produk dan teknologi daripada 37 syarikat di astakanya termasuk pembenihan dan anak benih, pengesan residu racun perosak & kit ujian untuk keselamatan makanan, baja bio, racun perosak bio, sistem pertanian pintar, jentera pertanian dan banyak lagi. Bagi Astaka Pembenihan dan Anak Benih Taiwan, lebih 12 syarikat pembenihan dan anak benih Taiwan terkemuka akan memperkenalkan buat julung kalinya produk-produk tahan penyakit/serangga. Pembenihan dan anak benih sayur-sayuran serta buah-buahan ini boleh ditanam dalam keadaan iklim yang teruk.

Sing Flow Seed - Cherry tomato: indeterminate, disease resistant, about 11 fruits per cluster
Sing Flow Seed - Cherry tomato: indeterminate, disease resistant, about 11 fruits per cluster

 

TBRI-“Taiwan Banana No. 7”, the newly developed Cavendish cultivar banana plantlet with moderate resistance to Foc TR4
TBRI-“Taiwan Banana No. 7”, the newly developed Cavendish cultivar banana plantlet with moderate resistance to Foc TR4

Edisi pertama AAT akan menjadi tuan rumah untuk hampir 200 pempamer dari 16 negara dan rantau yang mengadakan pameran kira-kira di 300 reruai. Selain pameran yang disebutkan di atas, kenderaan udara tanpa pemandu, kit ujian produk pertanian, biobahan api, kilang tanaman, rumah hijau, dsb. akan turut dipamerkan sepanjang tempoh acara berlangsung.

AAT bakal diadakan bersempena dengan Ekspo & Forum Ternakan dan Akuakultur Taiwan. Untuk maklumat lanjut tentang acara dan bagi pendaftaran pelawat, sila layari http://www.agritechtaiwan.com.

Pertanyaan media:
Cik Rita Hung
+886-2-2738-3898 
aat-tw@ubm.com

Pertanyaan pelawat:
Cik Natasha Chiang 
+886-2-2738-3898 
aat-tw@ubm.com

 

Latar Belakang UBM Asia

Dimiliki oleh UBM plc, yang tersenarai dalam Bursa Saham London, UBM Asia diberikan "Anugerah Penganjur Pameran Perdagangan Paling Andal di Asia" sempena Anugerah Syarikat-syarikat Paling Bernilai Hong Kong (HKMVCA) 2016.

Latar Belakang Majlis Pertanian Taiwan

Majlis Pertanian ialah pihak berkuasa kompeten bagi hal ehwal pertanian, perhutanan, perikanan dan perusahaan ternakan serta makanan di Taiwan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170907/1936187-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170907/1936187-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170907/1936187-1-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170222/8521701055LOGO
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170228/8521701163LOGO-a

Source: UBM Asia Ltd., Taiwan Branch
Related Links:
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Food/Beverages