omniture

3D di Hujung Jari Anda - Wacom perkenal Pro Pen 3D untuk penciptaan, pengukiran dan rekaan intuitif

Wacom
2017-12-19 18:42 897

SINGAPURA, 19 December 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini Wacom memperkenalkan Wacom Pro Pen 3D, pen digital yang dilengkapi dengan ciri-ciri baharu yang memperhebat pereka profesional dan artis untuk menghidupkan hasil kerja terbaik mereka. Direka untuk digunakan pada Wacom MobileStudio Pro, Cintiq Pro atau pen tablet Intuos Pro 2017, butang ketiga pen baharu ini menyediakan pilihan kawalan tambahan untuk program dan aplikasi 3D – ciri yang sering diminta oleh golongan profesional kreatif yang bertugas dalam industri reka bentuk industri, rekaan permainan, animasi, realiti maya dan ditambah serta seni 2D dan juga 3D.

Untuk hebahan penuh multimedia, sila klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/wacom_20171117.shtml

Wacom Pro Pen 3D
Wacom Pro Pen 3D

 

Gambar dekat Wacom Pro Pen 3D dalam bekas
Gambar dekat Wacom Pro Pen 3D dalam bekas

 

Pembungkusan produk Wacom Pro Pen 3D
Pembungkusan produk Wacom Pro Pen 3D

 

Wacom Pro Pen 3D dalam bekas
Wacom Pro Pen 3D dalam bekas

"Kami mencipta Pro Pen 3D untuk pelanggan kami yang menyatakan keperluan mereka terhadap stilus tiga butang, dan kami berasa teruja dapat berkongsinya dengan komuniti kami dalam dunia kreatif," kata Ed Neumann, naib presiden kanan pemasaran untuk Unit Perniagaan Kreatif Wacom. "Pro Pen 3D melancarkan ciri kemudahan penggunaan yang lebih hebat berbanding sebelum ini untuk artis dan pereka digital yang mementingkan aliran kerja yang selaras dengan kebolehsuaian yang tinggi."

Butang baharu Wacom Pro Pen 3D menyediakan cara tambahan untuk pengguna menggunakan dan mempercepatkan proses rekaan apabila mengukir dalam aplikasi perisian 3D seperti Pixologic®'s ZBrush® atau Maya® Autodesk®.  Ketiga-tiga butang ini membolehkan pereka dan artis melakukan kebanyakan kerja mereka dalam aplikasi 3D terus daripada pen sebaik saja ia dikeluarkan dari kotaknya, tanpa perlu menyentuh papan kekunci mereka. Tetapan lalai pen tersebut untuk kawalan butang ketiga jatuh dan putaran, melibatkan pengguna dengan semua butiran kecil dalam model 3D.

Melalui pemacu Wacom, pengguna boleh menyesuaikan tetapan lalai ini sebagai jalan pintas lain untuk alatan atau arahan pilihan mereka. Sebagai contoh, mereka boleh menetapkan butang ketiga baharu tersebut sebagai fungsi lalai untuk mengaktifkan fungsi jatuh atau putar, agar mereka boleh mengubah orientasi model dengan pantas dan lancar. Mereka boleh menetapkan butang kedua bagi mendayakan gerakan atau zum, berdasarkan sama ada mereka inginkan hujung pen berlegar di atas tablet atau menyentuhnya, di samping mereka boleh menggunakan butang pertama untuk mengakses dengan pantas menu klik kanan.

Wacom Pro Pen 3D mengekalkan ciri-ciri prestasi sama yang digemari oleh ahli-ahli profesional kreatif dalam Wacom Pro Pen 2, termasuk 8,192 tahap kepekaan tekanan dan hujung pen yang sensitif. Semua tetapan dan fungsi boleh disesuaikan oleh pengguna agar menepati gaya kerja dan aliran kerja pilihan mereka.

Dicipta agar dapat berfungsi secara lancar dengan sebarang aplikasi Windows atau Mac, Pro Pen 3D memberikan pengalaman digital alami dan hak kawalan tiada tandingan di tangan pengguna. Batang aluminium dan cengkaman yang agak nipis memberikannya penampilan yang baharu dan anggun serta menjadikannya item hadiah hebat buat mana-mana pereka atau artis yang menggunakan salah satu produk kreatif profesional Wacom.

Dengan harga SGD149.00, Pro Pen 3D kini tersedia di https://store.wacom.sg/en/home dan penjual terpilih.

*

Harga termasuk GST

Latar Belakang Wacom

Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat bertaraf global yang berpangkalan di Jepun (Bursa Saham Tokyo: 6727) yang mempunyai beberapa subsidiari dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 negara. Wawasan Wacom untuk mengeratkan lagi manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya sebagai pengeluar utama dunia bagi tablet dan paparan pen interaktif, selain stilus dan penyelesaian digital bagi menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta sebilangan seni digital paling menarik, filem, kesan khas, fesyen dan juga rekaan di seluruh dunia, selain memberikan teknologi antara muka utama mereka kepada syarikat dan pengguna di kediaman bagi mengekspresi personaliti mereka. Sila layari www.wacom.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat perhubungan media: 

Daphne Tan 
Wacom Singapore Pte Ltd 
Tel: +65 9233 2370 
E: daphne.tan@wacom.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988292-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988292-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988292-1-c  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171109/1988292-1-d

Source: Wacom
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services