omniture

Kecekapan Penukaran 20.41%, LONGi Solar Cipta Rekod Dunia bagi Modul PERC Monohabluran

LONGi Solar
2018-01-25 03:54 409

BEIJING, 25 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Pada 18 Januari 2018, LONGi Solar mengumumkan, menurut satu ujian yang dijalankan oleh TUV-SUD, organisasi ujian pensijilan pihak ketiga yang bebas, modul PERC sel-60 milik syarikat mencapai tahap kecekapan penukaran fotoelektrik sebanyak 20.41%, satu catatan rekod dunia baharu untuk modul PERC monohabluran.

Produk yang diuji ialah modul PERC monohabluran jenis-P. Berdasarkan teknologi sel PERC yang cekap dan reka bentuk yang inovatif, modul ini dapat mencapai tahap kecekapan sehingga 20.41%, dan perlu ditekankan bahawa ini merupakan tahap kecekapan bagi satu bahagian, dan teknologi ini menjadi peneraju dalam industri.

Beberapa tahun kebelakangan ini, menerusi peningkatan permintaan dalam pasaran fotovolta terhadap modul-modul solar dengan tahap kecekapan penukaran yang tinggi, teknologi-teknologi yang mendorong tahap kecekapan yang tinggi itu semakin berkembang dengan pesat. Dalam pasaran Cina, di bawah naungan projek-projek "top runner" ("model paling cekap") bagi aplikasi dan teknologi, persaingan untuk meningkatkan kecekapan penukaran fotoelektrik adalah amat sengit dengan syarikat-syarikat perusahaan utama terus menambah baik rekod kecekapan sel dan juga modul.

Li Wenxue, Presiden LONGi Solar berkata: "rekod dunia baharu bagi kecekapan penukaran modul PERC monohabluran LONGi Solar ialah pencapaian penting yang pertama bagi kecekapan modul. Mnerusi usaha inovasi teknologi berterusan, kami akan membawakan produk modul monohabluran yang lebih cekap ke dalam pasaran demi membantu pihak pelabur PV mendapat lebih banyak faedah penjanaan kuasa dan menyumbang kepada usaha mendapatkan air bersih dan langit yang membiru."

Terdahulu, pada Oktober 2017, LONGi Solar mengumumkan di Beijing bahawa satu ujian yang dijalankan oleh Fraunhofer ISE CalLab, Jerman menunjukkan bahawa kecekapan penukaran fotoelektrik sel PERC monohabluran LONGi Solar telah mencapai kadar 22.71%, mencatat rekod dunia pada ketika itu. Sepuluh hari kemudian, LONGi Solar sekali lagi memecah rekod dengan kadar kecekapan penukaran 23.26%, melepasi had yang diterima oleh industri iaitu 23% bagi sel PERC yang dikeluarkan secara besar-besaran.

Baru-baru ini, syarikat memperkenalkan teknologi sel PERC dengan kecekapan 22% kepada tapak pengeluaran untuk pengeluaran produk PV secara besar-besaran yang memenuhi piawaian teknikal yang ditakrifkan sebagai "top runner" ("model paling cekap"). Komitmen LONGi Solar ialah, tatkala mencipta rekod baharu untuk kecekapan modul, syarikat akan terus mengguna pakai teknologi-teknologi modul baharu pada tahun 2018 bagi mencapai tahap kecekapan modul yang lebih tinggi, menumpu pada kecekapan dan kuasa yang tinggi, mencipta nilai yang lebih hebat untuk pasaran aplikasi PV serta mempercepatkan ketersediaan pariti grid.

 

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities