omniture

NOX tampil julung kali di Taipei Game Show: Gunakan "AI + Pemasaran Digital" Sasar Pasaran Pengedaran Mudah Alih Global

NOX
2018-01-26 18:09 369

BEIJING, 26 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Taipei Game Show B2B Zone yang terkenal di dunia membuka tirainya pada 25 Januari. Salah satu rangkaian pengedaran pintar terkemuka di dunia bagi hiburan - NOX membuat penampilan sulung dalam acara tersebut dan membincangkan topik-topik pemasaran yang popular seperti status promosi permainan semasa di peringkat global, pemasaran selebriti Internet dan iklan-iklan percubaan. NOX turut memperkenalkan instrumen pemasaran digital Berasaskan-AI bagi tujuan pengedaran dan promosi permainan peringkat global, menarik perhatian yang tinggi daripada para pembangun masa kini.

Paparan Langsung di Acara
Paparan Langsung di Acara

Memandangkan permintaan terhadap pengalaman dan penyesuaian pelanggan meningkat semasa era pemasaran digital, pengumpulan data daripada pelanggan semasa dan dalam masa yang sama turut meneroka pelanggan baharu adalah penting terhadap pembangunan produk. Produk pengguna-akhir (C-end) di bawah NOX seperti NoxPlayer mempunyai seramai 110 juta pengguna di seluruh dunia dan mencatat berbilion-bilion permohonan penyertaan setiap bulan. Sistem pengedarannya menggunakan teknologi AI untuk menangani isu-isu konvensional semasa proses pengedaran (kadar pengekalan dan pembayaran yang rendah) serta membantu pelanggan mengelakkan trafik palsu dan juga pendedahan negatif.

AiadMobi NOX menggunakan rangkaian neural pembelajaran-mendalam miliknya sendiri bagi membantu pelanggan menyasarkan pengguna yang berpotensi dengan tepat. Dengan menggunakan model AI dan analisis pengguna berbilang-dimensi terhadap permintaan pengguna, ia dapat melaksanakan pemasaran prediktif dan iklan-iklan yang diperibadikan. Sementara itu, platform pemasaran NoxInfluencer NOX menghubungkan lebih 100,000 selebriti internet secara pintar bagi mencapai pemadanan berkos-rendah terhadap pengguna LTV-tinggi. Bergantung pada permintaan pengguna, ia telah mencapai kadar ketepatan 89% bagi iklan-iklan yang diperibadikan.

Semasa Forum Asia Pasifik pada 26 Januari, pengarah jabatan perniagaan antarabangsa NOX berkongsi pandangan beliau tentang status semasa dan juga trend perkembangan dalam pemasaran mudah alih global. Beliau menyatakan pengiklanan mudah alih, iklan percubaan dan pemasaran selebriti merupakan trend yang popular pada masa kini. Di samping itu, bidang tumpuan utama NOX dan pelbagai platform pemasaran digitalnya adalah menyediakan penyelesaian sebagai tindak balas kepada permintaan yang berbeza daripada pasaran permainan yang berlainan dan membantu pelanggan memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI) pada seluruh peringkat promosi permainan.

Matriks berbilang-produk NOX
Matriks berbilang-produk NOX

Taipei Game Show tahun ini berjaya menarik banyak Pengilang Peralatan Asli (OEM) yang tersohor di dunia. Mereka mengadakan perbincangan mendalam tentang susun atur global, promosi pemasaran, kolaborasi perniagaan dan topik-topik lain dalam industri permainan. Sebagai platform pengiklanan dipacu-teknologi, NOX menumpu pada AI + pemasaran digital dan terus menyempurnakan matriks berbilang produknya daripada pengguna-akhir (C-end) kepada perniagaan-akhir (B-end). Ia menyokong seluruh kitar hayat pemasaran permainan dan menyumbang ke arah pengedaran permainan global yang cekap.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180125/2041115-1-a  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180125/2041115-1-b 

Source: NOX
Keywords: Electronics Gaming Internet Technology Multimedia/Online/Internet Trade show news