omniture

Tingkatkan produktiviti pada peranti Android dan iOS dengan Bamboo Tip baharu

Stilus bermata-halus baharu tawar ciri keserasian rentas-peranti diperluas dalam dunia terhubung hari ini. Kini, pengguna mempunyai satu penyelesaian mudah bagi menulis nota pantas melalui beberapa telefon pintar dan tablet skrin sentuh.
Wacom
2018-01-31 10:18 395

TOKYO dan SINGAPURA, 31 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Wacom melancarkan Bamboo Tip, stilus bermata-halus baharu untuk peranti Android dan iOS. Menyasarkan semua individu yang bergantung pada pengambilan nota secara digital dan melakukan tugasan melalui beberapa peranti bagi menyiapkan kerja namun terganggu dengan isu-isu keserasian dan perpasangan, Bamboo Tip menawarkan pengalaman yang pantas dan intuitif merentasi peranti. Direka agar dapat ditulis pada peranti Android, iPhone dan iPad, dan boleh ditukar-tukar antara peranti tanpa perlu disambungkan, Bamboo Tip ialah stilus harian yang mudah digunakan oleh pengguna yang sentiasa bergerak aktif.

Tingkatkan produktiviti pada peranti Android dan iOS dengan Bamboo Tip baharu
Tingkatkan produktiviti pada peranti Android dan iOS dengan Bamboo Tip baharu

"Dalam dunia yang terhubung masa kini, kita bergantung pada gabungan antara telefon pintar, tablet dan sistem operasi yang berbeza bagi menyimpan idea, hasil pemantauan dan langkah-langkah seterusnya ketika melakukan tugasan atau bermain," kata Mike Gay, Naib Presiden Kanan Unit Perniagaan Pengguna Wacom. "Bamboo Tip membolehkan pengguna melaksanakan peralihan lancar antara peranti dan sistem operasi bagi menyiapkan tugasan. Tatkala penyedia sistem operasi (OS) memperkenalkan fungsi keupayaan pengambilan nota dan penanda yang lebih lancar pada peranti mereka, Bamboo Tip akan membantu pengguna memanfaatkan fungsi itu sepenuhnya agar lebih produktif dan dapat mengubah suatu idea menjadi kenyataan."

Bamboo Tip memanfaatkan pengalaman Wacom selama berdekad-dekad dalam teknologi pen dan stilus bagi meningkatkan pengesanan pada skrin sentuh demi ketepatan yang andal dari segi hubungan antara mata pen-kepada-skrin. Ia membolehkan pengguna beralih dengan pantas daripada suatu peranti kepada peranti yang lain tanpa perlu menunggu peranti dan stilus untuk terhubung. Ini bermakna anda boleh menulis nota pada iPhone anda, membuat lakaran pada iPad anda dan menjelaskan langkah demi langkah kepada rakan sekerja anda mengenai idea anda pada peranti Android mereka, membolehkan anda menumpu pada idea yang berada di hadapan anda dan bukannya pada penyelarasan instrumen.

Bamboo Tip didatangkan dengan permukaan aluminium beranod yang tahan lasak dan selesa untuk disentuh menerusi warna biru gelap yang anggun dan klip yang kukuh. Hayat bateri selama 20-jam dan fungsi pengecasan mudah menjadikannya peranti yang amat mudah dibawa ke mana-mana dan sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang menghabiskan masa mereka di jalanan dan mungkin sukar mengakses stesen pengecasan. Selepas membuat pengecasan awal, anda hanya perlu menekan butang pada stilus untuk menghidupkan Bamboo Tip. Stilus berkenaan akan dipadamkan selepas beberapa minit sekiranya tidak digunakan, atau pengguna boleh memadamkannya dengan menekan butang tersebut. Suis pada bahagian atas stilus juga dapat membantu pengguna melaras prestasi dengan menukar frekuensi yang membolehkan stilus terhubung dengan peranti.

Konfigurasi, Harga dan Ketersediaan
Berharga $49.95 USD, Bamboo Tip bakal disediakan secara dalam talian dan melalui penjual-penjual terpilih bermula pada Mac.
Harga seluruh dunia ialah EUR59.90* dan JPY6,280.

* Harga dalam EUR termasuk VAT.

Untuk maklumat lanjut tentang keserasian, layari www.wacom.com/comp.

Latar Belakang Wacom

Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat bertaraf global yang berpangkalan di Jepun (Bursa Saham Tokyo: 6727) yang mempunyai beberapa subsidiari dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 negara. Wawasan Wacom untuk lebih mengeratkan antara manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya sebagai pengeluar utama dunia bagi tablet dan paparan pen interaktif, selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta sebilangan seni digital paling menarik, filem, kesan khas, fesyen dan juga rekaan di seluruh dunia, selain memberikan teknologi antara muka utama mereka kepada syarikat dan pengguna di kediaman bagi mengekspresi personaliti mereka. Sila layari www.wacom.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180126/2042034-1

Source: Wacom
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology New products/services