omniture

Sekolah Pascasiswazah Reka Bentuk Universiti Harvard dan AECOM bawakan Studio Reka Bentuk Asia Tenggara ke Manila, tonjolkan kediaman masa depan

AECOM
2018-02-20 13:18 1143

Program nilai pendekatan baharu terhadap masalah endemik dengan mengilhamkan idea baharu reka bentuk lebih baik untuk kebolehtahanan, kemampanan dan kebolehdiaman pada abad ke-21 

MANILA, Filipina, 20 Februari 2018 /PRNewswire/ -- AECOM, firma infrastruktur global unggul yang bersepadu sepenuhnya, bersama-sama Sekolah Pascasiswazah Reka Bentuk (GSD) Universiti Harvard, hari ini melancarkan "Manila: Kediaman Masa Depan" dalam sebuah forum awam yang dipenuhi hadirin melibatkan lebih 300 peserta, termasuk para pegawai kanan kerajaan Filipina, pemegang kepentingan dalam syarikat, media, sivik dan masyarakat.

Program ini merupakan bahagian terakhir dalam siri tiga tahun bandar raya mega Asia Tenggara, sesudah Jakarta dan Kuala Lumpur. Ia juga merupakan kolaborasi tahun keenam yang bertujuan untuk menyediakan beberapa pelajar terbaik GSD dengan pendedahan terhadap cabaran dan peluang dalam reka bentuk bandar yang terhasil daripada pertumbuhan tinggi di seluruh bandar-bandar Asia.

Inisiatif kajian penting dalam salah satu persekitaran bandar paling mencabar di dunia

"Rantau Besar Metro Manila Kontemporari, yang mempunyai penduduk melebihi 25 juta orang, setakat ini merupakan bandar terbesar dalam siri tiga tahun kami di Asia Tenggara, dan boleh dikatakan sebagai bandar paling kompleks, dengan susun lapis ekonomi dan sosial yang amat ekstrem, namun memberi cabaran sejagat kepada penduduknya, seperti mobiliti, ekologi dan ketersambungan yang dipertingkat," kata Mohsen Mostafavi, Dekan Sekolah Pascasiswazah Reka Bentuk Harvard dan profesor reka bentuk Alexander and Victoria Wiley. "Sejarah menarik Manila dan ciri-ciri uniknya mewujudkan persekitaran bandar antara yang paling mencabar, namun mempunyai peluang cerah, berbanding bandar-bandar lain di dunia. Hal ini menjadikannya bidang kajian yang benar-benar menarik dan mengujakan."

"Cabaran-cabaran Manila mungkin kelihatan besar, namun begitu, asas-asas peluang yang kritikal boleh didapati dalam bentuk ekonomi mantap yang mana ia merupakan antara bandar yang menunjukkan prestasi tertinggi di dunia selama hampir sedekad; selain harapan yang dikongsi bersama penduduknya untuk menikmati kehidupan bandar yang lebih baik kualitinya. Kolaborasi kami bersama Sekolah Pascasiswazah Reka Bentuk Harvard untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terbaiknya serta pemegang kepentingan beberapa bandar paling dinamik di wilayah ini kepada satu sama lain, berakar umbi daripada keyakinan bahawa apa yang kita bayangkan bersama-sama, dapat diwujudkan bersama-sama," kata Sean Chiao, Presiden AECOM, Asia Pasifik.

Bidang tumpuan untuk Manila Studio 2018 termasuk Kawasan Pelabuhan Manila Tengah; kawasan kejiranan bersebelahan BASECO, yang merupakan salah satu kawasan yang paling diketepikan dari segi ekonomi; komuniti perdagangan Binondo dan Tondo yang tidak dipedulikan yang berada di sebelah utara Sungai Pasig; serta sebelah selatan sungai berkenaan, iaitu kawasan purba utama yang bersejarah di Manila, kubu kota bertembok Sepanyol, Intramuros. Apabila dilihat secara keseluruhan, bidang kajian ini mempunyai aspek-aspek unik yang dapat diperlihatkan dalam skala kecil, keadaan-keadaan melampau yang dihadapi di seluruh Rantau Besar Metro Manila.

Membayangkan dan mereka bentuk semula Manila yang lebih baik

Elemen utama penerokaan bidang akademik Manila Studio 2018 selama enam bulan ini ialah perjalanan bagi mengemukakan jawapan terhadap persoalan penting: Bagaimanakah kesemua kekangan sedia ada di Manila dapat dilihat sebagai peluang, memanfaatkan setiap cabaran demi mencari penyelesaian berkekalan yang akan dapat diterima oleh penduduk Manila bagi menyatukan bandar menerusi persekitaran bandar yang seragam?

Intramuros Administration, agensi kerajaan Filipina yang bertanggungjawab mentadbir daerah bersejarah itu, bekerjasama dengan Sekolah Pascasiswazah Reka Bentuk Harvard dan AECOM bagi menaja forum awam hari ini dan juga projek penyelidikan Manila Studio. "Kami amat berterima kasih kepada Sekolah Pascasiswazah Reka Bentuk Universiti Harvard serta AECOM kerana memilih Manila sebagai bandar tumpuan untuk tahun terakhir program Studio Asia Tenggara mereka. Kami yakin GSD Harvard dan AECOM komited bagi menjamin keaslian unik sesebuah bandar, dan kami berharap dapat memperoleh pandangan baharu tatkala kami mengukuhkan rancangan untuk bandar kami," kata Guiller Asido, Pentadbir, Intramuros Administration.

Ucapan-ucapan disampaikan oleh Senator Filipina Sonny Angara, Senat Filipina; En. Mostafavi; dan En. Chiao. Penceramah-penceramah panel terdiri daripada Yang Berhormat Ipat Luna, penolong setiausaha Manila Bay Concerns di Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina; Jose Ma. K. Lim, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Metro Pacific Investments Corporation (MPIC), firma infrastruktur senaraian yang terbesar di Filipina; Art Corpuz, mantan ketua perancang Ayala Land, sebahagian daripada Ayala Corporation, iaitu konglomerat paling lama bertapak di Filipina; Avelino Tolentino III, Timbalan Setiausaha Agung Majlis Penyelarasan Pembangunan Perumahan dan Bandar peringkat Kabinet Filipina; Mario de los Reyes, Dekan, Sekolah Perancangan Bandar dan Serantau Universiti Filipina; dan Henry Yap, Pengurus Besar, Robinsons Land Corporation, pemaju bersaiz besar, terpelbagai dan tersenarai di Filipina.

"Kami benar-benar terkesan dengan semangat penduduk Manila terhadap bandar mereka; ia akan meningkat maju tatkala ia memanfaatkan Manila Studio 2018 sepanjang enam bulan perjalanannya. Asia ialah tumpuan pembandaran yang paling pesat di dunia dan dunia memerlukan bakat reka bentuk daripada generasi-generasi masa depan untuk memahami impak global terhadap rantau ini, selain peluang-peluang untuk mencetuskan perbezaan yang memberi makna. Memandangkan Studio ini menawarkan para pelajar dengan cabaran dunia sebenar dan rumit berhubung penyelidikan dan pembangunan konsep reka bentuk baharu untuk Manila, pelbagai kumpulan pemegang kepentingan di seluruh bandar boleh meneroka cara baharu untuk menangani cabaran-cabaran sedia ada melalui pandangan baharu daripada kalangan pelajar," kata En. Chiao. "Ini merupakan kali kedua dalam setahun, AECOM mendapat peluang untuk menghubungkan pelbagai pemegang kepentingan di Manila dalam merancang masa depan bandar ini, apabila pada bulan Mac 2017, Manila mengadakan simposium sulung Imagine 2060: Delivering Tomorrow's Cities Together (Gambaran 2060: Pewujudan Bandar Masa Depan Bersama-sama), satu siri perbincangan global tiga tahun baharu yang dianjurkan oleh AECOM dengan kerjasama Asia Society."

Latar Belakang AECOM

AECOM ditubuhkan bagi mewujudkan dunia yang lebih baik. Kami mereka bentuk, membangunkan, membiayai dan mengendalikan aset-aset infrastruktur untuk kerajaan, syarikat dan organisasi di lebih 150 negara. Sebagai sebuah firma yang bersepadu sepenuhnya, kami menghubungkan pengetahuan dan pengalaman yang melibatkan jaringan pakar global kami demi membantu pelanggan-pelangan kami menangani cabaran mereka yang paling rumit. Bermula dengan bangunan dan prasarana berprestasi tinggi, hingga kepada komuniti dan persekitaran yang berdaya tahan, serta negara yang stabil dan selamat, usaha kami bersifat transformatif, berbeza dan juga penting. Sebagai sebuah firma Fortune 500, AECOM menjana pendapatan kira-kira sebanyak $18.2 bilion bagi tahun fiskal 2017. Sila layari bagaimana kami menyediakan sesuatu yang hanya dapat dibayangkan oleh pihak lain di aecom.com dan @AECOM.

Latar Belakang Sekolah Pascasiswazah Reka Bentuk Universiti Harvard

Ditubuhkan pada tahun 1936, Sekolah Pascasiswazah Reka Bentuk (GSD) Universiti Harvard, mempunyai sejarah penubuhan seawal tahun 1874, apabila program-program ijazah akademik dalam bidang seni bina dan seni bina lanskap disediakan di Universiti. Bahkan, Harvard seharusnya diiktiraf kerana menemui bidang seni bina lanskap dan perancangan bandar sebelum penubuhan Sekolah ini, selain memperkenalkan bidang reka bentuk bandar pada tahun 1960-an.

Sebagai sekolah pascasiswazah reka bentuk yang unggul di dunia, GSD mempunyai legasi dari segi kepimpinan, inovasi dan juga tanggungjawab sosial. Sekolah ini menetapkan piawaian untuk pendidikan reka bentuk, yang seringkali merupakan yang terbaik bagi dua bidang utamanya. Alumni dan fakulti GSD terkenal di dunia kerana mencipta bangunan, lanskap dan perancangan bandar yang paling ikonik pada zaman moden, dan Sekolah ini berbangga kerana mempunyai jumlah pemenang Hadiah Pritzker serta Felow AIA paling ramai berbanding mana-mana sekolah reka bentuk.

Hari ini, GSD terus meneroka isu-isu global yang amat penting dengan mantap, mensistesiskan kajian dan amalan dalam pendekatan kolaboratif yang holistik yang dapat memperkasa komuniti reka bentuk untuk mencetuskan perubahan di seluruh dunia.

Latar Belakang Intramuros Administration

Intramuros Administration (IA) ialah sebuah agensi tambahan dalam Jabatan Pelancongan Republik Filipina. Intramuros Administration ditubuhkan menurut kuasa Dekri Presiden 1616 yang ditandatangani oleh Presiden Marcos pada 10 April 1979, dipinda oleh PD 1748 pada 10 Disember 1980 dan bertanggungjawab terhadap pemulihan, pembangunan dan aktiviti promosi bandar bertembok yang bersejarah, Intramuros, Filipina. Maklumat lanjut tentang Intramuros Administration disediakan di https://www.intramuros.gov.ph.

Perhubungan media: 
David Nugent 
David.Nugent@aecom.com
Pejabat: +65 6299 0297 
Tel. Bimbit: +65 8385 7279

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170518/1855385-1LOGO

 

Source: AECOM
Keywords: Construction/Building Education Higher Education New products/services