omniture

MediaTek dan China Mobile Umum Kolaborasi Bangunkan Peranti 5G untuk Pelancaran Prakomersial 2019

MediaTek Inc.
2018-02-27 06:25 447

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, MediaTek mengumumkan ia menyertai "Inisiatif Pendahulu Peranti 5G China Mobile" di sidang kemuncak GTI 2018. Kolaborasi antara MediaTek dan China Mobile akan merangkumkan aplikasi untuk faktor bentuk, penyelesaian teknikal, pengujian dan penentusahan, serta penyelidikan dan pembangunan produk peranti 5G. Usaha bersama ini akan mempercepatkan kematangan cip 5G dan peranti akhir untuk ujian lapangan pada tahun 2018, pelancaran peringkat awal pada tahun 2019 dan pelancaran komersial yang disasarkan untuk tahun 2020.

Penyelesaian jalur dasar 5G generasi pertama MediaTek adalah berdasarkan piawaian NR 5G Rel-15 3GPP, menyokong Radio Baharu (NR), jalur sub-6GHz, rangkaian tunggal (SA) dan bukan tunggal (NSA), peralatan pengguna kuasa tinggi (HPUE) serta teknologi 5G utama yang lain. Penyelesaian 5G MediaTek turut menyokong Gelombang Millimeter (mmWave) bagi memenuhi kehendak pengendali rangkaian tempatan di seluruh dunia.

"MediaTek menunjukkan kemajuan besar setelah melabur tenaga kerja dan masa yang penting dalam teknologi 5G serta pembangunan produk," kata Kevin Jou, Naib Presiden Korporat Kanan dan Ketua Pegawai Teknologi MediaTek. "Penyertaan dalam Inisiatif Pendahulu Peranti 5G China Mobile memperlihatkan bahawa MediaTek berupaya memenuhi keperluan salah satu pengendali yang terbesar di dunia. Produk-produk MediaTek akan mempercepatkan dengan hebat kematangan dan penembusan ekosistem 5G agar pengguna di seluruh dunia dapat menikmati kemudahan 5G secepat mungkin."

Di MWC 2018, MediaTek mempamerkan kemajuan terkini dalam bidang penyelidikan dan pembangunan 5G, termasuk platform prototaip sub-6GHz, modul antena mmWave dan teknologi NR 5G canggih. Penyelesaian 5G MediaTek bukan sahaja sesuai untuk telefon pintar, tetapi boleh juga digunakan dalam pelbagai format peranti seperti Internet-Komunikasi-Benda dan modul-modul modem. Pelbagai aplikasi yang luas berdasarkan teknologi 5G akan memasuki pasaran dalam portfolio produk yang pelbagai.

Untuk butiran lanjut, kunjungi MediaTek di Dewan 6, Reruai #6C30.

Latar Belakang MediaTek

MediaTek Incorporated (TWSE: 2454) ialah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi bertaraf global yang mendayakan 1.5 bilion peranti terhubung setahun. Kami merupakan peneraju pasaran dalam membangunkan sistem-atas-cip (SoC) yang inovatif untuk peranti mudah alih, hiburan rumah, ketersambungan dan produk IoT. Dedikasi kami terhadap inovasi menempa nama kami sebagai penggerak pasaran dalam beberapa bidang teknologi utama, termasuk teknologi mudah alih yang amat cekap kuasa dan penyelesaian multimedia canggih untuk pelbagai jenis produk seperti telefon pintar, tablet, televisyen digital, kotak OTT, produk boleh pakai dan penyelesaian automotif. MediaTek memperkasa dan menginspirasikan orang ramai untuk meluaskan pandangan mereka dan mencapai matlamat mereka dengan lebih mudah melalui teknologi pintar. Kami menggelar idea ini sebagai Kegeligaan Setiap Hari dan ia mendorong kami dalam setiap perkara yang kami lakukan. Layari https://www.mediatek.com/ untuk maklumat lanjut.

Source: MediaTek Inc.
Related Stocks:
Taiwan:2454
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Semiconductors Telecommunications Joint ventures Trade show news