omniture

Bookdoc Jalin Kerjasama dengan Siloam, Kumpulan Hospital Terbesar Indonesia

BookDoc
2018-03-01 18:34 820

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Mac 2018 /PRNewswire/ -- BookDoc dengan berbesar hati mengumumkan rakan kongsi penjagaan kesihatan terbaharunya di Siloam Hospital Group Indonesia yang merupakan kumpulan penjagaan kesihatan terbesar di Indonesia dengan lebih daripada 24 buah hospital.

(Kiri) Dato Chevy Beh, Pengasas Bookdoc dan Budi Legowo, Ketua Pegawai Kewangan Siloam Hospital Group
(Kiri) Dato Chevy Beh, Pengasas Bookdoc dan Budi Legowo, Ketua Pegawai Kewangan Siloam Hospital Group

Ini menandakan satu lagi pencapaian terbaharu BookDoc. Sejak penubuhannya pada Oktober 2015, BookDoc kini beroperasi di 4 buah negara dan wilayah iaitu Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Thailand serta di 17 buah bandar. BookDoc akhirnya berjaya memasuki pasaran Indonesia yang merupakan negara berkepentingan mereka yang ke-5 sekaligus menjadikan jumlah bandar yang berjaya dimasuki sebanyak 20.

BookDoc telah menjalin kerjasama di Malaysia dengan pelbagai hospital terkenal seperti Institut Jantung Negara (IJN), Sime Darby Healthcare dan KPJ Healthcare; di Singapura dengan NTUC, Thompson dan Q&M Dental; di Hong Kong bersama Hospital Adventist, Quality Healthcare dan Townhealth; di Thailand iaitu Hospital Bumrungrad dan kini bersama pengusaha penjagaan kesihatan terbesar di Indonesia, Siloam Hospital Group.

Kedua-dua pihak bakal menjana manfaat besar daripada kolaborasi ini. BookDoc bakal menjana manfaat hasil daripada kerjasama dengan salah satu jenama paling berprestij di Indonesia dan Siloam pula mendapat akses kepada perkembangan rangkaian pesakit BookDoc yang merentasi wilayah ini.

Siloam Hospitals Group (Siloam) merupakan penyediaan penjagaan kesihatan paling maju dan inovatif di Indonesia yang telah menetapkan penanda aras bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti di Indonesia. Pasukan perubatan Siloam yang terdiri daripada lebih 500 pengamal perubatan umum, 2,200 doktor pakar, dan 9,000 jururawat, kakitangan kesihatan bersepadu dan kakitangan sokongan, menawarkan penjagaan kesihatan pada tahap kualiti antarabangsa kepada hampir dua juta pesakit setiap tahun.

Dengan akses sama rata kepada penjagaan kesihatan di Indonesia yang masih lagi merupakan cabaran semasa, strategi perniagaan Siloam membolehkan hospitalnya dikendalikan pada kos yang lebih rendah berdasarkan skala ekonomi Oleh itu, Siloam berupaya membuka peluang kepada pesakit daripada semua latar belakang sosioekonomi dan menyediakan akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti serta mampu milik di seluruh Indonesia. Visi syarikat terhadap kualiti, capaian dan skala antarabangsa, serta belas ihsan kepada pesakit menjadi asas bagi Siloam untuk bertindak balas kepada transformasi sosial yang dinamik di Indonesia.

Dato' Chevy Beh, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif BookDoc, teruja dengan kolaborasi baharu ini, "Ini menandakan kemasukan secara rasmi ke Indonesia, pasaran kelima kita di wilayah ini. Kami benar-benar berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Siloam Hospital Groups, kumpulan penjagaan kesihatan terkemuka di Indonesia. Sejak Keluarga Hamami melabur dalam BookDoc tahun lalu, kami terus berusaha dengan aktif untuk memperoleh rakan kongsi perniagaan bagi mengulangi kejayaan itu dan mengadaptasi model  perniagaan untuk disesuaikan dengan ekonomi terbesar di Asia Tenggara." Keluarga Hamami disenaraikan sebagai salah satu pemilik perniagaan yang terkaya di Indonesia oleh Forbes, kini merupakan pelabur strategik BookDoc.

Ketua Pegawai Kewangan Siloam Budi Legowo menyatakan, "Siloam teruja untuk menjalin kerjasama baharu ini dengan BookDoc. Dengan cara ini kami akan dapat meluaskan capaian dan skala kedua-dua platform kami dan pada masa yang sama menyediakan akses penjagaan kesihatan bertaraf dunia kepada semua penduduk tempatan Indonesia dan juga pelawat dari luar.

Latar Belakang BookDoc

BookDoc, dengan kehadiran di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Thailand, merupakan sebuah platform atas talian yang beroperasi menerusi kesinambungan penjagaan kesihatan yang menghubungkan pesakit kepada profesional penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana saja, sambil memberi insentif kepada semua untuk terus aktif.

BookDoc telah mengasaskan ekosistem atas talian bersepadu untuk pelancong kesihatan tempatan dan luar negara. Ekosistem ini membolehkan pengguna mencari dan menempah profesional penjagaan kesihatan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, dan berintegrasi secara lancar dengan sistem navigasi (Google Map, Waze), sistem pengangkutan (Grab, Uber, AirAsia), kemudahan penginapan (Agoda and Airbnb) dan restoren & tempat tarikan (TripAdvisor) untuk pengalaman temujanji penjagaan kesihatan yang bebas dan menyeronokkan.. Selain itu, melalui BookDoc Activ, ia memberi ganjaran kepada pengguna untuk mengekalkan tahap aktiviti yang tinggi dengan menjalinkan kerjasama dengan peruncit utama dan pembekal perkhidmatan yang menawarkan pengguna diskaun untuk mencapai peringkat ganjaran berdasarkan tahap aktiviti. Antara rakan kongsi ganjaran ialah Zalora, Guardian, Secret Recipe, Oldtown White Coffee dan banyak lagi.

Syarikat ini disokong oleh pelbagai kumpulan pelabur yang terdiri daripada usahawan, profesional penjagaan kesihatan dan insurans yang berpengalaman, jurubank, pengawal selia serta profesional ICT. Ia telah mencatatkan rekod pencapaian tertinggi dalam pre-seed dan seed Valuation dalam sejarah Syarikat Baharu Teknologi Asia. BookDoc boleh didapati secara atas talian di www.bookdoc.com, App Store dan Google Play.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180226/2065232-1

Source: BookDoc
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Joint ventures