omniture

Haier bakal Lancar Penyelesaian Kediaman Pintar Semua-keadaan Di AWE 2018 dengan 20 Peratus Pertumbuhan Tahunan pada 2017

Haier
2018-03-12 10:12 666

SHANGHAI, 12 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Haier, jenama perkakas utama No. 1 di dunia, melancarkan Penyelesaian Kediaman Pintar ("Penyelesaian") semua-keadaan yang pertama daripada jenama ini di Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik 2018 (AWE 2018) yang bermula pada 8 Mac di Shanghai, China.

Penyelesaian tersebut direka untuk menghubungkan seluruh isi rumah kepada satu sistem yang mengikuti konsep 4+7+N, dengan 4 mewakili senario kediaman bagi ruang tamu pintar, dapur pintar, bilik mandi pintar dan bilik tidur pintar; 7 mewakili penyelesaian komprehensif untuk udara, air, penjagaan pakaian, keselamatan, kawalan suara, kesihatan dan maklumat; dan N merupakan pemboleh ubah yang membolehkan pengguna menyesuaikan pengalaman kediaman pintar agar benar-benar menepati keperluan mereka.

"Kediaman Pintar Haier, strategi kami dalam era IoT, membawakan ciri kemudahan, kesihatan, keselamatan dan keselesaan kepada pelanggan menerusi penyelesaian sehenti untuk semua-keadaan," kata Wang Ye, Naib Presiden Haier Home Industry Group dan Pengurus Besar Pusat Inovasi Termaju. "Haier beralih daripada pengeluar tradisional kepada platform keusahawanan terbuka, menyepadukan ciri-ciri sosial yang dapat dihubungkan dengan perniagaan-perniagaan tempatan, sekaligus membina platform kediaman pintar yang mendayakan ketersambungan antara produk berkualiti tinggi kami kepada pelanggan seluruh dunia."

Haier akan mengeluarkan perkakas kediaman pintarnya melalui COSMOPlat, platform penyelesaian boleh disesuaikan yang berskala terbesar yang menggabungkan sumber-sumber global, mengesahkan secara bersilang dengan pengguna bagi mencapai kawalan interaktif dalam semua aspek pada perkakas kediaman, menyesuaikan senario kehidupan, mengasing-asingkan fungsi perkakas dengan pintar dan memusatkan maklumat keluarga pada satu hab.

"Sebagai contoh, penyelesaian air untuk seluruh isi rumah; pengguna tidak memerlukan produk daripada jenama-jenama berbeza selepas mereka memasang Penyelesaian Haier, termasuk sistem pelembut air, prapenapis dan dispenser air saluran. Sistem tersebut dapat mengurus penggunaan air dalam seluruh isi rumah, memantau kualiti air dan memberi peringatan kepada pengguna apabila penapis perlu ditukar," kata Dr. Zhao Feng, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi Haier Home Industry Group.

Konsep yang sama terpakai untuk semua aspek dalam mengekalkan seisi rumah pintar menerusi Penyelesaian tersebut, dan menerusi sokongan data termaju, ia dapat memberi perhatian terhadap butiran terkecil dan mengenal pasti keperluan pengguna, termasuk hal-hal seperti cadangan resipi dan pengaturan aliran udara.

Latar Belakang Haier

Haier, jenama Perkakas Utama No. 1 di dunia, mempunyai 10.5% jumlah bahagian pasaran. (Sumber: Euromonitor International Limited; jumlah jualan mengikut unit berdasarkan data tahun 2017). Pada masa kini, jenama-jenama Kumpulan terdiri daripada Haier, Casarte, Leader dari PRC, GE Appliances dari A.S, AQUA dari Jepun, Fisher & Paykel dari New Zealand. Setiap jenama mempunyai kedudukan pasaran yang tersendiri dan menyediakan pengalaman kediaman pintar untuk pengguna. Haier Group mempunyai 66 syarikat dagangan, 10 Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D), 108 tapak pengilangan dan 24 taman perindustrian inovatif berserta lebih 73,000 kakitangan di seluruh dunia. Haier Group membangunkan rangkaian jualan global yang terdiri daripada 143,300 outlet jualan yang mencakupi lebih 160 negara. Pendapatan global Haier Group bagi tahun 2017 mencecah 241.9 bilion RMB, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 20%. Haier merupakan jenama utama global pada hari ini bagi perkakas kediaman utama dan kini beralih daripada pengeluar tradisional kepada platform keusahawanan terbuka. Haier akan meluaskan ekosistemnya kepada rangkaian sosial dan ekonomi komuniti, di samping membangunkan ekosistem kediaman pintar, dan terus meningkatkan nilai pengguna melibatkan produk dan perkhidmatan Haier, bagi menyediakan pengalaman kediaman pintar yang saling terhubung serta produk-produk berkualiti di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.haier.net/en/

Source: Haier
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Machinery Trade show news