omniture

Yayasan L'Oréal dan UNESCO Lancar Inisiatif Baharu: 'Lelaki Perjuangkan Wanita dalam Sains'

L’Oréal Foundation
2018-03-23 09:33 757

PARIS, 23 Mac 2018 /PRNewswire/ --

Pada hari Khamis, tanggal 22 Mac, semasa Majlis Penganugerahan For Women in Science L'Oréal-UNESCO tahunan kali ke-20, Yayasan L'Oréal dan UNESCO melancarkan inisiatif "Lelaki Perjuangkan Wanita dalam Sains". Matlamatnya adalah ringkas: menyumbang kepada keseimbangan jantina yang lebih baik dalam bidang sains demi kemajuan yang lebih berkesan.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Seramai 25 saintis lelaki unggul telahpun menyatakan komitmen terhadap inisiatif berkenaan, seperti ahli matematik Cédric Villani, ahli genetik Axel Kahn, Étienne Klein, Pengarah Penyelidikan di CEA (Suruhanjaya Tenaga Atom Perancis) dan Mouin Hamze, Setiausaha Agung CNRS (Majlis Kebangsaan Perancis untuk Penyelidikan Saintifik) di Lubnan.

Lihat senarai penuh Lelaki yang Memperjuangkan di sini.

KURANG PERWAKILAN WANITA TIMBULKAN ISU KUALITI DALAM PENYELIDIKAN 

Sepanjang 20 tahun lalu, peratusan wanita yang bekerja dalam bidang sains meningkat kepada kira-kira 12%, namun ia masih terlalu rendah: kurang 30%[1] daripada penyelidik adalah wanita. Halangan terhadap kemajuan masih wujud; hanya 11% wanita memegang jawatan kepimpinan akademik di Eropah. Selain itu, hanya 3% Hadiah Nobel Sains dianugerahkan kepada wanita.

Kurangnya perwakilan wanita ini memberi kesan kepada kualiti utama dalam penyelidikan saintifik. Sebagai contoh, kajian menunjukkan kekurangan kepelbagaian dalam sektor kecerdasan buatan membawa kepada pembangunan perisian yang mewujudkan semula, mahupun memperbesar isu stereotaip, khususnya isu yang berkaitan dengan jantina.[2]

GABUNGAN ANTARA SEKUTU BAKAL UBAH WAJAH SAINS  

Bagi menggalakkan kolaborasi antara wanita dan lelaki, Yayasan L'Oréal dan UNESCO melancarkan satu inisiatif baharu yang dikenali sebagai "Lelaki Perjuangkan Wanita dalam Sains". Saintis-saintis lelaki dijemput untuk menandatangani Piagam Komitmen yang jelas dan boleh diukur dengan objektif-objektif berikut:

  • Menggalakkan akses kepada pembiayaan penyelidikan untuk wanita
  • Sediakan peluang perekrutan yang sama rata
  • Berusaha mencapai keseimbangan yang lebih baik dari segi penerbitan dan hak cipta.

Lihat Piagam Komitmen di sini

"Kami ingin mempercepatkan perubahan ke arah keseimbangan jantina yang bertambah baik dan keberkesanan dalam bidang sains, bagi membantu meningkatkan pemahaman saintifik untuk manfaat semua dan menangani cabaran yang dihadapi dunia masa kini dengan lebih baik," kata Jean-Paul Agon, Presiden Yayasan L'Oréal.

1. UNESCO Science Report: Towards 2030 (2015).

2. "Semantics derived automatically from language corpora contain human-like biases", Aylin Caliskan, Joanna J. Bryson, Arvind Narayanan, revue Science (14 April 2017).

Sumber: Yayasan L'Oréal

Source: L’Oréal Foundation
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics