omniture

Jadikan mesyuarat pengalaman bermakna di Hilton Malaysia

Selaras dengan program 'Bertemu dengan Tujuan' Hilton
Hilton Malaysia
2018-04-23 13:04 447

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 April 2018 /PRNewswire/ --  Inisiatif program yang memenangi anugerah 'Bertemu dengan Tujuan' Hilton Worldwide (NYSE: HLT) menjadi satu panduan untuk membantu hotel-hotel memperkayakan tawaran mesyuarat dan acara mereka dengan amalan yang bertanggungjawab untuk menetapkan penanda aras baharu di Malaysia.  Hilton Malaysia kini akan menawarkan keperluan, tempat dan kemudahan mesyuarat dengan program 'Bertemu dengan Tujuan' menjadikannya pilihan ideal apabila menempah mesyuarat, pembentangan, seminar dan pelancaran produk.

Dengan program 'Bertemu dengan Tujuan' Hilton yang inovatif, kesemua hotel Hilton akan mempunyai lebih ruang mesyuarat dan acara berbanding yang lain di seluruh dunia.

Inisiatif ini diperkenalkan menerusi sembilan hartanah Hilton Malaysia; Hilton Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya, Hilton Kuching, Hilton Kota Kinabalu, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, DoubleTree by Hilton Johor Bahru, DoubleTree by Hilton Melaka dan DoubleTree Resort by Hilton Penang serta jenama Hilton yang baharu di Malaysia, Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Jalan Tuanku Abdul Rahman Utara.

Bertemu dengan Tujuan menyediakan golongan professional mesyuarat dengan pilihan lestari yang dapat digabungkan ke dalam acara yang bukan hanya akan meningkatkan pengalaman hadirin, tetapi selaras dengan kebanyakan matlamat tanggungjawab korporat para pelanggan.  Diilhamkan oleh strategi tanggungjawab korporat globalnya, 'Mengembara dengan Tujuan', program 'Bertemu dengan Tujuan' menumpu pada tiga tunggak utama: Pemakanan Berhemah, Mesyuarat Berhemah dan Individu Berhemah.

Pemakanan Berhemah adalah berkisarkan penawaran pengalaman makan dan minum yang mendokong gaya hidup yang lebih sihat dan membantu mengekalkan penglibatan sewaktu mesyuarat dan acara, ulas Cef Ridzuan Malek, Cef Eksekutif di Hilton Petaling Jaya.  "Mengambil kira trend pemakanan hari ini, pilihan makanan dan minuman mengutamakan bahan-bahan tempatan dan bermusim dan pada masa yang sama menawarkan persembahan yang kreatif yang menggalakkan para perancang untuk menggabungkan menu pemakanan yang seimbang.  Apabila anda pergi ke mesyuarat, anda melihat begitu banyak produk makanan tetapi dengan konsep ini, kami kini memberi tumpuan yang lebih kepada pemakanan yang berhemah dan sihat, supaya anda menyedari apa yang anda makan.  Kesemua ini berasaskan item makanan sihat yang bersumber tempatan.  Kami menggalakkan semua orang mengunakan kesemua deria mereka dalam memilih makanan yang memuaskan selera dan menyihatkan tubuh badan."

Constance Lee, Penolong Pengarah Jualan Kumpulan, Persidangan & Acara bercakap lebih lanjut tentang Mesyuarat Berhemah dengan mengulas bahawa pelanggan hari ini lebih arif tentang alam sekitar dan semakin mempunyai kesedaran tinggi apabila menganjurkan mesyuarat.  Lee menambah lagi, "Sebagai syarikat yang prihatin terhadap alam sekitar, ia merupakan tanggungjawab kami untuk menggalakkan dan menawarkan pilihan dan amalan yang mengurangkan penggunaan sumber dan penghasilan bahan buangan dalam persekitaran mesyuarat dan acara.  Menjelang Jun tahun ini, Hilton Malaysia akan Berkata Tidak Pada Plastik; botol air plastik akan digantikan dengan botol kaca atau jug dan setiap delegasi yang menghadiri mesyuarat akan diberikan pen dan buku nota yang dikitar semula atas permintaan."

Bertemu dengan Tujuan menawarkan kemungkinan untuk mengira Jejak Karbon mesyuarat dengan Kalkulator Mesyuarat LightStay.  Pendekatan Hilton kepada tanggungjawab korporat dan kelestarian menyasarkan untuk memberikan nilai kepada perniagaan, tetamu, francais dan rakan kongsi perniagaan serta komuniti.

Bayangkan anda melakukan senaman pantas yang diselit antara mesyuarat anda yang penuh seharian, tunggak ketiga di bawah 'Bertemu dengan Tujuan'; Individu Berhemah berkisar tentang membantu perancang mesyuarat mencari cara untuk menggabungkan kesejahteraan dalam mesyuarat mereka dengan idea-idea yang meningkatkan tenaga dan pemikiran kreatif yang menggalakkan para perancang untuk menggabungkan idea menarik ke dalam jadual mereka. Pengurus Spa dan Gim Dalaman di Hilton Kuala Lumpur, Aizar Othman bertugas untuk menyediakan akses ke ruang luar, kawasan pelarian, menyediakan meja berdiri dan merancang peluang untuk bergerak semasa mesyuarat dan menambah bilangan istirahat yang lebih pendek, yang didapati memberikan lebih banyak manfaat berbanding rehat yang lebih lama.

Fikirkan tentang rehat anda yang disusun antara mesyuarat atau persidangan yang penuh seharian. Kami dapat memenuhi keperluan setiap orang dan mencipta bilik yang menjadi ruang kesejahteraan peribadi, bilik tamu yang khusus untuk pergerakan dan kesedaran, yang dilengkapi dengan peralatan 'sihat' seperti bola senaman, tikar yoga dan tali regangan, menyediakan reruai kepekaan seperti kerusi urut atau alat dengar dengan muzik yang santai semasa rehat, bahkan menyediakan akses kepada kemudahan kecergasan dan pelatih peribadi.

Usaha Hilton untuk menyediakan mesyuarat untuk tetamu mereka dengan penyelesaian kesejahteraan yang membugarkan adalah yang terbaik menerusi program 'Bertemu dengan Tujuan' Hilton yang inovatif. Ia bukan sahaja meningkatkan kecekapan mesyuarat dan meningkatkan kesejahteraan perwakilan tetapi juga memastikan mesyuarat yang berjaya dan produktif, yang memberi impak besar kepada matlamat organisasi. Apa jua keperluan mesyuarat anda, anda boleh rasa tenteram kerana mengetahui bahawa layanan kami yang tiada tandingan, pilihan katering yang fleksibel dan kakitangan

Sebab untuk menempah dengan kami:

  • Hotel Pemenang Anugerah
  • Pakej yang ditempah khusus
  • Ruang mesyuarat di setiap pusat perniagaan utama di Malaysia
  • Menu yang ditempah khas, istirahat bertema dan menarik
  • Penyelesaian mesra alam sekitar
  • Kemudahan Pusat Perniagaan
  • Perkhidmatan peribadi, pasukan berpengalaman di tapak

Unik kepada industri, 'Bertemu dengan Tujuan' sekali lagi menunjukkan Hilton membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang selangkah di hadapan dalam industri. Sama ada anda merancang perhimpunan perniagaan atau acara sosial, kami di Hilton mahu membantu anda menjadikannya bermakna. Tempah tarikh anda sekarang dari 1 April - 30 Jun 2018 untuk acara yang diadakan dari 1 April - 31 Disember 2018.

Untuk maklumat lanjut hubungi +603 - 7624 9119 or +603 - 2264 2935 atau emel KULHI_Hilton_NSO@hilton.com

Latar Belakang Hilton

Hilton (NYSE: HLT) adalah syarikat hospitaliti global terkemuka, dengan portfolio 14 jenama bertaraf dunia yang terdiri daripada lebih 5,100 hartanah dengan hampir 838,000 bilik di 103 negara dan wilayah. Hilton berdedikasi untuk memenuhi misi menjadi syarikat yang paling selesa di dunia dengan memberikan pengalaman luar biasa - setiap hotel, setiap tetamu, setiap masa. Portfolio syarikat termasuk Hilton Hotels & Resorts, Waldorf Astoria Hotels & Resorts, Conrad Hotels & Resorts, Canopy by Hilton, Curio Collection by Hilton, DoubleTree by Hilton, Tapestry Collection by Hilton, Hilton Suites & , Tru by Hilton, Homewood Suites by Hilton, Home2 Suites by Hilton dan Hilton Grand Vacations. Syarikat juga menguruskan program kesetiaan pelanggan yang memenangi anugerah, Hilton Honors. Ahli-ahli Hilton Honors yang menempah secara langsung melalui saluran pilihan Hilton mempunyai akses kepada faedah serta merta, termasuk slider pembayaran yang fleksibel yang membolehkan ahli memilih berapa banyak mata untuk digabungkan dengan wang, diskaun ahli eksklusif yang tidak diperolehi di tempat lain dan Wi-Fi standard percuma. Lawati newsroom.hilton.com untuk maklumat lebih lanjut dan berhubung dengan Hilton di FacebookTwtterLinkedInInstagram, dan YouTube.

HUBUNGI:

Kiranjeet Kaur
Hilton Kuala Lumpur
+6012 6802 377
Kiranjeet.kaur@hilton.com

 

 

Source: Hilton Malaysia
Keywords: Environmental Products & Services Hotels and Resorts Travel New products/services