omniture

Berpegang Kukuh pada Strategi Utamakan Kualiti, GAC Motor Umum Jualan Mantap Model-model Premium

GAC Motor
2018-04-25 21:13 655

GUANGZHOU, China, 25 April 2018 /PRNewswire/ -- Pembuat kenderaan Cina yang terkemuka, GAC Motor, bermula dengan langkah yang baik pada tahun 2018 dengan peningkatan jualan kenderaan sebanyak 22.7 peratus pada suku pertama tahun 2018.

Yu Jun, presiden GAC Motor
Yu Jun, presiden GAC Motor

"Pertumbuhan jualan yang berterusan dan mantap pada suku pertama itu menjadi bukti daya saing jenama GAC Motor," kata Yu Jun, presiden GAC Motor. "Berpegang teguh pada kualiti bertaraf dunia, kami menyasarkan untuk membangunkan kereta dengan kualiti tertinggi dan reka bentuk diperibadikan yang dapat meningkatkan pengalaman perjalanan buat semua. Ini merupakan asas dalam membina jenama kami dan menerusi asas ini juga kami akan meneruskan usaha peluasan antarabangsa kami."

Pada tahun lalu, GAC Motor melancarkan kenderaan baharu dalam kategori sedan, SUV dan van mini yang telah menonjolkan keupayaan canggih dan dinaik taraf oleh syarikat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengilangan dan juga kualiti. Pelancaran sedan GA8 elit, SUV GS8 mewah dan van mini GM8 menjadikan GAC Motor sebagai pembuat kenderaan Cina pertama yang dapat menampung pasaran-pasaran sedan berharga sederhana hingga mewah, SUV dan van mini dengan susun atur kenderaan Kelas C mewah yang lengkap.

Syarikat turut berusaha menarik bakat-bakat global yang berkemahiran dan membangunkan sistem pengurusan yang lebih komprehensif yang dapat menjamin kualiti pengeluaran dalam keempat-empat hubungan pengeluaran kenderaan termasuk R&D produk, pengilangan, rantaian bekalan dan pemasaran serta perkhidmatan.

Keupayaan Pengeluaran Pintar GAC Motor
Keupayaan Pengeluaran Pintar GAC Motor

Dengan menjalin perkongsian bersama pembekal-pembekal utama dunia seperti Aisin Seiki, Michelin, Continental dan Faurecia, GAC Motor memenuhi komitmennya untuk menghasilkan kenderaan berkualiti terbaik berdasarkan sistem rantaian bekalan globalnya. Pembangunan pesat syarikat adalah hasil kerjasama strategiknya bersama pembekal-pembekal utama dunia, teknologi termaju, susun atur barisan pengeluaran yang pintar dan berasaskan maklumat serta sistem jaminan kualiti yang komprehensif di kilang bertaraf globalnya.

Jenama kenderaan ini menduduki tempat pertama antara semua jenama Cina dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik selama lima tahun berturut-turut dengan SUV GS4 yang paling laris terjual menduduki tempat ketiga dalam kategori SUV kompak pada tahun 2017. SUV GS8 7-tempat duduk mewah yang menjadi kebanggaannya menerima skor 57.7 bagi keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu-China (C-NCAP), skor tertinggi antara semua SUV sederhana-besar dalam pasaran Cina.

SUV GS8 mewah GAC Motor
SUV GS8 mewah GAC Motor

Pada tahun 2018, GAC Motor akan melancarkan tiga model baharu untuk terus meningkatkan daya saing produknya dalam kategori-kategori berbeza, mempercepatkan pelaksanaan strategi jenama antarabangsanya.

Setelah Pusat R&D Amerika Utara pertamanya di Silicon Valley beroperasi, GAC Motor menubuhkan studio reka bentuk canggih di Los Angeles pada 14 April. Versi A.S. bagi GS8, yang akan menjadi model pertama GAC Motor menembusi pasaran Amerika Utara, telah memasuki fasa reka bentuk yang terperinci. Setelah penampilan sulung yang berjaya di Pameran Persatuan Pengedar Automobil Kebangsaan bulan lalu, GAC Motor akan menubuhkan sebuah syarikat jualan di Amerika Utara dan platform dagangan di Hong Kong pada tahun 2018.

"Matlamat kami adalah untuk membina jenama Cina bertaraf dunia yang menginovasi, mengeluarkan dan mengedarkan produk di seluruh dunia. Kami sentiasa meletakkan kualiti sebagai keutamaan dan ingin mencipta imej baharu jenama-jenama Cina yang mempunyai pengaruh yang begitu luas," kata Yu.

GAC Motor akan menghadiri Auto China 2018 mulai 27 April hingga 4 Mei di Pusat Pameran Antarabangsa China di Beijing. Syarikat akan mengadakan pameran di reruai bernombor E103 di Lokasi Baharu Pusat Pameran Antarabangsa China. Model van mini serba baharu bakal membuat kemunculan sulung peringkat dunia semasa sidang akhbar.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor 

Perhubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2113158-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2113158-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2113158-1-c  

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news