omniture

Jenama Perjalanan Alibaba, Fliggy Umum Perkongsian Strategik dengan Platform Perkongsian Rumah Xiaozhu

Xiaozhu.com
2018-04-26 08:44 703

BEIJING, 26 April 2018 /PRNewswire/ -- Setelah menjalin perkongsian strategik global bersama agoda, pasaran perkongsian rumah dalam talian terbesar China Xiaozhu.com mengumumkan perkongsian strategik dengan Fliggy jenama perjalanan di bawah Alibaba Group pada 24 April. Disokong oleh sistem "Xinyongzhu" (kehidupan kredit) matang Fliggy, Xiaozhu akan menyediakan pengguna dengan perkhidmatan pascabayar pertama dalam industri perkongsian rumah. Di samping itu, Xiaozhu dikatakan bakal menyertai saluran perkongsian rumah Fliggy pada bulan Mei, bagi menyediakan inventori berkualiti tinggi kepada pengguna Fliggy.

Xiaozhu merupakan pasaran perkongsian rumah dalam talian terbesar di China
Xiaozhu merupakan pasaran perkongsian rumah dalam talian terbesar di China

Disokong oleh "Xinyongzhu", yang menilai maklumat terdahulu tentang kredit pengguna berdasarkan data besar dan sistem kredit Alipay, pengguna akan dapat menikmati perkhidmatan "pascabayar tanpa deposit" dengan bayaran diselesaikan secara automatik dalam tempoh 24 jam selepas mendaftar keluar. Semua penyenaraian pada platform Xiaozhu termasuk penyenaraian luar negara akan menyokong perkhidmatan ini secara berkelompok.

Huang Yuzhou, Naib Presiden dan Pengurus Besar Hospitaliti di Fliggy, berkata Fliggy, sebagai bahagian penting dalam perniagaan perjalanan Alibaba, komited untuk meningkatkan pengalaman pengguna berdasarkan keupayaan Alibaba dalam pengurusan komuniti dan pemasaran data. Jalinan kerjasama dengan Xiaozhu.com dapat meluaskan pelan tindakan "Xinyongzhu" Fliggy dan menjadi satu lanjutan untuk "Penginapan Besar pada Masa Depan",

Chen Chi, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaozhu.com, berharap agar jalinan kerjasama ini akan dapat mengurangkan jurang untuk pengguna perkongsian rumah dengan ketara dan menghapuskan keraguan serta kebimbangan mereka dalam membuat keputusan. Sepanjang lima tahun lalu, Xiaozhu sentiasa menerajui usaha untuk mengubah pengalaman produk. "Bermula dengan kerjasama bersama Fliggy, kami akan memanfaatkan teknologi-teknologi matang dalam lebih banyak pasaran dan terus memacu pembangunan industri perkongsian rumah."

Di samping kerjasama dengan "Xinyongzhu", perancangan Fliggy untuk melancarkan saluran perkongsian rumah baharu bagi menyediakan akses kepada inventori berkualiti tinggi Xiaozhu untuk pengguna Fliggy turut didedahkan.

Data menunjukkan Xiaozhu kini mempunyai lebih 350,000 senaraian di seluruh dunia, mencakupi 395 bandar Cina dan 225 destinasi luar negara, bersama 28 juta pengguna aktif. Xiaozhu menyelesaikan pusingan pembiayaan terkininya pada November lalu, dipimpin oleh Jack Ma dan disokong oleh YF Capital, membawa kepada jumlah kutipan sebanyak $120 juta.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180424/2113298-1

Source: Xiaozhu.com
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Electronic Commerce Travel Licensing/marketing agreements