omniture

Vivo Umum Kempen FIFA World Cup Russia(TM) 2018 -- "My Time, My FIFA World Cup"

Kempen baharu Vivo ajak semua orang rebut peluang di persada terbesar dunia - FIFA World Cup Russia 2018
Vivo
2018-05-24 11:45 1217

BEIJING, 24 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Vivo, penaja telefon pintar rasmi FIFA World Cup Russia 2018, melancarkan satu kempen global baharu yang dikenali sebagai "My Time, My FIFA World Cup", di Taman Hutan Olimpik Beijing hari ini. Kempen ini merangkumi tempat pengiklanan serta pengaktifan pemasaran diterajui muzik dan fotografi istimewa. Ini termasuk program Jurugambar Peminat Super Vivo, bagi menyediakan peminat dengan akses tepi padang, stadium dan sesi memanaskan badan yang julung kali diadakan, serta projek Vivo Super Time, yang akan meningkatkan pengalaman peminat semasa segmen persembahan FIFA World Cup.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.multivu.com/players/English/8333151-vivo-fifa-world-cup/

 

 

Former Dutch International Balon d'or winner Ruud Gullit and FIFA World Cup 1994 Winner Bebeto take a selfie with the FIFA World Cup 2018 V9 Blue Limited Edition
Former Dutch International Balon d'or winner Ruud Gullit and FIFA World Cup 1994 Winner Bebeto take a selfie with the FIFA World Cup 2018 V9 Blue Limited Edition

 

Four Vivo Super Fan Photographers receive the certificate of endorsement from Vivo Brand Vice President Deng Li, former FIFA World Cup Winner Bebeto and former Dutch International Ruud Gullit
Four Vivo Super Fan Photographers receive the certificate of endorsement from Vivo Brand Vice President Deng Li, former FIFA World Cup Winner Bebeto and former Dutch International Ruud Gullit

 

Vivo mascot and Zabivaka (FIFA World Cup mascot) join VIPs in commemorating Vivo smartphone entering the Home of FIFA
Vivo mascot and Zabivaka (FIFA World Cup mascot) join VIPs in commemorating Vivo smartphone entering the Home of FIFA

My Time, My FIFA World Cup

Kempen tematik ini mendukung kepercayaan bahawa semua orang boleh menjadi luar biasa dan menggesa orang ramai di dunia untuk merebut segenap peluang untuk menjadi luar biasa dalam kehidupan mereka. Melalui produk dan teknologinya, Vivo berharap dapat memperkasa orang ramai untuk melangkaui lebih daripada sekadar menjadi penonton di FIFA World Cup, dengan menjadi peserta, pencipta dan mendayakan detik-detik luar biasa agar dapat dilihat, dikongsi dan diingati.

Berucap semasa majlis pelancaran, Deng Li, Naib Presiden Jenama Vivo berkata, "'Camera & Music' ('Kamera & Muzik') bukan sahaja menjadi sebahagian daripada tunjang jenama Vivo, tetapi juga merupakan dua cara penting yang membolehkan orang ramai mengalami, merakam dan berkongsi sepenuhnya detik-detik luar biasa di sekeliling meeka melalui telefon pintar. Sempena FIFA World Cup tahun ini, Vivo akan memanfaatkan dua elemen ini dan teknologi inovatif kami bagi membantu peminat menyemarakkan "My Time, My FIFA World Cup".

Kontinjen bintang-bintang: Jurugambar Peminat Super Vivo

Dalam acara tersebut, Vivo mengumumkan program Jurugambar Peminat Super Vivo, yang akan merekrut peminat bola sepak, pengguna dan tetamu istimewa yang berminat dengan bidang fotografi untuk mengambil bahagian dalam FIFA World Cup 2018, 2022 dan merakam detik-detik luar biasa menerusi akses jarak dekat yang julung kali dilaksanakan ini.

Pemenang FIFA World Cup 1994 dan legenda bola sepak Brazil Bebeto; serta bekas pemain Kebangsaan Belanda dan pemenang Ballon d'Or 1987, Ruud Gullit, membuat penampilan khas bagi menerima sijil pengesahan FIFA bersama-sama wakil-wakil Jurugambar Peminat Super Vivo. Bebeto berkata, "Tarian sambutan gol untuk anak lelaki baru lahir saya pada World Cup 1994 merupakan detik yang paling luar biasa buat saya. Saya tidak sabar-sabar menantikan Peminat Super Vivo merakam dan berkongsi detik-detik luar biasa World Cup ini bersama dunia." Gullit menambah, "Menjaringkan gola semasa perlawanan tahun 1990 ialah detik World Cup paling luar biasa buat saya dan bersama-sama beberapa pemain terbaik dunia yang mengambil bahagian, World Cup ini, sama seperti perlawanan sebelumnya, pastinya akan mempunyai beberapa detik yang benar-benar hebat dan tidak dapat dilupakan."

128 kontinjen Jurugambar Peminat Super Vivo FIFA World Cup Russia 2018 yang mantap akan melibatkan mereka yang tersohor, yang bukan sahaja terdiri daripada peminat bola sepak dan pengguna, tetapi juga selebriti, individu berpengaruh media sosial yang terkemuka, rakan media serta pemimpin pendapat utama dari seluruh dunia. Menjelang setiap perlawanan, Jurugambar Peminat Super Vivo akan disediakan dengan telefon pintar Vivo, diberikan akses tepi padang dan stadium khas bagi merakam kandungan eksklusif seperti aksi memanaskan badan sebelum perlawanan, dan berkongsi detik-detik tersebut bersama dunia.

Deng menambah, "Kami berasa teruja untuk melancarkan program ini menjelang FIFA World Cup. Kami berharap dapat berkongsi produk yang terkini dan inovatif kami bersama Jurugambar Peminat Super Vivo, memperkasa mereka dengan cara yang lebih baik untuk merakam detik-detik luar biasa dan berkongsi detik-detik tersebut bersama dunia. Kami ingin membawakan penglibatan peminat ke tahap seterusnya, iaitu untuk terlibat dan mengambil bahagian sepenuhnya, sebagai sebahagian daripada penajaan FIFA World Cup oleh Vivo."

Ekstravaganza muzik: Vivo Super Time

Sebagai sebahagian daripada kempen, Vivo akan turut melancarkan projek Vivo Super Time, yang mana terdapat beberapa aktiviti bertemakan muzik yang unik sepanjang perlawanan, termasuk acara Vivo Super DJ dalam kesemua 64 perlawanan, bagi menyatukan peminat bola sepak dan penggemar muzik seluruh dunia.

Ia akan berakhir dalam acara Perlawanan Akhir FIFA World Cup™ pada 15 Julai yang mana Vivo akan mencipta detik Vivo Super Time istimewa semasa Persembahan Lagu Rasmi. Ini merupakan kali pertama FIFA mengundang penaja untuk mengambil bahagian dalam penyampaian Persembahan Lagu Rasmi semasa acara Perlawanan Akhir.

"Projek Vivo Super Time bertujuan untuk melibatkan semua peserta bagi mencipta detik bersejarah dalam FIFA World Cup tahun ini," tambah Deng.

Edisi terhad V9 Blue FIFA World Cup Russia™ 2018

Di samping itu, bagi meraikan perkongsian ini, Vivo turut melancarkan edisi terhad V9 Blue FIFA World Cup Russia™ 2018. Dikuasakan oleh pemproses okta-teras Qualcomm Snapdragon 626, dengan RAM 4GB, edisi terhad V9 Blue FIFA World Cup Russia™ 2018 beroperasi menerusi OS Android 8.1 terkini. Ia dilengkapi dengan Paparan FullView™, menawarkan nisbah 90% skrin-kepada-badan, seraya menyediakan pengguna dengan pengalaman tontonan berbilang skrin yang amat luas.

Selain itu, bagi memperingati tajaan Vivo untuk FIFA World Cup, telefon pintar edisi terhad Vivo akan diabadikan di Lokasi Asal FIFA di Zurich, Switzerland. Ini akan menjadi telefon pintar edisi terhad pertama seumpamanya yang turut serta dengan koleksi artifak dan memorabilia berprestij, yang merangkumkan perkembangan bola sepak menjadi budaya global.

Franck Guignery, Ketua Bahagian Jualan di FIFA menambah, "Di samping membantu menjadikan World Cup suatu yang luar biasa untuk peminat dengan cara yang kreatif, Vivo menyemarakkan semangat belia, umpama semangat membara FIFA. Kini, menjelang World Cup 2018, kami berharap dapat mencipta lebih banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama-sama orang ramai di seluruh dunia."

Nota untuk editor:

Sebagai jenama global yang menyasarkan pengguna muda yang bersemangat, Vivo menandatangani perjanjian penajaan selama enam tahun pada tahun 2017 dengan FIFA yang akan berlangsung sehingga tahun 2022, yang melibatkan penajaan FIFA World Cup 2018 dan 2022 serta Piala Konfederasi FIFA.

Latar Belakang Vivo

Jenama telefon pintar bertaraf global yang menumpu untuk memperkenalkan kualiti bunyi yang sempurna dan fotografi unggul menerusi teknologi canggih, Vivo membangunkan produk yang inovatif serta bergaya untuk golongan muda. Kini, kami mempunyai dua ratus juta pengguna dan merupakan salah satu jenama pilihan orang muda di seluruh dunia. Sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup™, Vivo percaya terhadap kepentingan untuk menggalakkan orang muda untuk menerima ekspresi diri dan gaya hidup bertenaga.

Maklumat lanjut mengenai telefon pintar inovatif kami boleh didapati di www.vivo.com.

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201805/vivo/video.mp4  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180523/2141101-1-a  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180523/2141101-1-b  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180523/2141101-1-c  

Source: Vivo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sporting Events Sports Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements Trade show news