omniture

Sidang Kemuncak Antarabangsa Pelayaran Mewah Rantaian Blok Ambertime Labuh Tirai Dengan Jayanya

Ambertime
2018-05-31 18:55 1305

SHANGHAI, 31 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pada 25 Mei 2018, Sidang Kemuncak Antarabangsa Pelayaran Mewah Ambertime diadakan dengan jayanya di Royal Caribbean International (RCI) Ovation of the Seas. Tema sidang kemuncak ialah Ambertime: Aplikasi Paling Utama. Mesyuarat dan perbincangan sebahagian besarnya mencakupi program-program Ambertime (AMT) dan aplikasi relatifnya.

Big wheel from cooperative enterprises signed contract at the summit
Big wheel from cooperative enterprises signed contract at the summit

Para hadirin sidang kemuncak terdiri daripada pemilik institusi-institusi berkaitan rantaian blok dan syarikat-syarikat yang mempunyai latar belakang yang luas, daripada industri maritim, sukan dan perfileman. Ia merupakan satu perhimpunan yang membuahkan hasil untuk profesion dalam bidang dan orang ramai bagi berkongsi maklumat terkini dalam bidang rantaian blok dan bertukar-tukar pandangan mereka menerusi dinamik semasa dalam pasaran.

Lecturers of AMT Business School spoke about Ambertime
Lecturers of AMT Business School spoke about Ambertime

Para tetamu sidang kemuncak tersebut terdiri daripada pelbagai industri dan bidang. Tetamu-tetamu melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif Shenzhen Yari Media dan pengasas Philippine Paramount, Yejin Zhu, yang juga merupakan pengarah dan penerbit filem serta pengasas kelab pelayaran We Are dan juga ketua hakim Pentadbiran Umum Sukan; Zi Ying, pengarah pasaran Pusat Sukan Narwhal Sea Hongyu Xu serta pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif IYAT; wakil daripada syarikat kapal layar terunggul di dunia Burgress berserta agensi ROCK Shuai Wang; serta Ketua Pegawai Eksekutif Lehuo Group Jiahui Shan. Perintis Komunikasi Budaya Shenzhen Hanghai dan motor rentas disiplin Huapin Shuo serta pengasas Shenchuang College Shi Bao turut diundang untuk hadir bersama. Semua orang agak teruja dan berasa gembira dapat menjadi anggota perhimpunan yang hebat ini.

Ambertime ialah platform rantaian blok pertama yang menyediakan Perkhidmatan Teknologi "One-Key Uplink" dan perniagaan-perniagaan utamanya menumpu pada institusi pendidikan, institusi latihan, agensi pelancongan dan industri perlindungan harta intelek yang lain. Ambertime berupaya menawarkan platform teknologi rantaian blok AMT paras bawah serta protokol standard dan turut menyediakan port API seragam untuk menghubungkan aplikasi penyedia perkhidmatan bahagian depan dan rantaian blok AMT. Dengan cara ini, Ambertime dapat membantu syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi menyelaraskan operasi perniagaan dan peruntukan faedah serta strategi perniagaan baharu mereka.

Surfing Master Yuki gave lecture on surfing plus blockchain business new business model
Surfing Master Yuki gave lecture on surfing plus blockchain business new business model

Pengasas Shenchuang College, Shi Bao memberi pengenalan ringkas mengenai kolej pertama yang menyediakan latihan teknologi rantaian blok di China. Shenchuang College mengguna pakai AMT dan merupakan institusi pendidikan pertama yang menyediakan sijil rantaian blok. Ia mengundang ramai ilmuwan ternama, guru dan pemimpin perniagaan yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang rantaian blok dan menyediakan latihan profesional, khidmat runding serta maklumat mengenai trend kepada orang awam.

Bagi meluaskan pengaruh AMT, sekolah perniagaan AMT ditubuhkan. Semasa perhimpunan, pemimpin sekolah perniagaan AMT, En. Lei Zheng menjelaskan keadaan terperinci sekolah perniagaan AMT yang merupakan salah sebuah institusi pendidikan terbaik di bawah Ambertime. Sekolah perniagaan AMT menggunakan teknologi rantaian blok Ambertime untuk mendaftar, menyemak kehadiran kelas, menawarkan sijil dan membuat bayaran. Objektif sekolah ini adalah untuk menyediakan model pendidikan paling kreatif dan komprehensif kepada orang awam. Banyak kursus hebat, seperti Pengenalan kepada Kursus Paras Bawah, Kursus Kewangan dan lain-lain, yang bertujuan untuk memupuk 5,000 bakat terunggul dalam setahun.

Participants coming from various industries all over the world
Participants coming from various industries all over the world

Dalam pertemuan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Philippine Paramount Yejin Zhu, menyebutkan tentang model perniagaan syarikat beliau dan bagaimana teknologi rantaian blok AMT menyokong operasi syarikat beliau menerusi penggunaan teknologi AMT. Philippines Paramount dapat mengatasi banyak masalah seperti pengumpulan wang, perlindungan harta intelek, propaganda filem dan sebagainya. Filem pertama di dunia yang menggunakan teknik rantaian blok untuk mengumpul dana, menjual dan meraih keuntungan ialah Shark's Mission. Apa yang wajar disebutkan ialah penonton boleh membayar menggunakan AMTC bagi menonton filem berkenaan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180530/2146280-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180530/2146280-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180530/2146280-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180530/2146280-1-d

Source: Ambertime
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Asian-related news Blockchain