omniture

Elsevier: Pracetak Dengan The Lancet Dilancar melalui SSRN

Elsevier
2018-06-30 02:11 1854

LONDON, 30 Jun 2018 /PRNewswire/ --

SSRN, pelayan pracetak Elsevier yang terkemuka dunia dan platform penyelidikan tahap awal, hari ini mengumumkan pelancaran 'Pracetak dengan The Lancet' - siri pracetak baharu untuk berkongsi penyelidikan kesihatan dan perubatan tahap awal.

Kolaborasi ini menyatukan SSRN dengan The Lancet sebagai sebahagian daripada ujian rintis selama enam bulan bagi menilai sama ada komuniti kesihatan dan perubatan bersedia untuk perkongsian penyelidikan awal seperti ini.

Pracetak ialah kertas kajian yang berada di peringkat penghantaran atau dapat digambarkan sebagai kajian berterusan. Dengan berkongsi secara dalam talian, penulis dapat meluaskan peluang untuk menerima ulasan terhadap hasil kerja mereka oleh penyelidik-penyelidik lain dengan tujuan untuk menambah baik bahan penerbitan diwasit tahap akhir dan bagi tujuan pertukaran bidang penyelidikan dengan potensi kolaborasi masa depan. Pracetak bertujuan khususnya untuk kegunaan penyelidikan; ia tidak melalui langkah-langkah penting dalam pewasitan dan menjalani penelitian dan bimbingan editorial berpengalaman yang menjadi sebahagian daripada proses penerbitan. Kesemua kertas kajian pada 'Pracetak dengan The Lancet' boleh dimuat naik dan dimuat turun secara percuma.

Dr. Richard Horton, Ketua Editor The Lancet, berkata: "Pracetak mempunyai sejarah yang panjang dalam bidang fizik, matematik dan terkini, sains sosial serta bidang biologi, namun demikian bidang perubatan dan kesihatan agak ketinggalan. Ujian rintis pracetak kami akan menjadi cubaan pertama bagi menentukan sama ada wujudnya kehendak dalam komuniti penyelidikan perubatan untuk memperoleh maklum balas terhadap kajian berterusan atau kajian yang telah dihantar dalam bentuk pracetak dan sama ada pembukuan tersebut merupakan langkah bermanfaat dalam proses penyelidikan dan penerbitan."

Penulis-penulis semua kertas kerja yang dihantar kepada mana-mana rangkaian jurnal Lancet akan ditanya semasa menghantar sama ada mereka ingin kertas kerja mereka dipaparkan, sebagai pracetak, satu pilihan yang perlu dipersetujui oleh semua penulis bersama. Penulis-penulis juga boleh menghantar kertas kerja mereka terus melalui SSRN.

Kertas kerja yang telah dihantar akan tertakluk kepada semakan biasa oleh SSRN bagi memastikan kertas kerja berkenaan adalah sebahagian daripada perbincangan ilmiah, dalam bidang subjek yang dirangkumkan oleh satu atau lebih daripada rangkaian SSRN. Editor Lancet kemudiannya akan menyemak kertas kerja tersebut dan memastikan penulis telah memberi kenyataan berhubung pembiayaan kajian; ringkasan deklarasi kepentingan untuk semua penulis; kenyataan berkenaan kelulusan etika atau punca kajian dikecualikan; dan sekiranya kajian merupakan percubaan secara rawak, pengesahan diperlukan bahawa ia telah didaftar secara prospektif berserta nombor pendaftaran percubaan. Sebaik sahaja versi akhir kertas pracetak diwasitkan dan diterbitkan serta menjadi sebahagian daripada bukti saintifik untuk versi rekod, penulis-penulis digalakkan untuk membuat pautan kepada pracetak kertas kerja yang telah diterbitkan.

Gregg Gordon, Pengarah Urusan SSRN, menambah: "Suatu yang hebat apabila The Lancet memutuskan untuk menerima pracetak dan melancarkan siri baharu ini. Kami mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun membantu penyelidik dari seluruh dunia dan daripada semua bidang saintifik, berkolaborasi dan berkongsi penyelidikan tahap awal mereka. Dengan siri Pratonton Tidak Rasmi baharu daripada Cell Press yang dilancarkan baru-baru ini melalui SSRN, kami mempunyai dua jurnal utama dunia daripada Elsevier yang bekerjasama dengan kami."

Nota untuk editor 

Temubual bersama Gregg Gordon, Pengarah Urusan SSRN, disediakan atas permintaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Preprints dengan The Lancet sila kunjungi: https://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(18)31125-5/fulltext dan https://www.thelancet.com/preprints.

Latar Belakang SSRN 

SSRN ialah satu usaha kolaboratif seluruh dunia melibatkan lebih 350,000 penulis dan lebih 2.2 juta pengguna yang menumpu pada penyebaran penyelidikan yang pesat di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1994, kini ia terdiri daripada beberapa rangkaian penyelidikan khusus. Setiap rangkaian SSRN menggalakkan pengagihan awal keputusan penyelidikan dengan menyemak semula dan mengedarkan abstrak yang dihantar serta kertas kerja lengkap daripada ilmuwan seluruh dunia. SSRN menggalakkan pembaca untuk berkomunikasi secara terus dengan pelanggan serta penulis lain berhubung kajian mereka dan juga kajian pihak lain. Melalui abstrak emel eJournals, SSRN kini mencecah lebih 400,000 orang kira-kira di 140 negara berbeza.

Latar Belakang Elsevier 

Elsevier ialah syarikat analitik maklumat bertaraf global yang membantu institusi-institusi dan golongan profesional memajukan rawatan kesihatan, sains terbuka dan meningkatkan prestasi demi manfaat umat manusia. Elsevier menyediakan penyelesaian digital dan peralatan untuk bidang-bidang berkaitan pengurusan penyelidikan strategik, prestasi penyelidikan & pembangunan (R&D), sokongan keputusan klinikal dan pendidikan profesional; termasuk ScienceDirect, Scopus, SciVal, ClinicalKey dan Sherpath. Elsevier menerbitkan lebih 2,500 jurnal digital, termasuk The Lancet dan Cell, selain lebih 38,000 tajuk e-buku dan juga banyak hasil rujukan ikonik, termasuk Gray's Anatomy. Elsevier merupakan sebahagian daripada RELX Group, penyedia maklumat dan analitik bertaraf global untuk golongan profesional dan pelanggan perniagaan dalam pelbagai industri. http://www.elsevier.com

Perhubungan media
David Tucker, Komunikasi Global
Elsevier
+44-7920-536-160
d.tucker@elsevier.com

Source: Elsevier
Keywords: Health Care/Hospital Internet Technology Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Licensing/marketing agreements