omniture

Typerium: Syarikat Rantaian Blok untuk Pencipta Failkan Dua Paten untuk Teknologi Inovatifnya

Typerium
2018-07-12 23:59 973

LONDON, 12 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Typerium, syarikat baharu sasar revolusikan kehidupan pencipta, failkan dua paten untuk teknologi rantaian blok inovatifnya. 

Typerium, syarikat rantaian blok untuk para pencipta, mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran dengan memfailkan dua paten untuk teknologinya. Syarikat menyasarkan untuk mengurangkan persaingan dan risiko mana-mana syarikat lain mencuri idea-idea mereka dengan ketara.

Typerium ialah sebuah syarikat baharu yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan para pencipta lebih mudah dengan menyediakan mereka dengan platform penciptaan kandungan terpencar, rangkaian media sosial dan pasaran yang membolehkan mereka mengusahakan dan menjalankan perniagaan mereka. Ia akan menggabungkan perisian reka bentuk intuitif dengan perlindungan harta intelek, rangkaian media sosial, pasaran digital serta sistem pengurusan amanah dan reputasi, gerbang pembayaran berasaskan rantaian blok dan mata wang digital miliknya sendiri.

Syarikat telah memfailkan dua paten, paten pertama berkaitan pendekatan revolusionernya terhadap perlindungan harta intelek. Ia akan membolehkan pencipta merekodkan hasil kerja mereka kepada rantaian blok dengan cop waktu, yang membolehkan mereka membuktikan bahawa merekalah pencipta dan pemiliknya tanpa dikenali oleh orang lain.

Paten ini khusus menangani penggunaan teknologi rantaian blok untuk mendokumentasi, merekodkan, mencipta dan memiliki, selain berkaitan jualan dan pelesenan selanjutnya untuk hasil kerja kreatif dan perisian.

Paten kedua syarikat menjurus kepada kaedah-kaedah baharu penilaian dalam segmen token digital. Ini akan melibatkan proses merendahkan nilai token apabila terdapatnya lebih banyak permintaan terhadap hasil kerja tertentu dan lelongan automatik apabila permintaan mencecah suatu kadar tertentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Typerium, Alex Haigh yakin bahawa paten-paten ini akan meletakkan syarikat pada kedudukan yang baik. "Teknologi rantaian global masih merupakan pasaran yang baharu dan rintis. Kami menyedari sepenuhnya betapa kompetitifnya sektor ini dan ia menjadi semakin penting berbanding sebelum ini untuk melindungi inovasi syarikat anda dan usaha yang dilakukan bagi membangunkannya," kata beliau.

"Atas sebab inilah kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah mana-mana syarikat lain mencuri idea-idea kami. Dengan melindungi visi kami dari hari pertama, kami menetapkan Typerium dengan cara yang mampan bagi membolehkannya mempunyai masa depan yang cerah dalam usaha menjadikan kehidupan pencipta kandungan lebih mudah."

Typerium hampir menyelesaikan tawaran syiling awal (ICO) bagi mengumpul dana untuk pembangunan platform ini melalui laman sesawangnya. Sesiapa yang membeli Token TYPE akan menerima bonus, meskipun tawaran syiling awal akan berakhir secara rasminya pada 24 Julai ini.

Source: Typerium
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Patent Law Blockchain