omniture

ConferenceSeries tawar Pengalaman Unik melalui Persidangan Saintifik Di Lapangan dan Dalam Talian

ConferenceSeries
2018-07-21 00:39 452

Penganjur acara bawakan 10 tahun kepakaran komunikasi rawatan kesihatan dan pengetahuan mendalam tentang penyelidikan kepada komuniti saintifik

LONDON, 20 Julai 2018 /PRNewswire/ -- ConferenceSeries ialah penganjur acara perubatan dan sains hayat yang terlibat dalam 'Komunikasi Rawatan Kesihatan' selama lebih sedekad melalui beberapa siri persidangan saintifik di seluruh Eropah, Asia dan Amerika. Keunikan ConferenceSeries terletak pada kebolehannya berkolaborasi dengan agensi-agensi saintifik ternama dalam Amerika dan luar negara serta menjalin kerjasama dengan persatuan-persatuan saintifik untuk menganjurkan Persidangan Perubatan, Persidangan Farmaseutikal, Persidangan Sains Hayat dan Persidangan Kejuruteraan.

Ditubuhkan dengan tujuan untuk menganjurkan mesyuarat perubatan bebas, ConferenceSeries menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan perniagaan dan akademik yang luas, termasuk organisasi-organisasi yang terlibat dalam industri sains perubatan, penyelidikan, amalan klinikal dan farmaseutikal. ConferenceSeries berupaya membuat perubahan sepenuhnya peranan tradisional penganjur persidangan saintifik yang membolehkan interaksi antara peserta-peserta yang hadir ke persidangan tersebut secara fizikal. Berkuat kuasa mulai tahun 2019, ConferenceSeries turut menawarkan acara-acara saintifik Dalam Talian dengan kerjasama syarikat-syarikat rakan kongsinya melibatkan lebih 50 bidang berbeza, kata Dr. Srinubabu Gedela, Ketua Pegawai Eksekutif, Omics International.

Semua mesyuarat utama ConferenceSeries diiktiraf dengan Kredit Pendidikan Profesional Berterusan (CPD), Pendidikan Berterusan (CE) dan Pendidikan Perubatan Berterusan (CME). ConferenceSeries mengambil pendirian sebagai badan yang sah, diberi tanggungjawab untuk menilai kandungan saintifik dan menjamin kualitinya mengikuti piawaian yang diterima. ConferenceSeries menggalakkan ilmuwan dan penyelidik peringkat awal untuk menjadi sebahagian daripada Forum Penyelidik Muda, Pertandingan Poster Terbaik dan E-Poster untuk berkolaborasi demi jalinan kerjasama yang berkesan, interaksi dengan barisan penyelidik muda dan penyelidik kanan serta bimbingan berhubung prospek kerjaya, menggalakkan kerjasama rentas benua, perjanjian dan penglibatan bersama antara penyelidik-penyelidik muda. Acaranya dapat membantu keterlihatan yang lebih jelas dalam konteks global.

ConferenceSeries ialah pengusaha yang amat penting dalam menganjurkan lebih 2000 Persidangan Antarabangsa setiap tahun di lebih dua puluh Negara Eropah (UK, Jerman, Sepanyol, Itali, Ireland, Belanda, Belgium, Perancis, Austria, Portugal, Republik Czech dan sebagainya) di beberapa destinasi persidangan terbaik (London, Rome, Berlin, Madrid, Barcelona, Amsterdam, Brussels, Paris, Vienna, Lisbon, Prague, dan sebagainya). ConferenceSeries bekerjasama dengan Omics International untuk mengadakan persidangan dan menerbitkan prosiding. Ia menumpu pada pelbagai subjek seperti: Pertanian, Biokimia, Kardiologi, Kejuruteraan Kimia, Kimia, Pergigian, Diabetes, Kejuruteraan, Sains Alam Sekitar, Makanan, Gastroenterologi, Genetik, Sains Geologi-Bumi, Rawatan Kesihatan, Imunologi, Penyakit Berjangkit, Sains Bahan, Mikrobiologi, Nanoteknologi, Nefrologi, Neurosains, Kejururawatan, Pemakanan, Onkologi, Oftalmologi, Pediatrik, Sains Farmaseutikal, Pembedahan, Vaksin dan Veterinar, antara lain.

Hubungi :+1 6508894686 emel: contact@conferenceseries.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/554693/Conference_Series_Logo.jpg

Source: ConferenceSeries
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news