omniture

Circulate Capital Umum Proses RFP Untuk Perniagaan Berpangkalan Asia Selatan dan Asia Tenggara Peroleh Modal Percepat Penyelesaian Plastik Lautan

Circulate Capital
2018-07-21 10:28 466

Firma Pengurusan Pelaburan Bertumpu Impak Baharu Biayai Penyelesaian Pengurusan Sisa dan Pengitaran Semula Serantau Yang Atasi dan Cegah Plastik Lautan

NEW YORK, 21 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Circulate Capital, firma pengurusan pelaburan yang mengkhusus untuk membiayai syarikat-syarikat, projek-projek dan infrastruktur yang mencegah plastik lautan, hari ini mengumumkan proses Permintaan Cadangan (RFP) untuk syarikat-syarikat mendapatkan modal bagi mempercepatkan penyelesaian melibatkan masalah plastik lautan. Dipimpin oleh Rob Kaplan, pengasas bersama Closed Loop Partners, Circulate Capital akan melabur dalam entiti-entiti berpangkalan di Asia Selatan dan Asia Tenggara dalam sektor pengurusan dan pengitaran semula sisa pepejal yang mengatasi aliran plastik yang disalah urus ke lautan dunia.

Circulate Capital ialah sebuah firma pelaburan impak yang ditubuhkan baru-baru ini dengan kerjasama Closed Loop Partners, firma yang melabur dalam barangan pengguna mampan, teknologi kitar semula termaju dan pembangunan ekonomi pusingan, serta Ocean Conservancy, pertubuhan sokongan alam sekitar bukan untung yang terkemuka, yang berusaha melindungi lautan dunia, dan disokong oleh pertubuhan-pertubuhan antara kerajaan yang terkemuka, persatuan-persatuan dan banyak syarikat barangan produk pengguna dan bahan kimia yang terbesar di dunia termasuk 3M, The Coca-Cola Company (NYSE:KO), Kimberly-Clark (NYSE: KMB), Dow (NYSE: DWDP), PepsiCo (NASDAQ: PEP), Perkongsian Pengurusan Alam Sekitar untuk Laut Asia Timur (PEMSEA), Procter & Gamble (NYSE: PG), American Chemistry Council dan World Plastics Council, yang menyediakan modal permulaan bersama-sama rakan-rakan pengasas.

Tumpuan Pelaburan Asia dan Asia Tenggara

Syarikat ingin melabur dalam entiti-entiti berpangkalan di Asia Selatan dan Asia Tenggara dalam sektor pengurusan dan pengitaran semula sisa pepejal yang mengatasi aliran plastik yang disalah urus ke lautan dunia.

Plastik lautan memberi cabaran yang amat besar kepada kawasan-kawasan di Asia Selatan dan Asia Tenggara khususnya. Penambahbaikan sebanyak 45% dalam pencemaran plastik dapat dilakukan dengan memperbaiki pengurusan dan pengitaran semula sisa di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina.

"Negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara menghasilkan sisa plastik yang paling banyak, namun demikian sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan infrastruktur sisa yang diperlukan untuk mengurus masalah tersebut," kata Rob Kaplan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Circulate Capital. "Membiayai syarikat-syarikat tempatan yang bersifat inovatif yang berusaha menangani cabaran berkenaan adalah langkah yang amat penting untuk mengurangkan aliran plastik lautan dan juga merupakan kunci untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan hasil kesihatan awam."

BUTIRAN RFP

Kami mengalu-alukan cadangan pelaburan daripada entiti-entiti yang beroperasi dalam segmen pengumpulan, pengasingan dan pemprosesan, atau pengitaran semula dan pasaran akhir dalam rantaian bekalan pengurusan sisa.

Syarikat berminat khususnya dalam peluang-peluang di lima negara: India, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam ("Negara-negara Utama"), namun demikian kami turut mempunyai keupayaan untuk menyokong secara selektif peluang-peluang di negara-negara Asia yang lain.

Kami menjemput syarikat yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai proses RFP dan keperluan penghantaran untuk melayari RFP Circulate Capital

Latar Belakang Circulate Capital 

Circulate Capital ialah sebuah firma pengurusan pelaburan bertumpu impak yang mengkhusus untuk membiayai syarikat-syarikat, projek-projek dan infrastrutur yang mencegah plastik lautan. Kami mengenal pasti, membangunkan dan melabur dalam peluang-peluang yang diwujudkan untuk menyekat plastik lautan daripada sumbernya dengan mengumpul, mengasingkan, memproses dan mengilangkan menggunakan sisa di negara-negara yang dikenali dalam menyumbang kepada plastik lautan. Kami diwujudkan dengan kerjasama Closed Loop Partners dan Ocean Conservancy, serta turut disokong oleh pertubuhan-pertubuhan antara kerajaan yang terkemuka, persatuan-persatuan dan banyak syarikat barangan produk pengguna dan bahan kimia yang terbesar di dunia, termasuk 3M, Majlis Kimia Amerika, The Coca-Cola Company, Kimberly-Clark, Dow, PepsiCo, Perkongsian Pengurusan Alam Sekitar untuk Laut Asia Timur (PEMSEA), Procter & Gamble, dan World Plastics Council.

Pertanyaan media:

Untuk media Asia:
Cognito Asia
Prisita Menon
+65 9856 4954
Prisita.menon@cognitomedia.com

Untuk media AS:
Cindy Stoller
Confluence Partners
917-331-0418
cstoller@confluencepartners.com

Source: Circulate Capital
Related Stocks:
NASDAQ:PEP NYSE:DWDP NYSE:KMB NYSE:KO NYSE:PG
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Not for profit Socially Responsible Investing