omniture

Jazwares dan Epic Games Jalin Kerjasama Lancar Pelbagai Mainan Fortnite™

Jazwares
2018-07-23 02:24 363

SUNRISE, Florida, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, Jazwares mengumumkan satu perkongsian baharu dengan Epic Games bagi menghasilkan pelbagai mainan Fortnite™, dalam satu perjanjian yang diusahakan oleh IMG.

Koleksi berjenama Fortnite™ baharu daripada Jazwares akan membawakan figura permainan sebenar, Domez™, kotak ganjaran (loot box), set permainan, persekitaran, senjata dan alatan replika permainan, patung mainan, kenderaan dan banyak lagi!

Judd Zebersky, Ketua Pegawai Eksekutif, Jazwares mengulas: "Kami berasa teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman Fortnite. Ini lebih daripada sekadar harta hiburan dengan produk; ia merupakan satu usaha global. Rangkaian produk kami akan menerobos sempadan mainan tradisional, membawakan dunia digital kepada produk fizikal yang belum pernah dilihat oleh peminat. Kami berasa sangat teruja kerana dapat melalui perjalanan ini bersama Epic Games."

Mark Rein, Naib Presiden Epic Games menambah: "Jalinan kerjasama dengan Jazwares adalah sangat hebat dan dari awal lagi telah menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami alam Fortnite dan apa yang membuatnya unik. Mereka sedang mengusahakan suatu produk pada ketika ini yang saya rasakan akan benar-benar digemari oleh pemain kami. Saya tidak sabar-sabar untuk membolehkan mereka melihat kesemuanya lewat tahun ini.

Dilancarkan pada bulan Disember 2018, koleksi ini akan dapat dibeli daripada penjual-penjual seluruh dunia.

Fortnite ialah permainan pembinaan tindakan daripada Epic Games yang membolehkan anda terlibat dalam Pertempuran Royale dengan 100 pemain secara besar-besaran atau bergabung dengan rakan-rakan dalam kempen kerjasama untuk Save The World (Selamatkan Dunia) daripada gerombolan raksasa. Dihasilkan dan diberikan ganjaran dalam dunia yang sangat luas yang mana tiada dua permainan yang sama. Fortnite Battle Royale adalah percuma dan disediakan melalui PC, Mac, PlayStation 4, Xbox One, iOS, dan tidak lama lagi, Android.

Latar Belakang Jazwares
Jazwares, subsidiari Alleghany Capital Corporation, ialah peneraju global bagi produk-produk pengguna termasuk mainan, patung mainan, barangan koleksi, alat muzik dan barangan elektronik pengguna. Dengan kepakaran lebih 20 tahun dalam reka bentuk, pembangunan dan pengilangan, Jazwares ialah sebuah syarikat memenangi anugerah yang mempunyai tumpuan progresif untuk mengenal pasti trend baharu dan mengubahnya menjadi produk berkualiti tinggi untuk pengguna pada semua peringkat usia. Jazwares, yang beribu pejabat di Sunrise, Florida, mempunyai pejabat-pejabat di seluruh dunia dan menjual di lebih 100 negara. Misi Jazwares adalah untuk menghiburkan melalui penciptaan produk inovatif dan portfolio syarikat, termasuk First Act™, Russ Berrie™, Applause™ dan Zag Toys™, yang mempunyai pelbagai jenama milik persendirian yang dinamik, berserta lesen-lesen global yang terkemuka. Untuk maklumat lanjut mengenai Jazwares, ikuti kami di @Jazwares melalui Instagram dan Twitter. Alleghany Capital Corporation ialah subsidiari milik penuh Alleghany Corporation (NYSE: Y). Untuk maklumat lanjut mengenai Alleghany Capital Corporation, sila layari www.alleghanycc.com

Latar Belakang Epic Games
Ditubuhkan pada tahun 1991, Epic Games ialah pencipta kepada siri permainan Fortnite, Unreal, Gears of War, Shadow Complex dan Infinity Blade. Teknologi Unreal Engine Epic memberikan pengalaman yang tinggi kesetiaan dan interaktif untuk komputer peribadi, konsol, peranti mudah alih, AR, VR dan Web. Unreal Engine disediakan secara percuma di unrealengine.com. Untuk maklumat lanjut mengenai studio, layari epicgames.com dan semaklah @EpicGames.

Latar Belakang IMG
IMG ialah peneraju bertaraf global bagi sukan, fesyen, acara dan media, beroperasi di lebih 30 negara. Syarikat mengurus beberapa tokoh sukan dan ikon fesyen yang paling hebat di dunia; menganjurkan ratusan acara secara langsung dan pengalaman hiburan berjenama setiap tahun; serta merupakan penerbit dan pengedar bebas yang utama bagi sukan dan media hiburan. IMG turut mengkhusus dalam pembangunan latihan sukan dan liga, serta pemasaran, media dan pelesenan untuk jenama, pertubuhan sukan dan institusi kolej. IMG adalah sebahagian daripada jaringan Endeavor (dahulunya WME | IMG).

Pertanyaan Media
Ashley Ferguson, Perhubungan Awam
Aferguson@Jazwares.com
c. 305-985-8306
o. 954-358-8059

Epic, Epic Games, dan Fortnite serta logo-logo mereka yang berkaitan ialah tanda dagangan berdaftar Epic Games, Inc. di AS (Reg. U.S. Pat. & Tm. Off.) dan di lokasi-lokasi lain. 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/720692/Jazwares_Epic_Logo.jpg

Source: Jazwares
Related Stocks:
NYSE:Y
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys New products/services