omniture

Cambium Networks: Operasi Menyelamat Gua Thai Tonjol Manfaat Wi-Fi Boleh Guna Dengan Pantas

Sambungan Tanpa Wayar Sokong Kakitangan Kecemasan dan Maklumkan Orang Awam Menjadi Amat Penting untuk Kesediaan dan Respons Bencana yang Moden dan Berkesan
Cambium Networks
2018-07-23 02:29 448

ROLLING MEADOWS, Illinois, 23 Julai 2018  /PRNewswire/ -- Menurut Cambium Networks, penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, kesediaan dan respons terhadap bencana telah melangkah ke era baharu, yang mana penyediaan penggerak balas pertama dan pekerja kecemasan, serta orang awam dengan sambungan internet menjadi faktor yang amat penting dalam operasi yang berkesan. Ini telah ditunjukkan baru-baru ini semasa operasi menyelamat gua di Thailand yang dramatik apabila 12 orang kanak-kanak lelaki dan jurulatih bola sepak mereka terperangkap selama dua minggu, memuncak dalam operasi menyelamat yang menggamit perhatian seluruh dunia. Hasil usaha pelbagai kakitangan kecemasan dan ketenteraan serta pakar-pakar sukarelawan, pasukan bola sepak "Wild Boars" dan jurulatih mereka berjaya diselamatkan.

(PRNewsfoto/Cambium Networks)
(PRNewsfoto/Cambium Networks)

"Ketersambungan adalah amat penting kepada penggerak balas pertama, agensi-agensi bantuan, perkhidmatan perubatan dan keluarga apabila berlakunya kejadian-kejadian yang tidak dijangka," kata Rohit Mehra, Naib Presiden, Infrastruktur Rangkaian, IDC. "Ketersambungan tanpa wayar adalah penyelesaian terbukti untuk pemulihan bencana apabila ia digunakan secara pesat dan andal, memberikan prestasi yang tinggi dan saling beroperasi dengan pelbagai set peranti pengguna dengan segera. Usaha-usaha luar biasa penggerak balas pertama dan pekerja-pekerja kecemasan di Thailand disokong oleh akses kepada fungsi ketersambungan dan akses internet andal yang membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain dan mendapatkan maklumat penting tentang kanak-kanak lelaki yang diselamatkan."

Dalam kejadian di Thailand baru-baru ini, ketersambungan tanpa wayar memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan internet andal yang menghubungkan pasukan-pasukan di pintu masuk gua, yang terletak lebih 100 kilometer jaraknya dari Bangkok. Di pos arahan menyelamat di lapangan, penyedia penyelesaian telekomunikasi tempatan KING IT bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi serantau 3BB untuk mewujudkan kawasan khas di pintu masuk gua dengan ketersambungan Wi-Fi yang disediakan oleh titik akses luar e500 cnPilot™ Cambium Networks. "Peralatan Cambium Networks membantu menyediakan liputan Wi-Fi di pintu masuk gua semasa operasi menyelamat dan kami amat bersyukur kerana dapat menyumbang teknologi ketersambungan untuk usaha yang luar biasa ini," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks.

Butiran spesifik pelaksanaan termasuk:

  • Pasukan KING IT mewujudkan rangkaian Wi-Fi dan ia diurus secara jarak jauh oleh pasukan KING IT yang lain di Bangkok menggunakan sistem pengurusan rangkaian cnMaestro™
  • Dua titik akses rangkaian luar perusahaan e500 Cambium Networks digunakan; satu diletakkan berhadapan pintu masuk gua, manakala satu lagi titik akses diletakkan di "khemah maklumat"
  • Pengguna rangkaian termasuk Tentera Laut Seal Thailand, pasukan menyelamat dan pelbagai agensi kerajaan, berjumlah kira-kira 50 pengguna di pintu masuk gua
  • Di khemah maklumat, kira-kira 200 pengguna termasuk ahli-ahli keluarga rapat kanak-kanak lelaki yang terperangkap, serta rakan media dan kakitangan pentadbiran

Butiran lanjut mengenai penyelesaian ketersambungan dan prestasi rangkaian disediakan dalam kertas penyelesaian.

Dalam situasi ini dan banyak lagi situasi lain, pasukan kecemasan perlu melaksanakan operasi dengan sangat pantas. Selain itu, dalam dunia yang terhubung melalui internet masa kini, ini bermakna penghasilan rangkaian tanpa wayar yang dapat menghantar suara dan maklumat data di tempat-tempat berjarak jauh, lasak dan berbahaya seperti gua Tham Luang adalah rumit, lokasi kanak-kanak lelaki terperangkap. Ketersambungan rangkaian tanpa wayar memberikan kebolehan terbukti untuk membawa perubahan terhadap kebolehan penggerak balas pertama untuk menyelaraskan pasukan tindak balas dan menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Menerusi penggunaan ketersambungan Wi-Fi standard industri, kakitangan kecemasan dapat terhubung kepada internet dengan pantas, menyampaikan maklumat penting kepada penyelamat-penyelamat lain, mengakses maklumat daripada sumber-sumber dalam talian yang menyokong usaha-usaha tindak balas dan membolehkan keluarga dan orang awam kekal terhubung dan mendapat maklumat.

Sama dengan aplikasi respons bencana yang lain, rangkaian dikuasakan oleh Cambium Networks di Tham Luang menyediakan pekerja-pekerja kecemasan dengan alat komunikasi yang membolehkan mereka bekerja dengan lebih pantas dan berkesan sekaligus membolehkan rakan-rakan, kaum keluarga dan rakan media terus mendapat maklumat. Contoh-contoh termasuk:

"Syarikat kami adalah segala-galanya untuk menghubungkan orang ramai, biarpun dalam situasi dan lokasi yang paling ekstrem. Ketersambungan tanpa wayar yang andal, termasuk pengaturan dalam tempoh beberapa jam, bukannya beberapa hari atau minggu, adalah sebahagian daripada usaha menyatukan orang ramai untuk bertindak balas dan seterusnya membolehkan situasi yang mencabar menjadi lebih baik," kata Bhatnagar. "Kami berasa teruja kerana pasukan bola sepak di Thailand selamat dan memuji para penyelamat atas usaha-usaha mereka. Kami berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam penyelesaian teknikal yang dapat membantu pasukan menyelamat dengan memudahkan komunikasi tanpa wayar."

Latar Belakang Cambium Networks

Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Komitmen Cambium terhadap inovasi berterusan dalam akses tanpa wayar diperlihatkan menerusi berjuta-juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang memberi manfaat kepada komuniti serata dunia. Ahli-ahli pasukan turut menyumbang kepada aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial demi berkhidmat kepada komuniti di tempat tinggal mereka. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/720736/Cambium_Networks_Thai_Cave_Rescue.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/325530/cambium_networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Public Safety