omniture

Matrimony.com Lancar GlobalMuslimMatch.com Dengan 7 Laman Mencari Jodoh Sasar 1.5 Bilion Umat Islam

Matrimony.com
2018-07-23 10:00 373

MUMBAI, India, 23 Julai 2018 /PRNewswire/ --

Matrimony.com, peneraju bagi perkhidmatan perkahwinan dalam talian, melancarkan 7 laman mencari jodoh umat Islam khusus mengikut kawasan bagi menyasarkan 1.5 Bilion Penganut Agama Islam di Timur Tengah, AS, Eropah, Indonesia, Bangladesh dan Malaysia.

Di bawah GlobalMuslimMatch.com, yang akan beribu pejabat di Dubai, laman mencari jodoh ini melibatkan ArabMuslimMatch.com, AmericanMuslimMatch.com, EuropeanMuslimMatch.com, IndonesianMuslimMatch.com, BangladeshiMuslimMatch.com dan MalaysianMuslimMatch.com.

Syarikat senaraian awam ini, yang memegang rekod prestasi yang berjaya dalam membahagikan perkahwinan dalam talian di India, menyasarkan untuk memanfaatkan pemahaman selama 18 tahun berkaitan ciri-ciri unik pencarian jodoh kepada audiens yang serupa di seluruh dunia.

Syarikat telahpun mempunyai perkhidmatan perkahwinan eksklusif di beberapa negara SAARC, bahkan merupakan peneraju di beberapa negara seperti Sri Lanka. Kini Matrimony.com, digabungkan dengan GlobalMuslimMatch, akan menawarkan perkhidmatan kira-kira kepada 1/3 penduduk global.

Perkhidmatan ini akan disediakan melalui laman sesawang dan aplikasi masing-masing pada platform Android.

Mengulas mengenai hal pengembangan global, Murugavel Janakiraman, Ketua Pegawai Eksekutif - Matrimony.com berkata, "Kami percaya bahawa pemahaman unik kami mengenai domain pencarian jodoh digandingkan dengan 18 tahun pengalaman dalam membangunkan syarikat senaraian awam yang sangat menguntungkan mengukuhkan matlamat kami dalam usaha kami terhadap pengembangan global. Kami berpendapat bahawa di peringkat global, pasaran pencarian jodoh umat Islam yang terpecah-pecah menawarkan peluang yang amat besar untuk pengusaha yang mantap seperti kami. Ciri-ciri ikatan perkahwinan dalam talian di Asia bersifat hampir sama, berbanding wilayah yang kami mulakan dan kami pasti dapat menyediakan pilihan yang lebih luas dan pengalaman pencarian jodoh yang lebih beraneka kepada umat Islam di rantau ini."

Latar Belakang Matrimony.com

Sebuah Syarikat Internet pengguna yang terkenal, Matrimony.com, ialah peneraju dalam perkhidmatan berkaitan mencari jodoh dan perkahwinan dalam talian.

Untuk sebarang pertanyaan, emelkan kepada mediarelations@globalmuslimmatch.com

Untuk logo Matrimony.com https://www.matrimony.com/logo

Hubungi: Mohammed Rafiq, mediarelations@globalmuslimmatch.com  

Sumber: Matrimony.com

Source: Matrimony.com
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology