omniture

Honor Play Lancar Program Perekrutan Antarabangsa C.E.O.

Honor
2018-07-25 08:41 933

Menangi Lawatan ke Gamescom 2018 dan Bersaing dengan Pemain Bintang Dunia  

SHENZHEN, China, 25 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar yang baharu, sebagai penetap trend dan inovatif, hari ini melancarkan program perekrutan antarabangsa Ketua Pegawai Hiburan ("C.E.O.") untuk Honor Play, yang pertama daripada siri produk baharu yang mengubah industri. Peminat-peminat Honor Play akan berpeluang menonjolkan kemahiran mereka untuk menguji dan bersaing dengan pemain bintang dunia di Gamescom bertempat di Cologne tahun ini.

Honor Play Lancar Program Perekrutan Antarabangsa C.E.O.
Honor Play Lancar Program Perekrutan Antarabangsa C.E.O.

Bermula pada 21 Julai, program perekrutan Ketua Pegawai Hiburan Honor Play dibuka permohonannya selama seminggu sahaja dan akan memilih empat peminat Honor untuk berganding bahu dengan pasukan-pasukan bintang di Gamescom 2018 di Jerman, yang mana mereka akan menentang pemain-pemain lain. Bagi mendapat peluang untuk menjadi C.E.O. Honor Play, peserta perlu berkongsi salah satu detik permainan mudah alih mereka yang melucukan, epik atau gila-gila. Hanya perlu memberikan paparan skrin atau merakam klik video permainan #CrazyFast dalam permainan mudah alih dan memaparkannya di Facebook atau Twitter dengan menandakan honorglobal dan menggunakan tanda pagar #CrazyFast dan #HonorPlay.

Honor akan memilih empat pemain daripada penyertaan tersebut dan mengumumkan pelantikan C.E.O. Honor Play pada 29 Julai. Di samping kunjungan ke Gamescom, Ketua-ketua Pegawai Hiburan Honor Play akan dapat menikmati akses keutamaan untuk mengalami dan menguji produk masa depan Honor dan menghadiri acara peminat Honor dan pelancaran produk, mendapatkan pengalaman eksklusif secara amali berhubung produk-produk terkini Honor.

"Program perekrutan C.E.O. Honor Play akan menawarkan generasi muda dengan salah satu pengalaman jenama yang terbaik seumpamanya. Ketua-ketua Pegawai Hiburan akan berpeluang berkongsikan dengan kami pandangan mereka melalui cara mereka sendiri yang menyeronokkan, menarik dan bergaya," kata George Zhao, Presiden Honor. "Sebagai jenama yang dicipta dalam era internet mudah alih, Honor diwujudkan untuk golongan natif digital. Kami komited untuk berkomunikasi dalam bahasa mereka dan menjadi pilihan keutamaan mereka. Produk-produk yang kami cipta, aktiviti-aktivitii yang kami mulakan, cara kami berhubung dengan peminat, diadunkan dengan sempurna mengikut gaya hidup orang yang lebih muda dan inilah yang menghidupkan misi jenama kami."

Dilancarkan di China pada Jun ini, Honor Play ialah produk hebat berprestasi pertengahan yang direka dengan GPU Turbo, teknologi pemprosesan grafik rintis yang memenuhi kehendak pemain muda terhadap keupayaan pemprosesan grafik dan penggunaan kuasa "sepantas kilat". Honor Play turut menampilkan paparan FullView 6.3 inci yang besar dengan nisbah skrin-kepada-badan 89% dan bateri besar 3,750mAh yang menyokong sekurang-kurangnya 4.5 jam permainan. Pemain dapat menikmati pengalaman visual yang lebih menyeronokkan untuk permainan dan penugasan berbilang, berserta hiburan sepanjang masa.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah naungan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui: 
https://www.facebook.com/honorglobal/
 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180724/2194324-1

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications New products/services