omniture

Suning.com tersenarai dalam Fortune Global 500 2018 dengan pertumbuhan keuntungan pada kedudukan ke-3 Teratas Antara Syarikat-syarikat Cina

Suning
2018-07-25 10:29 980

NANJING, China, 25 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Suning.com, subsidiari Suning Holdings Group ("Suning") disenaraikan dalam Fortune Global 500 2018 dengan pendapatan tahunan mencecah USD 27.8 bilion, yang merupakan kali kedua syarikat ini muncul dalam senarai berkenaan sejak tahun 2017. Sementara itu, Suning.com menduduki tempat ke-3 Teratas berhubung pertumbuhan keuntungan antara syarikat-syarikat Cina dengan peningkatan keuntungan sebanyak 487.8%.

Suning.com menduduki tempat ke-3 antara syarikat-syarikat Cina berhubung pertumbuhan keuntungan
Suning.com menduduki tempat ke-3 antara syarikat-syarikat Cina berhubung pertumbuhan keuntungan

Fortune Global 500 ialah senarai yang paling terkenal dan berwibawa untuk menilai syarikat-syarikat terbesar di dunia. Sejak tahun 2008, bilangan syarikat yang tersenarai di China meningkat dengan ketara, mencecah 120 syarikat dan hanya berada di belakang Amerika Syarikat dari segi kuantiti. Sementara itu, lebih banyak syarikat Cina yang tersenarai memainkan peranan penting dalam memimpin inovasi perindustrian global dan transformasi digital.

Sebagai penetap trend syarikat-syarikat runcit Cina, Suning.com memulakan transformasi luar talian-kepada-dalam talian pada tahun 2009 dan akhirnya menjadi perintis, mencapai pertumbuhan dalam talian dan luar talian yang sama rata. Suning memperkenalkan Strategi Peruncitan Pintar pada tahun 2017, yang berkisarkan Penyumberan Pintar, Penjualan Pintar, Perkhidmatan Pintar, Logistik Pintar dan Jenis Perniagaan Pintar. Menurut Laporan Tahunan PricewaterhouseCoopers, pada tahun 2017 jumlah jualan Suning.com mencecah RMB 243.3 bilion (kira-kira USD 38.5 bilion) dengan peningkatan berbanding tahun sebelumnya hampir 30%, yang mana perniagaan dalam talian menyumbang sebanyak 52%; pendapatan kendalian sebanyak RMB 187.9 bilion (kira-kira USD 29.7 bilion), meningkat 26.48% berbanding tahun sebelumnya, yang jauh melebihi purata industri. Suku pertama tahun 2018 menyaksikan kejayaan Peruncitan Pintar Suning menerusi jualan omnisaluran sebanyak RMB 69.3 bilion (kira-kira USD 11 bilion), meningkat 46.3% berbanding tahun sebelumnya.

Selain pertumbuhan besar subsidiari runcitnya, Suning meluaskan pertumbuhan perniagaannya dengan menyertakan perkhidmatan logistik dan kewangan. Pada tahun 2018, Suning Logistics berkolaborasi dengan firma-firma teknologi untuk membangunkan sistem logistik pintar yang mana trak pandu sendiri, kenderaan automatik dan gudang AGV dapat meningkatkan kecekapan operasi dengan lancar. Dari segi aspek Perkhidmatan Kewangan, Suning menumpu pada empat perniagaan utamanya iaitu pembayaran pintar, pembiayaan rantaian bekalan, kewangan pengguna dan jualan produk kewangan, demi mengukuhkan jenamanya sebagai perusahaan teknologi kewangan O2O.

"Pada tahun 2018, Peruncitan Pintar Suning berkembang maju daripada konsep kepada pelaksanaan dan mencapai kemajuan pesat," kata Zhang Jindong, Pengerusi Suning Holdings Group. "Menjadi sebuah syarikat Fortune Global 500 bukanlah merupakan akhir perjalanan kami, kami akan terus mengusahakan Strategi Peruncitan Pintar dan memperkenalkan pengalaman peruncitan yang lebih baik kepada pelanggan."

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 syarikat milik persendirian yang utama di China dengan jualan tahunan mencecah 65.7 bilion USD (412.95 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentasi Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit untuk Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan, dan Pelaburan, yang mana Suning.com berada dalam senarai Fortune Global 500 tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut lihat www.suningholdings.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180723/2193168-1

Source: Suning
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Internet Technology Retail Awards