JERSEY CITY, New Jersey, 9 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Crescent Crypto Asset Management, pengurus dana indeks mata wang kripto yang dipimpin oleh alumni Goldman Sachs, mengumumkan penyelesaian pembiayaan Siri A dan pelancaran dana Cayman luar pesisirnya. FBG Capital memimpin pusingan pengumpulan dana dengan pelaburannya dalam Crescent, seraya memberikan hubungan yang tidak ternilai dan pengetahuan industri kepada Crescent.
Memanfaatkan kehadiran globalnya yang kukuh, FBG menumpu untuk membantu Crescent mengembangkan aset bawah pelaburan untuk suit dana pasif di AS dan luar negara. Di samping itu, FBG akan memanfaatkan jaringannya untuk membantu Crescent membangunkan dan menyenaraikan produk berbilang syiling pada bursa kewangan tradisional.
Penggunaan modal juga termasuk peluasan pasukan dengan melantik kepimpinan kanan dalam fungsi-fungsi pembangunan jualan dan perniagaan dengan tumpuan terhadap bakat daripada firma-firma perbankan pelaburan terbesar dan paling menguntungkan dan penyedia ETF utama yang berkongsi visi dan kesungguhan firma untuk membawakan mata wang kripto ke dalam arus perdana. Selain itu, firma ini berhasrat untuk membangunkan platform penyelidikan dan khidmat nasihat aset digital.
"Kami berasa teruja untuk bekerjama dengan FBG Capital bagi mengembangkan perniagaan dan membawakan Crescent 20 kepada pelabur-pelabur antarabangsa yang menunjukkan permintaan ketara," kata Michael Kazley, Pengasas Bersama Crescent Crypto.
Dana Luar Pesisir mempunyai nilai pelaburan minimum sebanyak $250,000 dan kini menerima langganan dengan bayaran pengurusan sebanyak 2% dan penebusan suku tahunan.
Latar Belakang FBG:
Ditubuhkan pada tahun 2015, FBG telahpun mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri dalam pelbagai operasi perniagaan berkaitan rantaian blok bermula dengan pelaburan token, dagangan utama, dagangan kaunter ("OTC") serta pelaburan strategik.
Latar Belakang Crescent:
Crescent Crypto dilancarkan pada musim luruh tahun 2017. Strategi kekuatan firma ialah Dana Indeks Crescent 20, iaitu dana indeks mata wang kripto yang diurus secara persendirian yang menumpu untuk memperoleh pulangan daripada domain kripto gred pelaburan melalui pendekatan pasif yang berasaskan peraturan. Strategi ini menyesuaikan keupayaan turun naik, kecairan dan simpanan selamat dan diwujudkan agar menjadi instrumen akses mudah untuk pelabur. Indeks Crescent 20 mencakupi kira-kira 90% daripada permodalan pasaran keseluruhan dalam pasaran aset digital. Dana ini dipegang 100% sebagai simpanan sementara dan diimbangi semula setiap bulan. Dana daratan dihadkan kepada pelabur-pelabur terakreditasi dengan pelaburan minimum sebanyak $100,000.
Pengasas bersama firma kesemuanya memulakan kerjaya mereka di Goldman Sachs dan mempunyai pengalaman tambahan dalam dana lindung nilai dan modal usaha niaga.
Untuk Maklumat Lanjut
https://www.crescentcrypto.com/
Maklumat Perhubungan:
Penafian
Crescent Crypto Asset Management LLC dan rakan sekutunya (secara kolektif,
"Pengurus") menyediakan siaran ini ("Siaran") untuk bakal pelabur sofistikated
bagi tujuan penyampaian maklumat sahaja. Ini bukanlah tawaran untuk menjual
mahupun permintaan untuk tawaran bagi membeli Kepentingan dalam Dana.
Apa-apa tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk membeli Kepentingan
akan dibuat semata-mata melalui dokumen penawaran definitif, dikenal pasti
sebagai hal sedemikian, berhubung Dana yang mematuhi terma-terma sekuriti yang
berkenaan dan undang-undang lain. Dokumen penawaran definitif tersebut,
sekiranya ada, akan menjelaskan risiko berkaitan dengan pelaburan dalam Dana
(termasuk kerugian seluruh pelaburan) dan akan melayakkan secara keseluruhan
maklumat yang dinyatakan dalam Siaran ini.
Bakal-bakal pelabur tidak boleh menafsirkan kandungan Siaran ini sebagai
nasihat undang-undang, cukai, pelaburan atau nasihat lain. Setiap bakal pelabur digesa
untuk berunding dengan penasihat mereka sendiri berhubung undang-undang
cukai, kawal selia, kewangan, perakaunan dan akibat yang serupa apabila melabur
dalam Dana, kesesuaian pelaburan untuk pelabur berkenaan dan hal-hal
lain yang berkaitan dengan pelaburan dalam Dana.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/727329/Crescent__Logo.jpg