omniture

Pelawak Eddie Griffin Lancar Persembahan Komedi Istimewa "Undeniable" Seluruh Dunia

Eddie Griffin
2018-08-10 22:50 2503

Persembahan komedi istimewa kini tersedia seluruh dunia melalui Vimeo On Demand 

LAS VEGAS, 10 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pelakon dan pelawak legenda, Eddie Griffin, melancarkan keluaran antarabangsa bagi persembahan istimewa beliau yang terkenal, "Eddie Griffin: Undeniable," eksklusif melalui Vimeo On Demand.

Eddie Griffin, Undeniable
Eddie Griffin, Undeniable

Persembahan komedi berdiri istimewa selama 70 minit yang melucukan itu menonjolkan kerjaya Griffin yang lama bertahan, menggabungkan jenaka pendek yang benar-benar lucu dan penyamaran popular, kesemuanya dilakukan sambil memberi penghormatan kepada rakan-rakan rapat dan mendiang pelawak Charlie Murphy, Bernie Mac, Dick Gregory dan Richard Pryor. Penonton-penonton boleh menjangkakan untuk mempelajari mengenai pengalaman hidup dan jalinan hubungan Griffin sepanjang siri cerita-cerita pendek yang kelakar, tatkala beliau menyambut ulang tahun kerjaya komedi berdiri beliau yang ke-30. "Undeniable" tersedia untuk disewa pada harga $4.99 dan $14.99 untuk dibeli, menampilkan lima klip bonus yang belum pernah ditayangkan.

"Pelancaran antarabangsa 'Undeniable' adalah istimewa kerana kini para peminat dari seluruh dunia boleh bergelak ketawa bersama-sama beberapa jenaka paling lucu dalam sejarah," kata Eddie Griffin. "Sebelum ini, persembahan komedi istimewa saya hanya disediakan kepada pelanggan Showtime dan kini saya dapat berkongsinya bersama-sama dunia. Nikmatilah!"

Sewa atau beli "Undeniable" di sini, vimeo.com/ondemand/undeniable.

Kini Griffin membuat penampilan dalam residensi komedi berdiri bertajuk "The Eddie Griffin Experience," di dalam The Sayers Club di SLS Las Vegas. Persembahan komedi tersebut berlangsung secara mingguan, Isnin hingga Rabu, jam 8 malam. Selain residensi Griffin di SLS Las Vegas, Eddie Griffin: Undeniable Tour kini menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat, tatkala pelawak tersebut turut menjelajah untuk "The Comedy Get Down" sempena tahun kelima beliau bersama pelawak-pelawak George Lopez, Cedric 'The Entertainer' dan D.L. Hughley.

Sertai Griffin Insider dan dapatkan perkembangan terkini terus daripada Eddie dengan mengunjungi www.eddiegriffin.com.

LATAR BELAKANG EDDIE GRIFFIN
Kerjaya Griffin sebagai pelakon dan pelawak mencakupi persembahan pentas dan layar perak menerusi lebih 50 filem dan televisyen kredit kepada nama beliau, termasuk sebagai teraju utama dalam filem-filem cetera "Undercover Brother" dan "John Q," selain rancangan siri televisyen beliau sendiri yang kini sedang ditayangkan, "Malcolm & Eddie." Kini, Griffin membuat penampilan dalam residensi komedi di The Sayers Club di dalam SLS Las Vegas Hotel and Casino. Beliau turut membuat penampilan sebagai bintang tetamu istimewa dalam "A Star is Born," yang bakal disiarkan pada musim luruh tahun 2018 dan berlakon bersama-sama Dave Chappelle, Lady Gaga dan Bradley Cooper. Griffin turut dinamakan sebagai salah seorang daripada "100 Pelawak Komedi Berdiri Terhebat Sepanjang Zaman" oleh Comedy Central. Maklumat lanjut disediakan di eddiegriffin.com. Kekal terhubung dan jadilah sebahagian daripada 'Pasukan Griffin' di Facebook, Twitter dan Instagram.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/727908/Eddie_Griffin_Undeniable__2.jpg

 

Source: Eddie Griffin
Related Links:
Keywords: Entertainment Television